Laman Utama > negeri risda > negeri johor


  • Perutusan Pengarah RISDA Negeri Johor


     
     
    Salam Sejahtera,

    Dengan kewujudan Laman Web RISDA Negeri Johor menunjukkan komitmen pihak pengurusan RISDA Negeri terhadap perkembangan teknologi semasa yang bergerak dengan begitu pantas. Bagi memenuhi hasrat pekebun kecil di Negeri Johor , pihak RISDA sentiasa prihatin dengan kepayahan yang dihadapi oleh Pekebun Kecil untuk berurusan dengan pihak RISDA. Dengan adanya Laman Web RISDA ini Pekebun Kecil dapat melayari dan mencari maklumat yang terkini berkaitan RISDA.

    Laman Web RISDA ini mempunyai banyak maklumat-maklumat yang terkini dan dapat membantu Pekebun Kecil atau individu yang ingin mendapatkan infomasi berkaitan Organisasi RISDA, seperti program Tanam Semula , kursus Pekebun Kecil, kadar bantuan tanam semula dan lain-lain.

    Saya berharap Laman Web ini akan membolehkan para pengunjung berinteraksi untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai RISDA , program serta aktiviti yang RISDA jalankan demi meninggikan taraf hidup masyarakat Pekebun kecil .

    Sekian, terima kasih.

    SELAMAT BERINTERAKSI

    MD NAJIP BIN ISHAK
    Pengarah RISDA Negeri Johor
  • Profil Pejabat RISDA Negeri Johor

    Misi
     Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial.

    Objektif
     Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM 2,000 sebulan sekeluarga menjelang 2010.

    Moto
     Pekebun Kecil Ceria, RISDA Bahagia.
  • Strategi
    Untuk mereapsasikan strategi RISDA dalam melaksanakan program tanam semula dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan, beberapa rancangan telah diatur untuk pekebun kecil iaitu :-

    Program Tanam Semula
     Pengurusan Negeri Johor telah mewujudkan TASKFORCE dikalangan pegawai dan seluruh kakitangan untuk memastikan permohonan tanam semula dapat dicapai mengikut matlamat yang telah ditetapkan dengan membuat hebahan di media massa, kempen dan lawatan rumah ke rumah oleh Pemaju Masyarakat RISDA( PMR ) dan pemimpin tempatan .
     
    Bekalan Benih
     Untuk memastikan bekalan benih dapat dicapai mengikut piagam pelanggan yang telah ditetapkan, pihak pengurusan telah merancang keperluan benih agar sentiasa mencukupi dan sentiasa bersedia untuk dibekalkan,dengan wujudnya tapak semaian transit pasti bekalan benih yang bermutu dapat dihantar mengikut jadual.
     
    Program Pengembangan
     RISDA juga melaksanakan Pembangunan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( SPKR ) Gerakan Daya Wawasan (GDW), Program Prasarana dan lain-lain . Untuk pembangunan Insan, RISDA Johor telah memberi peluang kepada pekebun kecil dan ahp keluarganya mengikuti program-program yang telah diatur oleh pihak RISDA sepanjang tahun ,dengan strategi ini taraf hidup pekebun kecil dapat ditingkatkan kemahirannya dan seterusnya terkeluar dari garis kemiskinan .
  • Lokasi
    Lokasi Johor
     
    Pejabat RISDA Negeri Johor
    PTB 12328, Jalan Padi Murni,
    Bandar Baru UDA, Karung Berkunci 797,
    81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
    No. Tel: 07-2394505, 07-2394506, 07-2394507, 07-2394508, 07-2394509
    No. Faks: 07-2394501
    E-mel: risjhr[@]risda[dot]gov[dot]my

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube