Laman Utama > Arkib Berita/Pengumuman > Arkib Berita/Pengumuman Tahun 2015 > Pertandingan Inovasi Penorehan (PIP) Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan, RISDA akan menganjurkan Pertandingan Inovasi Penorehan (PIP) Tahun 2016. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan RISDA, Syarikat Milikan RISDA serta pelajar IPTA dan IPTS.

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk membuka peluang kepada para peserta mempamerkan kreativiti melalui penghasilan inovasi/penciptaan alat yang boleh digunakan untuk mengeluarkan lateks (susu getah) dalam menambahbaik pengurusan teknologi penorehan supaya lebih ekonomik dan praktikal.

Melalui pertandingan ini juga, diharap ia dapat menjadi platform dalam memperkenalkan produk penorehan yang berkualiti dan berpotensi  untuk dikomersilkan yang boleh dicontohi untuk faedah jabatan/agensi serta pekebun kecil justeru membantu meningkatkan produktiviti getah negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini bolehlah menghubungi Pn. Nor Azilah Azlin bt Mohd Jamel Zabidi di talian 03 – 42564022 samb. 207.

 

pip2016 

 

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan Inovasi Penorehan 2016 ini terbuka kepada semua kakitangan RISDA, Syarikat Milikan RISDA, serta pelajar IPTA dan IPTS.
2. Pertandingan ini dibuka sehingga 29 Julai 2016 (Termasuk tempoh merekacipta inovasi dan ujian di lapangan).
3. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang). Termasuk seorang penyelia pelajar bagi penyertaan dari IPTA atau IPTS.
4. Setiap individu/kumpulan dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan dengan menggunakan satu borang sahaja bagi satu inovasi yang ingin dipertandingkan. Salinan borang fotostat juga diterima.
5. Tiada yuran penyertaan yang dikenakan. Segala kos yang terlibat didalam penciptaan inovasi adalah di bawah tanggungan sendiri.
6. Penciptaan hendaklah merupakan alat yang boleh digunakan untuk mengeluarkan lateks (susu getah).
7. Penciptaan mestilah asli dan belum pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan inovasi peringkat kebangsaan.
8. Setiap penyertaan mestilah melalui ketua jabatan/dekan masing-masing.
9. Borang penyertaan boleh didapati di Semua Pusat Tanggungjawab RISDA atau dimuat turun dari laman sesawang RISDA (www.risda.gov.my).
10. Borang penyertaan mestilah sampai ke urusetia pertandingan selewat-lewatnya pada 29 Januari 2016 (Jumaat), jam 5.00 petang.
11. Tempoh merekacipta inovasi adalah enam (6) bulan dari tarikh tutup penyertaan termasuk ujian di lapangan.

 

Muat Turun Borang Penyertaan

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube