Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

RISDA menerima peruntukan daripada Bantuan Langsung Kerajaan untuk membiayai Program Tanam Semula dan juga program untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta pemindahan teknologi. Dari setahun ke setahun, kutipan Wang Ses semakin berkurangan menyebabkan Dana Wang Ses Pekebun Kecil tidak dapat menampung keperluan program Tanam Semula dan lain-lain program yang berkaitan.

  • RISDA menerima peruntukan daripada Bantuan Langsung Kerajaan untuk membiayai Program Tanam Semula dan juga program untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta pemindahan teknologi. Dari setahun ke setahun, kutipan Wang Ses semakin berkurangan menyebabkan Dana Wang Ses Pekebun Kecil tidak dapat menampung keperluan program Tanam Semula dan lain-lain program yang berkaitan.
  • Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut Tabung Wang Ses telah ditubuhkan di bawah peruntukan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Kutipan ses pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam Tabung Wang Ses dan digunakan bagi membiayai program tanam semula bagi sektor pekebun kecil, pemulangan wang ses kepada sektor estet dan kegunaan lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa RISDA.

    Selain daripada sumber wang ses, RISDA juga melaksanakan program-program pembangunan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan menggunakan peruntukan kementerian berkenaan.
  • Satu lagi sumber kewangan ialah daripada Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) yang ditubuhkan di bawah seksyen 6(2)(a)(iv) Akta RISDA 1972 melalui sumbangan daripada keuntungan operasi anak-anak syarikat RISDA dan Akaun Ladang dan Kilang. Tujuan utama TPSEPK ialah membiayai berbagai aktiviti sosio ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat pekebun kecil.

    Skop tabung dipinda dan diberi nama Tabung Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil selaras dengan dasar Kerajaan untuk membantu serta meningkat penyertaan pekebun kecil dalam pelbagai kegiatan ekonomi sampingan yang boleh menambah pendapatan mereka.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 768 ------ Minggu Ini : 11410 ------ Bulan Ini : 41893 ------ Keseluruhan : 3631705

Tarikh Kemaskini :
 22/10/ 2017
.