Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Perutusan Pengarah

 Wan Hafiz

 

ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM NEGARAKU MALAYSIA.

Selamat datang ke Pejabat Ketua Pengarah RISDA. Satu Bahagian yang menggalas amanah yang besar dalam memastikan jentera pentadbiran dan public delivery system RISDA berfungsi dengan lancar secara keseluruhannya. Di sinilah bermulanya setiap dasar – dasar RISDA dirangka, dibincang dan diputuskan melalui Urus Setia Pihak Berkuasa RISDA.

Fungsi seterusnya yang dijalankan melalui Unit Integriti pula dilihat semakin signifikan dalam memastikan segala aspek tadbir urus RISDA diperkukuhkan melalui aktiviti pembudayaan integriti, pematuhan, tatatertib, pengesanan dan pengesahan serta pengurusan aduan. Semua ini dilakukan bagi memastikan warga RISDA sentiasa bertunjangkan prinsip integriti, akauntabiliti dan cakna dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Manakala aspek perundangan juga turut dititik beratkan dalam memastikan setiap terma - terma yang digariskan sentiasa menjaga kepentingan RISDA dan ini dilaksanakan melalui Unit Guaman.

Melalui ketiga-tiga unit ini saya percaya skop, fungsi dan tanggungjawab yang dipikul mampu diterjemahkan dengan berkesan sekaligus memberi kesan positif dalam menjayakan agenda RISDA dalam mensejahterakan masyarakat pekebun kecil dan turut melahirkan warga jabatan yang bukan sahaja berprestasi tinggi tetapi juga warga yang mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Akhir kata, selamat melayari laman web RISDA.

Sekian, terima kasih.

 

WAN MOHD HAFIZ BIN WAN IBRAHIM
Pengarah
Pejabat Ketua Pengarah

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 278 ------ Minggu Ini : 1003 ------ Bulan Ini : 7404 ------ Keseluruhan : 4183282

Tarikh Kemaskini :
 23/10/ 2019
.