Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Melaka
    KELANTAN 168x240
     
     
     
    Alhamdulillah, semoga dengan penubuhan laman web RISDA Melaka ini, semua informasi dan aktiviti RISDA Melaka dapat di kongsi bersama dengan seluruh warga RISDA dan juga pekebun kecil di seluruh Malaysia. Laman web ini juga akan sedaya upaya sentiasa di kemaskini dan di muatkan dengan maklumat terkini mengenai berita serta teknologi perusahaan getah ke arah mewujudkan pekebun kecil getah dan sawit yang dinamik dan berdaya maju menjelang tahun 2020 dan juga Melaka Maju 2010.

    Selepas tahun 2008 melabuhkan tirainya, 2009 mula membentangkan hamparannya untuk melakarkan segala peristiwa yang bakal di tempuhi. Tahun 2008 menyaksikan beberapa peristiwa penting telah di lakarkan samada pada peringkat stesen sehinggalah kepada peringkat negeri. Seperti dalam Amanat Ketua Pengarah, pada tahun 2009 ini RISDA menetapkan empat perkara utama yang akan menjadi tumpuan atau sebagai landasan untuk RISDA terus meneroka kejayaan untuk masyarakat luar bandar. Empat tumpuan utama itu ialah:-

     Produktiviti
     Sistem Penyampaian
     Membasmi Kemiskinan
     Korporat Imej

    Semoga empat perkara ini akan melonjakkan lagi peranan RISDA kepada masyarakat luar bandar terutama membantu kerajaan negeri ke arah ‘Melaka Maju Menjelang 2010'. Untuk pencapaian tahun 2008, RISDA Melaka mampu tersenyum apabila program pembangunannya dari segi pencapaian fizikalnya mencapai 99% iaitu menepati matlamat yang di sasarkan. Pencapaian cemerlang ini membuktikan kesungguhan dan komitmen dari semua lapisan anggota RISDA Melaka. Selain daripada itu, RISDA Melaka juga berjaya melaksanakan program kementerian dengan jayanya serta di hadiri sendiri oleh Menteri KKLW dalam program 2 Jam 3 Jam dan Karnival Desa Ria yang di hadiri oleh KSU Kementerian. Apa yang di harapkan kejayaan yang di capai memberi impak terus kepada kumpulan sasar.

    Pada tahun ini RISDA Melaka telah kehilangan ramai anggota yang bersara samada secara pilihan mahupun bersara wajib. Antaranya termasuklah tonggak utama RISDA Melaka, Hj Sukiman Sulong yang menghabiskan sisa-sisa perkhidmatannya sehingga Mac 2009. Namun begitu, tugas dan amanah harus di teruskan bagi memastikan kesinambungan usaha-usaha pembangunan masyarakat luar bandar akan terus menerus berjalan dengan lancar.

    Semoga kemudahan laman web yang disediakan ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada masyarakat pekebun kecil di Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia ini.

    SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB RISDA NEGERI MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA



    SHAZWAN MAZLY BIN MAZLAN
    Pengarah RISDA Negeri Melaka

  • Profil Pejabat RISDA Negeri Melaka

    Latar Belakang Organisasi

    Akta Pertubuhan

    Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 tahun 1972).

    Sejarah
    Menurut sejarah, pokok getah atau nama saintifiknya "Hevea Brasiliensis" adalah berasal dari Negara Brazil. Benih pokok di bawa masuk ke Malaya pada kurun ke-19 oleh H.N.Ridley iaitu Pengarah Botanikal Garden di Singapura. Bagi menjamin masa depan pekebun-pekebun kecil serta mengukuhkan lagi perusahaan getah di Negara ini, kerajaan telah menjalankan Rancangan Tanam Semula yang dilaksanakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula ( LPGTS ). Rancangan tersebut hanya menumpukan tugas mempelawa dan menggalakkan permohonan untuk mananam semula sahaja. Rancangan ke-2 dilaksanakan pada 1 Januari 1953 dan matlamatnya ialah untuk menanam semula 1/3 daripada jumlah keluasan getah kebun kecil di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 7 tahun ( 1953-1959 ). Dalam tempoh tersebut Negeri Melaka memperuntukkan 10490 hektar.

    Pada 1 Januari 1973 sambutan daripada pekebun-pekebun kecil amat menggalakkan. Oleh itu, RISDA ( Rubber Industry Smallholders Development Authority ), telah ditubuhkan untuk menggantikan LPGTS di bawah undang-undang Malaysia ( 85 ) 1972, Akta Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah. LPGTS Negeri Melaka telah memulakan sejarah pada awal 1953 dengan pejabatnya bertempat di tingkat atas bangunan Stadthuys, Melaka. Pada ketika itu pejabat LPGTS Melaka hanya mempunyai 9 orang kakitangan luar, 5 orang kerani dan seorang pemandu serta kelindan lori. Bilangan pekebun pula pada ketika itu berjumlah 19,954 orang dengan keluasan sebanyak 41,426 hektar. Pada 1957, pejabat LPGTS Melaka telah berpindah dan mendirikan pejabatnya sendiri memandangkan pertambahan kakitangan dan fungsinya. Walaubagaimanapun aktiviti untuk membangunkan sektor pekebun kecil kian meningkat. Dengan itu, LPTGS telah digantikan dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil ( RISDA ) pada tahun 1973 di mana ia bertanggungjawab terhadap semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Melalui RISDA usaha dijalankan untuk memodenkan sektor pekebun kecil dengan membuat penyelidikan dan pembaharuan dalam bidang penanaman semula, penggunaan dan pembekalan benih, pemprosesan dan pemasaran.

    Maka pihak RISDA telah mengambil keputusan untuk membesarkan bangunan pejabat yang sedia ada kepada sebuah pejabat yang lebih besar dan selesa bagi menampung tugas-tugas dan kakitangan serta pekebun kecil di Melaka keseluruhannya. Setelah kerja pembinaan selesai, pejabat RISDA Negeri Melaka telah kembali beroperasi di bangunan Stadhyus pada 26 Disember 1979. Bangunan RISDA yang setinggi 6 tingkat yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta telah pun siap pada pertengahan tahun 1982 dan telah digunakan sepenuhnya pada 1 September 1982. Bagi majlis perasmian bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 Disember 1983.
     
  • Strategi

     Perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penguatkuasaan dan kajian semula.
     Mengupaya anggota perkhidmatan awam dengan sikap yang betul, mahir dan stamina kerja.
     Menambah baik sistem penyampaian di bahagian hadapan.
     Memanfaatkan teknologi untuk khidmat berkuapti.
     Menggiatkan usaha dan tindakan membasmi kemiskinan.
     Memupuk perkongsian efektif dengan pihak berkepentingan.
  • Lokasi

    Lokasi Melaka
    Pejabat RISDA Negeri Melaka
    No. 36, Jalan Tun Sri Lanang,
    75100 Melaka
    No. Tel: 06-2834611 (5 talian)
    No. Faks: 06-2830003
    E-mel: rismlk[@]risda[dot]gov[dot]my

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 21 ------ Minggu Ini : 407 ------ Bulan Ini : 4821 ------ Keseluruhan : 4180699

Tarikh Kemaskini :
 15/10/ 2019
.