Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Kadar Bantuan Tanam Semula

Program tanam semula adalah aktiviti utama dalam membangunkan ekonomi pekebun kecil dan menjadi teras kepada program pembangunan yang lain. Program ini bermula pada tahun 1952 bertujuan membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun-kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon getah baru atau menukar kepada jenis tanaman lain yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih tinggi.

Bantuan tanam semula diberikan dalam bentuk mata benda seperti benih, baja, racun kimia dan sebagainya dan juga wang tunai dalam 4 hingga 6 ansuran bagi tempoh 2 1/2 hingga 4 1/2 tahun bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam semula.

Perubahan kadar bantuan tanam semula sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952 hingga sekarang adalah seperti berikut :

Kenaikan Kadar Bantuan Tanam Semula

Tarikh Kuatkuasa Kadar Bantuan (RM/Hektar)
1952 988
1953 - 1955 1,236
1956 - 1961 1,483
1962 - 1970 1,853
1971 - 1977 2,224
1978 - 1980 2,965
1981 - 1990

5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
3,706 (untuk tanaman getah bagi pemilikan >4.0468 hektar)
3,706 (untuk tanaman lain bagi pemilikan <4.0468 hektar)
2,965 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)

1991 - 2002

6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)
4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar)
3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar)

2003 - 2010

7,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI))
4,448 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 2.5 hektar Ke Bawah)

2010 - sekarang

9,230 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Semenanjung sahaja)
13,500 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sarawak sahaja)
14,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah (TSGG) di Sabah sahaja)
2,500 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) di Semenanjung sahaja)
7,000 (untuk Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil-NKEA(TSSPK-NKEA) di Semenanjung sahaja)

Pekebun kecil boleh memilih untuk menanam semula kebun getah tua mereka dengan jenis-jenis tanaman yang boleh memberi pulangan terbaik melalui salah satu daripada empat pendekatan iaitu Tanam Semula Berkelompok (TSB), Tanam Semula Serentak (TSS), Mini Estet (ME) atau tanam semula secara individu.

Pendekatan pengestetan diperkenalkan pada awal tahun 1996 sebagai kelangsungan daripada kaedah pembangunan secara berkumpulan yang telah dilaksanakan sejak tahun 1970an. Konsep pendekatan ini ialah dengan mengkelompokkan projek-projek TSB, TSS, ME dan kebun-kebun individu berdekatan dan di dalam satu kawasan yang sesuai menjadi suatu entiti yang lebih besar dikenali sebagai estet kelompok ala RISDA (EKAR) yang diuruskan secara komersial ala estet (Tanam Semula Komersial [TSK]).

Pendekatan ini meliputi pembangunan kebun-kebun di peringkat muda dan juga matang merangkumi proses penorehan atau penuaian dan pemasaran.TSK diuruskan oleh anak syarikat, iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn.Bhd.(RSPSB).

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 279 ------ Minggu Ini : 1004 ------ Bulan Ini : 7405 ------ Keseluruhan : 4183283

Tarikh Kemaskini :
 23/10/ 2019
.