Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Perutusan Pengarah

AHMAD ZAINAL

 

Assalamualaikum W.B.T, Salam Negaraku Malaysia

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya dapat kita bersama-sama melayari Laman Web RISDA ini serta mengaplikasikan penggunaan Laman Web yang serba canggih dan informatif ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pada masa kini. Dalam memastikan penwujudan sistem penyampaian atau “Delivery System” yang berkesan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berperanan untuk mewujudkan tadbir urus yang baik dalam pengurusan sumber manusia. Sedemikian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sentiasa melaksanakan inisiatif dan mekanisma yang berkesan bagi memenuhi kehendak ‘stakeholder’ dan pelanggan.

Antara fungsi utama Bahagian ini adalah merancang dan mengenal pasti keperluan sumber manusia mengikut keperluan RISDA, merancang dan melaksanakan secara berterusan program pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan kompetensi dan kemajuan kerjaya dan seterusnya menyediakan pengurusan dan pentadbiran sumber manusia yang efisien dalam membantu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian. Sepertimana yang telah digariskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia didalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) iaitu Meningkatkan Pembangunan Modal Insan untuk Negara Maju, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sentiasa berusaha untuk memastikan RISDA bergerak seiring dengan wawasan Negara. Visi bahagian ini adalah untuk “Menjadi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang Komited dan Professional” serta Misi bahagian adalah “Menyediakan Sumber Manusia yang Kompeten dan Efisien”.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menaruh sepenuh keyakinan dengan segala usaha berterusan yang telah dilaksanakan dalam menambah baik tadbir urus pengurusan sumber manusia di RISDA ini akan mampu menjelmakan satu kesan yang positif kepada pegawai dan kakitangan di RISDA dan selanjutnya kejayaan kepada organisasi RISDA itu sendiri dan ini adalah berlandaskan kepada motto Bahagian iaitu “Modal Insan, Aset Utama RISDA”


AHMAD ZAINAL BIN ABDULLAH
Pengarah 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 31 ------ Minggu Ini : 1401 ------ Bulan Ini : 5815 ------ Keseluruhan : 4181693

Tarikh Kemaskini :
 18/10/ 2019
.