Alat Kebolehcapaian

    • Latar Belakang

      Seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan saranan membudayakan kreativiti dan inovasi dalam menyampaikan perkhidmatan, Seksi Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan psikologi secara dalam talian.

      Perkhidmatan terbuka kepada semua warga RISDA, ianya diharap dapat memudahkan warga RISDA untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Pegawai Psikologi atau ahli AKRAB RISDA dengan lebih interakti dan fleksibel secara dalam talian.

      Segala maklumat yang dikongsi bersama Pegawai Psikologi dan Ahli AKRAB RISDA adalah RAHSIA tertakluk kepada Etika Kerahsiaan, Komuniti Privilej dan Privasi.

       

      VISI
      Pemangkin perkhidmatan psikologi dan kaunseling ke arah memantapkan modal insan yang sejahtera, beretika dan berprestasi tinggi.

      MISI
      Menyelaraskan dan melaksanakan dasar-dasar perkhidmatan pengurusan psikologi dan kaunseling di dalam pengurusan sumber manusia melalui pendekatan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.

      OBJEKTIF
      1. Aplikasi Intervensi
      Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi, program menjana minda sihat serta meningkatkan tingkahlaku positif kakitangan secara formal dan terancang.

      2. Aplikasi Pembangunan
      Bertanggujawab membangunkan dan mengendalikan program pendekatan potensi kakitangan.

      3. Aplikasi Penyelidikan
      Bertanggungjawab  merancang, melaksanakan dan menganalisis kajian Sistem Pengurusan Audit Nilai (RISDA) dan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD)

      4. Aplikasi Personel
      Perlaksanaan psikometrik (Ujian Psikologi) berdasarkan keperluan semasa kementerian/jabatan.

    • Direktori

      Puan Siti Suhaili binti Abd Rahim
      Ketua Unit Pengurusan Kompetensi dan Khidmat Psikologi
      Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
      No. Tel: 03-4252 4022 (419)
      Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Puan Wan Fatin Munira binti Wan Mustapha
      Ketua Seksi Khidmat Psikologi
      No. Tel: 03-4252 4022 (630)
      Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Encik Mohd Firdauz bin Baharin
      Pembantu Tadbir (P/O) N22 TBK
      Seksi Khidmat Psikologi
      No. Tel: 03-4252 4022 (630)
      Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Puan Nurul Atiqah binti Zainal
      Pembantu Tadbir (P/O) N19
      Seksi Khidmat Psikologi
      No. Tel: 03-4252 4022 (630)
      Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    • Carta Organisasi

      CARTA ORGANISASI SEKSI PSIKOLOGI

    • Pencapaian
    • Akta dan Pekeliling Perkhidmatan


            

      Bil Tajuk Muat Turun
      1. SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMSER MANUSIA BILANGAN 1 TAHUN 2019
      PERATURAN MENGENAI LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS
      TARIKH : 17 APRIL 2019
       PDF |  Lihat
      2. SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMSER MANUSIA BILANGAN 1 TAHUN 2019
      GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERPRESTASI RENDAH, BERMASALAH, DALAM PROSES TINDAKAN TATATERTIB DAN DALAM TEMPOH PERCUBAAN BERDENDA
      TARIKH : 28 MEI 2019
       PDF |  Lihat