Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Perlis
     PERLIS
     
     
    Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya RISDA Negeri Perlis dapat mengikuti arus perdana dalam kemajuan ICT yang sedang berkembang maju dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat bermaklumat.

    Laman Web yang disediakan ini memuatkan maklumat mengenai RISDA Negeri Perlis secara am. Ianya meliputi sejarah, latar belakang dan fungsi penubuhannya. Isi kandungan yang lain termasuk strategi pembangunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Seterusnya laman web ini juga memaparkan informasi mengenai profil, organisasi dan pentadbiran RISDA Negeri Perlis.

    Walaubagaimanapun laman web ini akan dipertingkatkan dan dikemaskini dari masa ke semasa supaya ianya dapat memenuhi kehendak pelanggan disemua peringkat. Justeru itu ianya akan dapat melicinkan lagi pelaksanaan program pembangunan dan fungsi RISDA sebagai peneraju pembangunan masyarakat pekebun kecil. Seterusnya usaha ini akan mempercepatkan lagi pencapaian misi dan objektif pembangunan RISDA khususnya dan Negara amnya.

    Semoga kemudahan ini akan dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua yang berkaitan khususnya masyarakat pekebun kecil.

    Selamat melayari Laman Web RISDA Negeri Perlis



    MOHAMMAD RAHIMI BIN NORDIN
    Pengarah RISDA Negeri Perlis
     
  • Profil Pejabat RISDA Negeri Perlis

     Pejabat RISDA Negeri Perlis telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada hari Khamis 4hb Safar 1401 bersamaan 11 Disember 1980.
  • Strategi

     Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha yang seramai 169,260 orang.
     Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan.
     Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif mengangunkan ladang secara individu.
     Melaksanakan projek ekonomi on farm dan of farm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan.
     Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi melaksanakan projek ekonomi berskala besar yang boleh memberi manfaat kepada pekebun kecil.
     Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang.
     Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil.
  • Lokasi

    Lokasi perlis

    Pejabat RISDA Negeri Perlis
    64-G, Jalan Raja Syed Alwi,
    01990 Kangar, Perlis
    No. Tel: 04-9762544
    No. Faks: 04-9767171
    E-mel: risprls[@]risda[dot]gov[dot]my

     

     

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 21 ------ Minggu Ini : 407 ------ Bulan Ini : 4821 ------ Keseluruhan : 4180699

Tarikh Kemaskini :
 15/10/ 2019
.