Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018) yang dilaksanakan oleh RISDA boleh disemak melalui pautan ini :

http://webapp3.risda.gov.my

 

SOALAN LAZIM

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2018 (BMT)

 

1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?

Seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia.

ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.

iii) Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar.

iiii) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.

v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.

vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

2. Berapakah kadar bantuan BMT 2018 yang dilaksanakan oleh RISDA?

Kadar bantuan adalah RM600 yang akan dibayar dalam 2 peringkat iaitu :

i)  RM300 pada Disember 2018.

ii) RM300 pada Januari 2019.

 

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha?

Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

 

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

 

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?

Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

 

6. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?    

i) Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.

ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.

 

7. Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?

Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.

 

8. Bolehkah pekebun kecil yang berkongsi tanah dalam satu geran?

Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama.

 

9. Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?

Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

 

10. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018)?

Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan webapp3.risda.gov.my.

 

11. Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?

Permohonan baru bagi pekebun kecil yang layak boleh dibuat di semua pejabat RISDA yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan berikut :

i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan

c) Geran asal tanah dan salinan; dan

d) Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :

a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan

b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan

c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan

d) Salinan Kad PAT-G; dan

e) Salinan buku akaun bank yang aktif.

 

12. Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil dikira sebagai layak mendapat BMT?

Setiap permohonan yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 21 ------ Minggu Ini : 407 ------ Bulan Ini : 4821 ------ Keseluruhan : 4180699

Tarikh Kemaskini :
 15/10/ 2019
.