Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

 

a) Strategi Pembangunan Tanah

  1. Menggunakan profil kebun dan pekebun kecil bagi perancangan & pelaksanaan program tanam semula.
  2. Merancang dan melaksanakan kempen tanam semula berdasar kepada getah tua melalui data yang diperolehi dari SMPK.
  3. Mendapat permohonan tanam semula melalui data SMPK dan e-portal.
  4. Mengaplikasikan penggunaan GIS (satelit) dan SMPK bagi memudahkan penentuan getah tua bagi memberi hak kelayakan.


b) Strategi Pembangunan Secara Berkumpulan

  1. Mengenal pasti kawasan melalui database SMPK.
  2. Memberi penerangan pendekatan baru tanam semula.
  3. Meningkatkan keupayaan pengurusan ME dan TSK Di bawah Pengurusan RSPS dengan cara:

-RPSB hanya menguruskan 589 projek TSK yang viable sahaja.
-ME dan TSK yang tidak viable diserah semula kepada AJK PK dengan bimbingan RISDA.

   4. Memberi pakej insentif mengikut peringkat pembangunan dalam menggalakkan pengurusan secara berkumpulan:

-Bantuan Tanah Kosong (BTK)
-Bantuan Tabung Pelancaran (BTP)
-Bantuan Premium Tanah (BPT)
-Bantuan Pemulihan Kebun
-Bantuan Input Pertanian
-Bantuan Depo/Pusat Timbang/Stor
-Bantuan Prasarana
-Bantuan AET
-Latihan Pengurusan Ladang dan Pembangunan Insan

c) Strategi Memendekkan Tempoh Keremajaan

  1. Mewajibkan pekebun kecil yang diluluskan bantuan tanam semula menghadiri kursus pra tanam semula di kebun contoh yang telah berjaya.
  2. Membudayakan amalan pertanian baik (GAP).
  3. Pembajaan secara diskriminasi berdasarkan analisa daun dan tanah.
  4. Membekalkan anak benih sekurang-kurangnya 2 tingkat daun keras dari klon yang kadar pertumbuhan cepat, lasak dan hasil tinggi dalam masa singkat e.g RRIM 2025, 2020 & PB 260.
  5. Pemantauan pertumbuhan ukur lilit mestilah dibuat dengan rapi dan betul.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 12 ------ Minggu Ini : 398 ------ Bulan Ini : 4812 ------ Keseluruhan : 4180690

Tarikh Kemaskini :
 15/10/ 2019
.