Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Kompleks Bioteknologi RISDA yang terdiri daripada sebuah bangunan Makmal Kultur Tisu Sawit dan sebuah pra-semaian yang terletak di Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi menjadi mercu kebanggaan warga RISDA dan ianya merupakan makmal berteknologi tinggi sebagai pengeluar benih klon sawit bermutu tinggi yang pertama di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Makmal ini telah mula beroperasi pada Januari 2011 dengan visi utama menyediakan benih sawit kultur tisu yang mampu meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) sebanyak 10-20 peratus berbanding tanaman biji sawit DxP dan meningkatkan hasil minyak sebanyak 20-30 peratus.

RISDA komited dalam memastikan setiap peringkat in-vitro atau ex-vitro mematuhi piawaian sebagai mana ditetapkan oleh pihak konsultan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi menjamin kualiti penghasilan produk. Setiap peringkat proses diwajibkan mematuhi disiplin kultur tisu yang ketat dalam memastikan sterilisasi dan kelicinan operasi pengeluaran sentiasa pada tahap terbaik.

 

 

 

makmal bangi

Kompleks Bioteknologi RISDA, Bandar Baru Bangi


makmal

Makmal Kultur Tisu Sawit, Bandar Baru Bangi


ASUHAN RAMET

 
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 166 ------ Minggu Ini : 4105 ------ Bulan Ini : 12093 ------ Keseluruhan : 3655599

Tarikh Kemaskini :
 19/11/ 2017
.