Khidmat Pelanggan Risda
PROTAC
mpsr2016-2020
RISDA-warkah
RISDA-ikhlas
integriti
previous arrow
next arrow
Slider

Perutusan Pengarah

 rahimah


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke portal rasmi RISDA dan kami amat mengalu-alukan semua pelanggan untuk mendapatkan seberapa banyak informasi yang tepat, sahih dan terkini mengenai RISDA. Sebagai medium penyebaran utama maklumat organisasi kepada para pelanggan, tidak dapat dinafikan betapa pentingnya bagi organisasi seperti RISDA memiliki sebuah portal yang mempunyai ciri-ciri mesra pelanggan, sarat dengan maklumat yang diperlukan pelanggan dengan kaedah capaian yang mudah hanya dengan satu klik.

Dalam memastikan sistem penyampaian RISDA sentiasa pada tahap terbaik dan berkesan, Bahagian ini telah memainkan peranan cukup signifikan melalui pengwujudkan inisiatif-inisiatif baru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kearah pencapaian visi dan misi RISDA. Diantaranya adalah seperti penggunaan Rangkaian MyGov*Net, pelaksanaan IPV6, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Sistem Data Warehouse, IK1S (1 Komputer 1 Staf), pengwujudan Pusat Pemulihan Bencana, pelaksanaan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu (MyGovUC), Penarafan Bintang bagi Portal dan sebagainya.

Bahagian ini dengan penuh komitmen warganya sentiasa berusaha untuk menambahbaik infrastruktur ICT baik dari segi talian rangkaian, perkakasan, perisian, pembudayaan ICT mahupun pengurusan ICT selaras dengan garis panduan, peraturan, piawaian serta best practices yang ada. Semoga RISDA dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggannya melalui segala transformasi dan inovasi dalam sistem penyampaian yang didokong oleh teknologi ICT.

Selamat melayari Portal RISDA. Sekian, terima kasih.

“ICT Pemangkin Kecemerlangan RISDA”

 
RAHIMAH BINTI IBRAHIM
Pengarah
Bahagian Teknologi Maklumat

 

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube