Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+


  • Laman Utama

    pt map
  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Sarawak


    SARAWAK 168x240

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

    Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, operasi RISDA di Bumi Kenyalang dapat dimulakan secara rasminya pada 16 Oktober 2008.

    Saya bagi pihak warga RISDA keseluruhannya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak khususnya, dan Kerajaan Persekutuan amnya yang telah memberi kepercayaan dan peluang kepada RISDA untuk turut menabur bakti dan menyumbang kepada perkembangan industri getah dan kesejahteraan pekebun kecil di negeri ini.

    Penghargaan juga ditujukan kepada semua Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan (Negeri dan Persekutuan) serta pemimpin-pemimpin tempatan yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam setiap urusan dan aktiviti berkaitan dengan RISDA.

    Saya amat berbangga kerana diberi kepercayaan oleh Pengurusan RISDA Ibu Pejabat untuk menjadi peneraju RISDA Negeri Sarawak dan InsyaAllah dengan sokongan semua pihak serta barisan Pegawai dan kakitangan RISDA Sarawak harapan yang disandarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada RISDA akan cuba dilaksanakan dengan cemerlang. Semoga Allah merestui hasrat murni kami. Amin.

    Sekian, terima kasih.

    SELAMAT BERINTERAKSI


    Noor Azan Bin Mohd Noor
    Pengarah RISDA Negeri Sarawak
  • Profil RISDA 

    Akta Penubuhan

     Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
     RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 Tahun 1972).

    Fungsi RISDA

     Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
     Mengurus dan mengendalikan sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 dan.
     Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

    Tanggungjawab

     Melaksana segala pembaharuan pertanian yang diperoleh dari penyelidikan.
     Bekerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepat pemodenan sektor pekebun kecil.
     Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik.
     Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aspek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.
    Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan pembangunan sektor pekebun kecil.
     Mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan penambahbaikan demi kemajuan sektor pekebun kecil.

    Visi
     Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil.

    Misi
     Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial.

    Objektif
     Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2015.

    Kumpulan Sasar

     Kumpulan Sasar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah seramai 426,381 orang pekebun kecil iaitu 279,127 orang bagi getah dengan keluasan 630,466.244 hektar manakala 147,254 orang bagi sawit dengan keluasan 429,708.707 hektar.

    Definisi Pekebun Kecil

     Pekebun kecil didefinisikan sebagai pemilik tanah yang memiliki kurang daripada 40.4686 hektar (100 ekar)

    Piagam Pelanggan

     Melulus permohonan yang lengkap bagi tanam semula dalam tempoh 14 hari dari tarikh di terima.
     Bayaran bantuan ansuran semasa dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari.
     Bayaran bantuan ansuran berturut dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 12 hari.
     Bekalan baja dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari.
     Bekalan benih dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 15 hari.
     Memberi maklum balas kepada semua aduan dalam tempoh 7 hari.
  • Strategi

    Bidang Keberhasilan Utama RISDA (RKRA)

    BIL RKRA RKPI TANGGUNGJAWAB
    1.

    Meningkatkan kecapaian tanam semula di peringkat pembangunan tanah.

    i.72.5% dari kebun yang sedang tumbesaran menerima bantuan mencapai 10 cm setahun.
    Focus group:
    -Bantuan ke 3-6
    ii.70% dari bilangan pokok sawit sehektar telah berhasil pada umur 2 ½ tahun.
    Focus group:
    -Bantuan ke 4
    Bahagian Tanam Semula & Perladangan (BTSP)
    Sumber: SMB
    Janaan: Komputer/Manual
    2.

    Meningkatkan produktiviti pekebun kecil dan sawit pekebun kecil

    Getah:
    Produktiviti kebun pekebun kecil focus group mencapai tahap 1,550 kg/hektar/tahun.
    Focus group:
    -mengikut projek

    Sawit:
    Produktiviti kebun pekebun kecil focus group mencapai tahap 17.0 mt/hek/tahun
    Focus group:
    -mengikut projek

    Bahagian Produktiviti & Pemasaran (BPP)
    Sumber:TS 82S, LPT 5(BPPT), SPOL(RPSB) dan ESPEK.
    3. Meningkatkan perolehan harga komiditi di peringkat ladang (farmgate price)

    Getah:
    Pekebun kecil memperoleh harga farmgate pada tahap 80.5% dari harga SMR 20 (f.o.b).

    Sawit:
    Pekebun kecil memperoleh harga farmgate pada tahap 18.5% dari MSM hantaran tempatan.

    Bahagian Produktiviti & Pemasaran (BPP)
    Sumber: PTS 5
    4. Meningkatkan modal insan pekebun kecil melalui program latihan dan pendampingan

    80% pekebun kecil mengamalkan teknologi yang disampaikan kepada mereka.
    Sasaran:
    -Bilangan pekebun kecil didampingi dalam bidang pemindahan teknologi getah & sawit.

    Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi (BPPT) & Bahagian Latihan (BL)
    Sumber: Laporan Impak, Pelaksanaan Program,Pendampingan Bulanan
    5.

    Meningkatkan bilangan usahawan dikalangan pekebun kecil

    Melahirkan usahawan seramai 1,000 orang mengikut kategori berikut:
    1)Kadet
    2)Mikro
    3)Kecil
    4)Sederhana

    Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)
    Sumber: Laporan Bulanan (manual)

    6. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah Pendapatan pekebun kecil focus group mencapai tahap minimum RM2,100 sebulan.
    Focus group: FG Produktiviti
    Kaveat:
    -Pekebun kecil pemilik pengusaha
    -Memiliki kebun seluas 1.5 hektar
    -Harga purata SMR 20 (f.o.b) adalah RM10.50 sekilo
    -Sasaran produktiviti kebun dicapai pada tahap 1,600 kg/hek/tahun.
    Bahagian Produktiviti & Pemasaran (BPP)
    Sumber: TS 82G, LPT 2 (BPPT), PTS 5
  • Carta 

    carta organisasi
  • Lokasi
    lokasi Sarawak
     
    Pejabat RISDA Negeri Sarawak
    No: 19C, Lot 499, Tingkat 2,
    Al-Idrus Commercial Centre,
    Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak.
    No. Tel: 082-450384 / 082-451092/ 082-450251 (Direct line PRN Sarawak)
    No. Faks: 082-451178
    E-mel: prnsarawak[@]risda[dot]gov[dot]my

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 28 ------ Minggu Ini : 414 ------ Bulan Ini : 4828 ------ Keseluruhan : 4180706

Tarikh Kemaskini :
 15/10/ 2019
.