RISDA-ikhlas
Khidmat Pelanggan Risda
PROTAC
mpsr2016-2020
RISDA-warkah
previous arrow
next arrow
Slider

(Smallholder Identification Card)


1. Pada tahun 2013, RISDA telah melaksanakan Banci Pekebun Kecil Getah Sawit (Banci 2013). Banci 2013 merupakan banci keempat sejak tertubuhnya RISDA pada tahun 1973 meliputi Semenanjung, negeri Sabah dan Sarawak.

2. Skop Banci 2013 juga merangkumi pekebun kecil sawit seluruh Negara. Ini memandangkan mereka juga tergolong dalam kumpulan sasar bantuan tanam semula RISDA pada ketika itu.

3. Oleh yang demikian apabila pekebun kecil berkenaan didaftarkan dan dimasukkan ke dalam perangkaan pekebun kecil RISDA, beliau akan menerima kad SIC.

4. Kad Pengenalan Pekebun Kecil atau lebih dikenali sebagai SIC (Smallholder Identification Card) adalah satu bentuk dokumen pengenalan diri bagi pekebun kecil yang telah dibanci dan berdaftar dengan RISDA.

5. Maklumat yang ada pada SIC adalah

a. Nama Pekebun Kecil

b. Nombor Kad Pengenalan Pekebun Kecil

c. Nombor SIC yang merupakan nombor ID Pekebun Kecil

d. QR CODE - Quick Response Code yang disediakan menyimpan alamat atau ‘URL link’ yang disediakan untuk menyambungkan kepada paparan web maklumat pekebun kecil yang didaftarkan bagi tujuan pengesahan identiti pekebun kecil.

6. Faedah SIC ini kepada pekebun kecil adalah:-

a. Sebagai bukti seseorang individu itu adalah pekebun kecil dan telah berdaftar dengan RISDA.

b. Memudahkan pekebun kecil untuk berurusan dengan pejabat-pejabat RISDA dan mengesahkan mereka telah dibanci dan didaftarkan dalam perangkaan RISDA.

c. Memudahkan Pegawai RISDA dan pekebun kecil mengetahui maklumat profil pekebun kecil itu sendiri dengan mengimbas QR CODE di belakang kad.

d. Maklumat pekebun kecil mudah dikemaskini dari masa ke semasa yang akan membantu RISDA membuat perancangan pembangunan pekebun kecil di masa hadapan.

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube