Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Perutusan Pengarah

hazarudin 

Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah dengan rahmat limpah kuniaNya dapat kita memanfaatkan kemudahan laman web ini sebagai medium saluran maklumat dan informasi terkini. Bahagian ini sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang berkesan selaras dengan transformasi perkhidmatan awam seterusnya dapat memperkasa sistem penyampaian RISDA.

Bahagian Pentadbiran bergerak dengan sokongan padu dari Unit Khidmat Sokongan, Logistik & Kebajikan, Unit Pengurusan Harta, Unit Inovasi Dan Kualiti serta Unit Pentadbiran dan Kewangan yang mana dengan kombinasi unit-unit ini telah dapat merealisasikan serta menyahut saranan kerajaan dalam era globalisasi ini. Bahagian ini juga berperanan untuk merangka dasar melaksana serta memantau aktiviti pembudayaan kualiti didalam organisasi di samping bertanggungjawab sebagai urusetia kepada semua majlis-majlis rasmi jabatan. Selain itu Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab memastikan keperluan logistic serta menyelenggara kenderaan semua rasmi jabatan.

Akhir kata saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada seluruh pihak yang terlibat di dalam menjayakan pembinaan Portal Rasmi RISDA serta dapat berkongsi manfaat bersama.


Sekian terima Kasih

HAZARUDDIN BIN HAMZAH

Pengarah
Bahagian Pentadbiran 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 324 ------ Minggu Ini : 710 ------ Bulan Ini : 5124 ------ Keseluruhan : 4181002

Tarikh Kemaskini :
 15/10/ 2019
.