Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Selangor

    nurhaida 


    Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya, RISDA Negeri Selangor berjaya mengorak langkah setapak lagi maju kehadapan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sejajar dengan tema"SELANGOR MAJU" laman web rasmi RISDA Negeri Selangor ini adalah bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan agar masyarakat celik IT dan menjadi masyarakat yang sentiasa berinformasi.

    Laman web ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua pengguna untuk mengetahui maklumat-maklumat yang terkini berkaitan RISDA Negeri Selangor yang meliputi pelbagai aspek samada dari sudut sejarah, latar belakang, fungsi atau objektif penubuhannya. Ia merangkumi pelaksanaan dan pencapaian aktiviti pembangunan berlandaskan Model Bisnes Strategik RISDA (MBSR).

    Namun begitu, memandangkan laman web ini masih diperingkat awal, RISDA Selangor mengambil inisiatif untuk mengemaskini dan mempertingkatkan informasi-informasi yang terkandung dalam laman web ini dari semasa ke semasa agar dapat memenuhi kehendak semua pengguna. Justeru itu dengan adanya teknologi moden ini RISDA Selangor akan lebih maju dan melaksanakan program pembangunan masyarakat pekebun kecil dengan lebih licin dan berkesan. Disamping itu juga dapat mempercepatkan lagi pencapaian misi, visi dan objektif RISDA.

    Akhirkata, semoga dengan adanya laman web ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada semua yang berkaitan khususnya masyarakat pekebun kecil.

    SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB RASMI RISDA NEGERI SELANGOR


    NURHAIDA BINTI SAMSUDIN
    Pengarah RISDA Negeri Selangor.
  • Profil Pejabat RISDA Negeri Selangor

    Visi
     Selangor Maju, Pekebun Kecil Sejahtera.

    Misi
     Mentadbir Dan Mengurus Melalui Perkhidmatan Yang Mesra, Mudah, Cepat Dan Telus Selaras Dengan Tuntutan Pelanggan.

    Objektif
     Merealisasikan Amanat Pengurusan Ke Arah Mencapai Sasaran Pekebun Kecil Progresif Dan Sejahtera.

    Moto
     Kejujuran Dan Ketekunan.
  • Strategi

    Falsafah dan strategi baru berteraskan kepada 7 inisiatif:

     Pembangunan Individu Cemerlang
     Pembangunan Keluarga Sejahtera
     Pembangunan Masyarakat Beridentiti Dan Berdaya Tahan
     Penyediaan Infrastruktur Berkuapti
     Pembangunan Ekonomi Mampan
     Penyediaan Sistem Penyampaian Berkesan
     Pengwujudan Rangka Institusi Kerja Responsif
  • Lokasi
    Lokasi Selangor
     
    Pejabat RISDA Negeri Selangor
    No. 2 Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 9/6,
    Seksyen 9, 40100 Shah Alam
    Selangor Daru Ehsan
    No. Tel: 03-55183 900/901/902/903
    E-mel: rissgor[@]risda[dot]gov[dot]my

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 285 ------ Minggu Ini : 285 ------ Bulan Ini : 4699 ------ Keseluruhan : 4180577

Tarikh Kemaskini :
 14/10/ 2019
.