Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Perutusan Pengarah

ABU HASSAN Small 

 

Bismillahirrahmanirrahiim

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang melayari laman web rasmi Bahagian Program Khas ini.


Secara umumnya bahagian ini merupakan agensi pelaksana dan pembayar kepada Program Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Antara Program utama bahagian ini sebagai pelaksana dan pembayar kepada projek pembangunan Agropolitan dan pembangunan prasarana seperti berikut :

a) Projek Agropolitan Gahai Lipis, Pahang, Kuala Lipis, Pahang
b) Projek Agropolitan Chemomoi, Bentong, Pahang
c) Agropolitan Ganda, Gerik, Perak
d) Agropolitan Ulu Awik, Sarawak
e) Agropolitan Nanga Sekuau, Sarawak
f) Projek Prosdet Pantos, Lipis, Pahang
g) Pembangunan Pemajuan Kawasan (PPK)
h) Pembangunan Program Pemajuan Masyarakat Setempat (PPMS)
i) Pembangunan Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK)
j) Pembangunan Program Bantuan Rumah (PBR) dan;
k) Projek Rumah Bina Negara (RBN)


Manakala sebagai agensi pembayar pula, bahagian ini terlibat dalam program pembangunan Desa KKLW. Antara program yang terlibat seperti berikut :

a) Skim Pembangunan & Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
b) Gerakan Daya Wawasan (GDW)
c) Desa Lestari
d) Mini Rural Transformation Centre (RTC) dan;
e) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Persekutuan (JKKK/JKKKP)


Semoga semua pengunjung mendapat maklumat yang terkini mengenai fungsi serta tanggungjawab bagi setiap Program yang dilaksanakan oleh Bahagian ini dalam menyalurkan perkhidmatan RISDA kepada Stake Holder atau masyarakat luar bandar secara lebih holistik dan komprehensif. Bahagian ini juga sentiasa bersedia bagi merealisasikan matlamat RISDA untuk membandarkan luar Bandar ke arah peningkatan pendapatan pekebun kecil getah dan masyarakat luar Bandar. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada pengunjung-pengunjung bagi memperbaiki lagi kandungan laman Web bahagian ini dari masa ke semasa. 

Sekian, terima kasih.

ABU HASSAN BIN MOHD ALI
Pengarah
Bahagian Program Khas

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 167 ------ Minggu Ini : 892 ------ Bulan Ini : 7293 ------ Keseluruhan : 4183171

Tarikh Kemaskini :
 23/10/ 2019
.