Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Latar Belakang

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

  1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
  2. Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

Abdullah bin Abdul Kadir, KMN
Pengerusi / Ketua Pengarah RISDA
Upacara Pelancaran Rasmi RISDA pada 8 Februari 1973

Sejarah
Ucapan Perasmian Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia, di upacara Pelancaran Rasmi, RISDA pada 8 Februari, 1973.

Dengan tertubuhnya RISDA, terwujudlah sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, RISDA juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.

Kerajaan memandang mustahak mengadakan satu dasar dan strategi baru bagi memajukan sektor pekebun kecil dan berasaskan ini, RISDA ditubuhkan.

Sebagaimana dimaklumkan, RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.

Dengan ini nyatalah bahawa unsur-unsur pembaharuan semestinya menjadi asas yang kukuh kepada konsep RISDA supaya membolehkan semua pekebun kecil kita menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi.

Saya juga telah mengarahkan RISDA supaya mengadakan satu "Integrated Approach" terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga MARDEC. Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh RISDA. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh MARDEC untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara "Integrated Approach" inilah maka RISDA akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna.

Soal membaiki keadaan ekonomi pekebun kecil berhubung erat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maka itu RISDA akan berkerjasama dengan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam ertikata sepenuhnya. Tidak syak lagi RISDA akan memainkan peranan penting di dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru terutama dari segi penyusunan semula masyarakat.

Akhirnya saya mengharapkan bahawa dengan pelancaran RISDA ini usaha-usaha kita dapat ditumpukan dengan sepenuhnya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil dan membaiki kedudukan mereka. Marilah kita berdoa mudah-mudahan hasrat dan cita-cita melalui usaha-usaha RISDA yang murni itu berjaya sepenuhnya.
Objektif

  Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan RM4,000 Sebulan Sekeluarga Pada Tahun 2020

Fungsi

Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Mengurus dan mengendalikan sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Merancang dan melaksana segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

Misi dan Visi

misi

Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan dan Keusahawanan

visi

Menjadi Agensi Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil

Dasar Kualiti

DASAR KUALITI

Mewujudkan Rasa Bertanggungjawab Dan Komitmen Di Kalangan Semua Staf Di Semua Pejabat Ke Arah Meningkatkan Kecekapan, Keberkesanan Dan Memenuhi Kepuasan Pelanggan.

OBJEKTIF KUALITI

RISDA Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Mengurus Bantuan Program Tanam Semula Dengan Cekap Dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Pekebun Kecil.

Anugerah Sijil Bersih Kewangan RISDA

Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Bagi Tahun Berakhir:

 
 Bil  Tahun Berakhir
 01  31 Disember 2002
 02  31 Disember 2005
 03  31 Disember 2006
 04  31 Disember 2007
 05  31 Disember 2008
 06  31 Disember 2009
 07  31 Disember 2010
 08  31 Disember 2011
 09  31 Disember 2012

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3520799

Tarikh Kemaskini :
 23/08/ 2017
.