Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

1. Bilakah saya boleh membuat permohonan tanam semula?
  Permohonan tanam semula boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja kerana permohonan terbuka sepanjang tahun
2. Tanah saya dimiliki oleh bapa saya dan bapa saya telah meninggal dunia ,bagaimana saya boleh membuat permohonan tanam semula?
 Tuan boleh membuat permohonan tanam semula dengan mengisi boring TS11(pin.1/96). Selain daripada Bahagian A dan B, tuan hendaklah menyempurnakan juga Bahagian C,D dan E.
3. Tanah saya seluas 20 hektar.Bolekah saya mendapat kelulusan tanam semula sepenuhnya?
 Luas kelulusan bergantung kepada berapa luas yang mengandungi pokok getah atau tunggul getah tua.
4. Saya ingin menanam semula tanah saya dengan tanaman durian kerana pokok buah-buahan di atas tanah saya sudah tua dan hasilnya tidak memuaskan
Soalan tuan tidak berapa jelas.Adakah tanah tuan mengandungi pokok buah-buahan sepenuhnya dan tiada pokok getah tua atau mengandungi pokok buah-buahan bercampur pokok getah tua?Beberapa jawapan boleh diberikan kepada soalan tuan.

1. Jika tanah tuan tiada mengandungi pokok getah tua,tuan tidak layak menerima bantuan tanam semula.Jika tanah tuan mengandungi pokok buah-buahan bercampur pokok getah tua diatas seluruh kawasan,tuan layak menerima bantuan tanam semula.Walau bagaimanapun, semua pokok getah tua dan pokok buah-buahan hendaklah dimusnahkan kecuali beberapa pokok saka (buah-buahan sedia ada) yang tuan ingin simpan dengan syarat pokok saka ini tidak menganggu kesuburan benih durian yang akan ditanam semula.

2. Jika sebahagian tanah tuan sahaja yang mengandungi getah tua dan sebahagian yang lain mengandungi pokok buah-buahan , tuan layak menerima bantuan tanam semula atas kawasan yang bergetah tua selepas pokok getah dimusmahkan dan kawasan ini siap untuk tanaman durian.

3. Bagi keadaan (ii)di atas sekiranya tuan memiliki pada atau sebelum 31/12/1970 dan luas kawasan yang bergetah tua itu tidak melebihi tujuh ekar(2.8327 hektar),tuan layak menerima bantuan tanam semula di atas kawasan yang bergetah tua dan tanaman baru (TB) atas pokok buah-buahan selepas semua pokok getah dan pokok buah-buahan kecuali beberapa pokok saka dimusnahkan dan kawasan ini disiapkan untuk tanaman durian. 4. Bagi keadaan i,ii,dan iii di atas, syarat kegunaan tanah pada geran tanah hendaklah ditukar kepada Buah-Buahan atau Dusun atau apa-apa syarat lain yang dibenarkan oleh Pejabat Tanah Daerah.
5. Tolong terangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai Tanam Baru (TB)
 Pekebun kecil yang memiliki jumlah tanah yang memgandungi pokok getah tua tidak melebihi tujuh ekar(2.8327 hektar) pada atau sebelum31/12/1970,layak menerima bantuan Tanam Baru (TB)di atas mana-mana tanah dibawah pemilikannya yang sama yang tidak mengandungi pokok getah seperti tanah kosong, tanah beluakr dan tanah pokok buah-buahan mengikut sama luas pokok yang mengandungi pokok getah tua tertakluk kepada mksimum 5 ekar.Kadar bantuan TB adalah sama seperti kadar bantuan Tanam Semula (TS).
6. Saya baru sahaja membeli tanah daripada seorang pekebun kecil.Mengikut kata pemilik lama beliau telah membuat permohonan tanam semula tetapi belum menerima kelulusan.Apakah yang perlu saya lakukan?
 Tuan hendaklah memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan mengenai jual beli tanah yang berkaitan.Tuan perlu membuat permohonan baru kerana permohonan oleh pemilik lama dikira batal kerana beliau tidak lagi memiliki tanah tersebut.
7. Saya telah membeli tanah yang mempunyai beberapa batang pokok durian, mengikut kata pemilik lama tanah ini pernah menerima bantuan tanam semula beberapa tahun lalu.Beliau tidak ingat berapa kali ansuran bantuan telah diterimanya.Saya ingin tahu sama ada saya boleh menerima bantuan sekiranya bantuan masih ada dan bagaimana caranya?
 Tuan perlu menberitahu pejabat RISDA yang berkenaan mengenai jual-beli tanah tersebut.Jiak bantuan tanam semula belum habis dibayar, baki ansuran berikutnya akan dibayar kepada tuan tanpa perlu tuan membuat permohonan baru.Walau bagaimanapun , sekiranya bantuan tanam semula telah habis dibayar kepada pemilik lam, tiada tindakan selanjutnya diambil oleh RISDA.
8. Saya baru pertama kali hendak menanam semula tanah saya dengan tanaman kelapa sawit.Saya amat tertarik dengan lading kelapa sawit berhampiran kampong saya kerana buah sawitnya ynag lebat dan tandannya besar.Saya telah kutip biji-biji sawit dari lading tersebut dan menyemainya untuk ditanam di atas tanah saya nanti.Tetapi ada beberapa orang pekebun kecil memberitahu saya nanti bantuan tanam semula saya tidak diluluskan.Apakah benar kata mereka itu?
 Ramai juga pekebun kecil keliru dan menyangka benih-benih yang dikutip dari pokok-pokok kelapa sawit dewasa yang lebat buahnya dan besar tandannya akan menjadi seperti pokok induknya.Fahaman ini tidak tepat.Benih sawit hendaklah diperolehi daripadapembekal-pembekal yang bertaulaih yang telah mengeluarkan benih melalui proses yang terkawal.Oleh sebab itu maka pekebun kecil yang menerima bantuan tanam semula, hendaklah mengambil benih daripada RISDA kerana RISDA memperolehi benih daripada pembekal-pembekal yang diakui untuk memastikan pekebun kecil menerima benih yang bermutu tinggi sahaja.Sekiranya pekebun kecil hendak memperolehi benih sendiri daripada pembekal-pembekal lain yang diakui, kebenaran daripada RISDA hendaklah diperolehi terlebih dahulu.Syarat yang sama juga diguna pakai bagi benih getah.
9.Bapa saya telah menanam semula sebidang tanah tetapi selepas memerima ansuran kedua beliau meninggal dunia.Oleh sebab waris-warisnya tidak tinggal di kampong tanah tersebut telah tidak dijaga.kami waris-waris tidak tahu berkebun dan ingin melantik orang lain menjaga tanah tersebut dan menerima bantuan tanam semula yang masih ada.Apakah yang harus kami lakukan?

Tuan dinasihatkan supaya pergi ke pejabat RISDA Daerah yang telah membayar bantuan tanam semula kepada bapa tuan semasa hayatnya.Tuan akan dinasihatkan untuk menyempurnakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Bil. Nama Dokumen Kod Dokumen Tujuan
 1. Surat Kenyataan kematian Dan Waris-warisnya. TS20A (Pin.1/83) Mengesahkan kematian pemilik tanah dan mengistiharkan nama-nama waris.
 2. Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris/Pemegang Amanah TS20B (Pin.1/86) Pemilik kongsi(jika ada)/Pemegang Amanah(jika ada)dan Waris-waris melantik seorang di kalangan mereka untuk menerima bantuan tanam semula dan berurusan dengan RISDA.
 3. Surat Wakil Kuasa  TS20 (Pin.1/90) Tuan Tanah/Pemegang Amanah /Waris-waris melantik “orang luar” untuk menerima bantuan tanam semula dan rerurusan dengan RISDA.

Pegawai RISDA Daerah akan menerangkan dengan lebih lanjut apa yang perlu tuan lakukan untuk menyempurnakan dokumen-dokumen tersebut.

10. Saya telah membuat permohonan tanam semula dan menerima kelulusan TS27/TS28 tetapi saya tidak mengusahakan kerja tanam semula atas tanah saya itu.Apakah saya telah melakukan satu kesalahan?
 Jika telah menerima TS27/TS28 tuan tidak mengusahakan kerja tanma semula di atas tanah tuan dalam tempoh yang ditetapkan pada TS27 dan tuan tidak memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan sebab-sebabnya, permohonan tuan boleh ditolak / dibatalkan.Jika keadaan ini berterusan hingga melebihi dua tahun, permohonan tuan terbatal dengan sendirinya dan sekiranya tuan ingin pula meneruskan kerja tanam semula,tuan hendaklah membuat permohonan baru dan menunggu kelulusan TS27/TS28 yang baru.
11. Saya telah mewarisi tanah getah tua daripada bapa saya tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak mengusahakannya supaya mengeluarkan hasil kerana saya tinggal dan bekerja di negeri lain dan saya tidak mahu menjualkannya.Baru-baru ini apabila saya balik ke kampong,saya terdengar orang-orang kampong bercakap pasal Tanam Semula Komersil dan ada beberapa orang bersetuju menyertainya.Walaubagaimanapun, saya kurang jelas mengenainya.Tolong beri penjelasan.
 Tanam Semula Komersil atau TSK adalah pendekatan baru RISDA bagi membolehkan pekebun-pekebun kecil di kampung-kampung dibangunkan dan diuruskan secara perladangan (seperti estet swasta).Pekebun-pekebun kecil ini dibangunkan secara berkelompok dan diurus secara komersil bagi mengatasi masalah-masalah seperti kos pembangunan yang meningkat,kekurangan tenaga kerja, masalah pengeluaran hasil dan pemasaran.Dibawah pendekatan ini,tuan-tuan tanah member kuasa kepada sebuah syarikat untuk membangun dan menguruskan tanah mereka sebagai sebuah ladang ala swasta.
Apakah syarat kelayakan untuk mendapatkan insentif / bantuan SIPG, PPG & PIP serta berapakah kadar dan komponen - komponennya?
BIL PERKARA PPG SIPG PIP


1



SYARAT


1. Pekebun kecil warganegara Malaysia yang memiliki jumlah keluasan tanah tidak melebihi 4.0 hektar secara agregat.



2. Kebun tersebut mestilah mempunyai hak milik yang sah



3. Kebun telah mencapai tahap matang dan boleh ditoreh sekurang-kurangnya mengandungi 70% atau 350 pokok sehektar



4. Kebun sentiasa diselenggara mengikut amalan pertanian yang baik (GAP)



5. Keutamaan permohonan hendaklah diberi mereka yang menjadi ahli KPK/ KPG Daerah/Negeri



6. Diberi sekali sahaja kecuali jika kebun berkaitan mengalami kerosakan akibat bencana alam.





1.        Pekebun kecil warganegara Malaysia yang memiliki jumlah keluasan tanah tidak melebihi 4.0 hektar secara agregat.



2.        Kebun tersebut mestilah mempunyai hak milik yang sah.



3.        Kebun yang mencapai tahap matang dan boleh ditoreh.



4.        Kebun getah yang baru dibuka tapak torehan hendaklah mengandungi 70% atau 350 pokok sehektar



5.        Kebun sentiasa diselenggara mengikut amalan pertanian yang baik (GAP)



6.        Bagi setiap pakej SIPG pemohon layak diberi maksimum 3 kali (sekali setahun) dengan syarat mencapai peningkatan produktiviti tahunan 100 kg/hektar/tahun dengan merujuk kepada kad produktiviti atau laporan produktiviti.



7.        Permohonan pakej seterusnya adalah dianggap sebagai permohonan baru dan perlu mengisi borang permohonan SIPG 1





8.        Keutamaan permohonan hendaklah diberi kepada mereka yang menjadi ahli KPK/ KPG Daerah/Negeri dan pekebun kecil yang menggunakan kad produktiviti.





1.  Koperasi Pekebun Kecil (KPK), Syarikat Milikan RISDA (SMR), AJK Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan mana-mana individu yang diluluskan  oleh pihak RISDA.



2.  Mempunyai lesen urusniaga getah dan sawit.



3.  Memiliki keperluan logistik seperti lori atau pacuan empat roda bagi pengusaha PTS





2



KADAR



RM500/Hektar



RM317/ Hektar



DPL   -    RM70,000

DPS   -   RM40,000

PTS    -   RM310,000



Di manakah kita boleh mendapatkan sumber harga getah/sawit?
 Di portal rasmi RISDA dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta melalui siaran radio dan akhbar-akhbar utama tempatan.
Adakah Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH) dibayar pada setiap tahun?
 Tidak

Untuk sebarang pertanyaan lain, sila emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3581244

Tarikh Kemaskini :
 25/09/ 2017
.