Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

1. Pengenalan

Tanam semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta RISDA Bil. 85/1972. Di bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua dengan getah atau tanaman lain yang diluluskan bagi sektor pekebun kecil. Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai, mata benda seperti benih, baja dan khidmat nasihat.

2. Latar Belakang

2.1 - Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Melalui Rancangan ini juga, pekebun kecil boleh menanam semula dengan jenis tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, spesies balak dan sebagainya.

2.2 - Bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula ini, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan perkara-perkara berikut:-

  • Mewujudkan prosedur pengenaan dan pengutipan ses tanam semula pada kadar 9.92079 sen sekilogram (4.5 sen sepaun) getah yang dieksport daripada negara ini.
  • Mewujudkan sebuah badan berkanun yang dinamakan Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) bagi mentadbir Kumpulan Wang Ses bagi maksud melaksanakan Rancangan Tanam Semula.

2.3 - LPGTS telah mentadbir Kumpulan Wang Ses dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula selama 20 tahun iaitu dalam tempoh 1952 - 1972. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 1973, tugas-tugas LPGTS telah diambilalih oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan melalui Akta RISDA Bilangan 85 Tahun 1972.

2.4 - Ses tanam semula yang dikutip dimasukkan ke dalam sebuah tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Ses dan ditadbirkan oleh LPGTS dan kemudiannya oleh RISDA. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952, ses dikutip di peringkat eksport kerana pada masa tersebut hampir semua getah yang dihasilkan adalah dieksport. Oleh itu kuantum kutipan ses setiap tahun bergantung kepada kuantiti getah yang dieksport dan ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengeluaran getah dalam negara dan penggunaan getah secara domestik.

2.5 - Bagi getah yang diproses dalam negara (kegunaan domestik) ke dalam bentuk barangan nilai ditambah (value-added rubber products), cukai ses dikenakan ke atas pengilang kerana getah ini tidak dieksport sedangkan cukai ses telah dikenakan kepada pekebun kecil.

2.6 - Pekebun kecil dibantu melaksanakan penanaman semula melalui bantuan tanam semula yang diberikan oleh RISDA mengikut kadar-kadar tertentu yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kadar bantuan yang bermula pada tahap RM 988 sehektar pada tahun 1952 telah dinaikkan sebanyak 7 kali selaras dengan peningkatan kos menanam semula. Perubahan pada kadar bantuan tanam semula yang diberikan kepada pekebun kecil adalah seperti Jadual 1

 

KENAIKAN & KADAR BANTUAN TANAM SEMULA
Tarikh kuatkuasa Kadar Bantuan (RM/Hektar)
1952 988
1953 - 1955 1,236
1956 - 1961 1,483
1962 - 1970 1,853
1971 - 1977 2,224
1978 - 1980 2,965
1981 - 1990

5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
3,706 (untuk tanaman getah bagi pemilikan >4.0468 hektar)
3,706 (untuk tanaman lain bagi pemilikan <4.0468 hektar)
2,965 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)

1991 - 2002

6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)
4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)ax

2003 - 2010

6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)
4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)ax

2010 - sekarang

9,230 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Semenanjung sahaja)
13,500 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sarawak sahaja)
14,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sabah sahaja)
2,500 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) di Semenanjung sahaja)
7,000 (untuk Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil-NKEA(TSSPK-NKEA) di Semenanjung sahaja)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 24 ------ Minggu Ini : 1703 ------ Bulan Ini : 6117 ------ Keseluruhan : 4181995

Tarikh Kemaskini :
 19/10/ 2019
.