Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Semaian dan Bahan Tanaman
Penyediaan dan bekalan benih yang bermutu kepada peserta program tanam semula dilaksanakan di bawah Skim 1956/1959. Melalui peraturan-peraturan skim ini, RISDA dapat mengawal penggunaan benih yang terbaik di samping dapat menepati jadual kerja dan mengawal mutu.

Dari semasa ke semasa klon-klon baru yang dihasilkan oleh agensi penyelidikan akan dibekalkan kepada pekebun kecil.Di samping benih getah, penyediaan benih kelapa sawit dan spesies balak juga diberi tumpuan.

Benih disediakan disebelas (11) buah tapak semaian pusat.Penyediaan benih untuk program tanam semula dipertanggungjawabkan kepada anak syarikat, iaitu RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB).

INPUT PERTANIAN (BAJA)
Terdapat dua jenis stor baja diwujudkan oleh RISDA iaitu Stor Pusat RISDA (SPUR) dan Stor Pusat Tanggungjawab (SPT). SPUR adalah tempat penyimpanan stok baja milik RISDA yang diterima dari kilang sebelum dihantar ke SPT atas permintaan stok baja. SPT pula adalah tempat penyimpanan stok baja yang diterima dari SPUR untuk diagihkan kepada pekebun kecil. Terdapat sebanyak 5 buah SPUR dan 60 buah SPT. Kewujudan Stor Baja RISDA membantu dalam menyampaikan baja secara cekap, cepat dan berkualiti kepada pekebun kecil yang menerima bantuan RISDA. Senarai SPUR adalah seperti berikut :

  1. Stor Pusat RISDA Bandar Sultan Suleiman, Selangor
  2. Stor Pusat RISDA Kapar, Selangor
  3. Stor Pusat RISDA Sri Gading, Johor
  4. Stor Pusat RISDA Sungai Petani, Kedah
  5. Stor Pusat RISDA Gading Galoh, Kelantan

Bahagian Bekalan Input Pertanian (BBIP) akan membuat agihan baja mengikut SPUR bagi negeri yang terlibat. SPUR akan membuat pesanan baja kepada pembekal pada setiap tahun berdasar daripada Laporan Keperluan Baja yang diperolehi dari semua Pusat Tanggungjawab . SPUR hendaklah membuat pesanan dengan mengambilkira paras stok menokok (50%) setiap jenis baja daripada keperluan Pusat Tanggungjawab dibawah kendaliannya.

Selepas menerima pesanan tempatan stok dari SPUR, pembekal akan membuat tempahan baja ke pembekal kilang dan akan memaklumkan tarikh baja siap diproses kepada BBIP untuk pengambilan sampel baja di kilang. Tempoh pemprosesan baja yang ditetapkan kepada pembekal adalah 21 hari dari tarikh Pesanan Tempatan Stok diterima. BBIP akan menjalankan pengujian spesifikasi fizikal, pembungkusan dan penandaan di kilang. Disamping itu, BBIP juga akan menguruskan pengambilan sampel baja dalam tempoh 2 hari dan dihantar ke makmal untuk analisis nutrien. Hasil analisis akan diketahui oleh BBIP dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terimaan di makmal.

 JENIS BAJA
 BAJA PREMIUM RISDA 1
 BAJA PREMIUM RISDA 4
 BAJA ROCK PHOSPHATE

INPUT PERTANIAN (BENIH)
Bekalan benih getah dan kelapa sawit untuk pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula RISDA. Pada tahun 2015, RISDA telah membekalkan 17.6 juta pokok benih getah dan 40,313 pokok benih sawit kepada pekebun kecil. RISDA mensasarkan pembekalan pokok benih getah sebanyak 7.6 juta pada tahun 2016 untuk pekebun kecil seluruh negara.

Dalam usaha memastikan kualiti benih yang dibekalkan adalah yang terbaik, RISDA turut mengawal klon benih yang ditanam di kawasan Tanam Semula RISDA. Ini bertujuan untuk memastikan klon benih yang ditanam mengeluarkan hasil lateks yang tinggi dan mempunyai tumbesaran yang cepat. Berikut merupakan senarai klon yang disyorkan oleh RISDA bagi tempoh 2016-2018 :

 KUMPULAN 1   KUMPULAN 2 
 KLON  WARNA  KLON  WARNA
 PB260  KUNING  RRIM 2007  MERAH JAMBU
 PB 350  HIJAU  RRIM 2023  OREN
 RRIM 928   COKLAT   RRIM 2024   BIRU
 MERAH
 RRIM 2001   PUTIH   RRIM 3001   KUNING
 HIJAU
 RRIM 2002  MERAH  RRIM 2025  BIRU

Senarai Klon dan Kod Warna Klon Getah Bagi Tempoh Tahun 2016-2018

 

Terdapat 20 buah Semaian Pusat RISDA yang diuruskan oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB). Senarai Semaian Pusat RISDA adalah seperti berikut :

  1. Semaian RISDA Bukit Perak, Kedah
  2. Semaian RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Perak
  3. Semaian RISDA Gunung Tunggal, Perak
  4. Semaian RISDA Kesang Pajak, Melaka
  5. Semaian RISDA Kg. Sekijang, Johor
  6. Semaian RISDA Kg. Awah, Pahang
  7. Semaian RISDA Sg. Belat, Pahang
  8. Semaian RISDA Batu 17 Kuala Berang, Terengganu
  9. Semaian RISDA Terengganu Tengah 2, Terengganu
  10. Semaian RISDA Tok Dor, Terengganu
  11. Semaian RISDA Gading Galoh, Kelantan
  12. Semaian RISDA Bukit Sireh, Kelantan
  13. Semaian RISDA Bebangai, Sarawak
  14. Semaian RISDA Tondong, Sarawak
  15. Semaian RISDA Meradong, Sarawak
  16. Semaian RISDA Pasai Siong, Sarawak
  17. Semaian RISDA Bintagor, Sarawak
  18. Semaian RISDA Kg. Ulu Patikang, Sabah
  19. Semaian RISDA Kg. Tambulion, Sabah
  20. Semaian RISDA Kg. Lohan, Sabah

MAKMAL KULTUR TISU 
Pada tahun 2015, RISDA telah mencapai matlamat pengeluaran sebanyak 35,000 ramet kultur tisu sawit melalui makmalnya yang beroperasi di Bangi, Selangor. Benih ini kemudiannya diasuh di Semaian Utama, ladang RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Sungkai Perak dengan peratus kejayaan hidup adalah melebihi 85%. Program yang dijalankan menerusi kerjasama MoU bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini mensasarkan pembekalan benih yang mampu meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) melebihi 10 - 20% berbanding benih DxP (Dura x Pisifera) dan meningkatkan penghasilan minyak 20 - 30% berbanding kaedah konvensional di ladang-ladang RISDA.

Pengurusan RISDA telah menetapkan semua benih kultur tisu sawit ini akan ditanam di ladang milik RISDA seluas 128 hektar yang diuruskan oleh Syarikat Milikan RISDA. Pada tahun 2015, benih kultur tisu telah ditanam iaitu 30 hektar di Ladang RISDA Durian Mas, Terengganu, seluas 63 hektar di Ladang RISDA Ulu Paka, Terengganu dan 35.6 hektar di Ladang RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3520808

Tarikh Kemaskini :
 23/08/ 2017
.