Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Perak


     
    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melayari laman web RISDA samaada pelanggan RISDA atau warga kerja RISDA sendiri.

    Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah memanjangkan usia kita sehingga hari ini.

    Sebagai wakil warga kerja RISDA marilah kita memulakan niat untuk memperbaiki diri dan prestasi serta sumbangan ikhlas terhadap organisasi. Semoga dengan niat ikhlas itu kita akan menjadi seorang penjawat awam yang baik.

    Menjadi seorang penjawat awam yang baik dan berkualiti kita perlulah bekerja secara profesional dan rasional dalam erti kata matang dalam membuat keputusan dan penilaian berdasarkan garis panduan yang ditetapkan tidak kira di mana kita berada, berjawatan tinggi atau rendah.

    Dalam melaksanakan tugas juga kita perlulah memberi keutamaan kepada kerja yang perlu didahulukan, tentukan tugas yang harus diberi perhatian dan harus diselesaikan terlebih dahulu agar kerja menjadi lebih mudah dan mendapat hasil yang memuaskan.

    Selaras dengan itu, untuk mendapatkan input yang baik terhadap diri dan pekebun kecil, kita perlu memahami kehendak masing-masing dan perlu diselaraskan dengan teratur. Pemantauan dengan berkesan dan bersistematik akan memberi impak yang positif kepada yang memerlukan bantuan kita.

    Justeru itu, amalan ini perlu diamalkan supaya kita dapat bekerja dengan penuh tanggungjawab kepada amanah yang telah diberikan kepada kita iaitu menjadikan masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera. Berkorban demi mencapai matlamat serta ketaatan kita kepada agensi menjadikan kita lebih kuat berusaha dan seterusnya memastikan kumpulan sasar kita berjaya dikeluarkan dari kelompok kemiskinan.

    Dengan itu, semoga kemudahan yang didapati dari melayari laman web ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua yang berkaitan terutamanya masyarakat pekebun kecil khususnya, dan warga kerja RISDA amnya.

    Selamat Melayari Laman Web Rasmi RISDA.




    Pengarah RISDA Negeri Perak Darul Ridzuan.

  • Profil Pejabat RISDA Negeri Perak

    Fungsi

    Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program tersebut secara cemerlang mengikut piagam dan KPI-KPI yang ditetapkan:-

     Program Tanam Semula, Bekalan Input Pertanian, Prasarana, Pemasaran
     Program Pengembangan – Kursus Informal Dan Formal
     Program Aktiviti Ekonomi Tambahan
     Program Pembasmian Kemiskinan
     Melaksanakan semua dasar berkenaan pentadbiran RISDA Negeri Perak untuk mencapai tahap gemilang
     Menyelaras, Menyelia dan Membimbing Pegawai dan kakitangan RISDA dan Anak Syarikat untuk mencapai matlamat RISDA.
     Menghadiri dan mengurus semua kegiatan yang ada kaitan dengan persekutuan, Agensi Kerajaan, Pelanggan RISDA dan juga Pihak Swasta yang berkaitan dengan pembangunan pekebun kecil ataupun yang ada hubungkait dengan RISDA.
     Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pengarah atau wakil.

    Visi
     Menerajui Peningkatan Martabat Pekebun Kecil RISDA Negeri Perak Melalui Perubahan Minda, Sosial Dan Ekonomi Berteraskan Pendekatan Pengembangan Yang Profesional.

    Misi
     Melahirkan Pekebun Kecil Pemilik Pengusaha Negeri Perak Yang Berdaya Maju, Progresif Dan Berdikari.

    Moto
     Bersama Berusaha Menuju Kegemilangan.
  • Strategi

    Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program tersebut secara cemerlang mengikut piagam dan KPI-KPI yang ditetapkan:-

     Program Tanam Semula, Bekalan Input Pertanian, Prasarana, Pemasaran
     Program Pengembangan – Kursus Informal Dan Formal
     Program Aktiviti Ekonomi Tambahan
     Program Pembasmian Kemiskinan
     Melaksanakan semua dasar berkenaan pentadbiran RISDA Negeri Perak untuk mencapai tahap gemilang
     Menyelaras, Menyepa dan Membimbing Pegawai dan kakitangan RISDA dan Anak Syarikat untuk mencapai matlamat RISDA.
     Menghadiri dan mengurus semua kegiatan yang ada kaitan dengan persekutuan, Agensi Kerajaan, Pelanggan RISDA dan juga Pihak Swasta yang berkaitan dengan pembangunan pekebun kecil ataupun yang ada hubungkait dengan RISDA.
     Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pengarah atau Wakil.
  • Lokasi


    Lokasi Perak
    Pejabat RISDA Negeri Perak
    Lot 189716, Jalan Sultan Azlan Shah Utara,
    31499 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
    No. Tel: 05-5453723
    No. Faks: 05-5457329
    E-mel: risprk[@]risda[dot]gov[dot]my

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 90 ------ Minggu Ini : 1932 ------ Bulan Ini : 6346 ------ Keseluruhan : 4182224

Tarikh Kemaskini :
 20/10/ 2019
.