Laman Utama > [Bahagian] Perutusan Pengarah > [perutusan] Pelaburan Dan Pembangunan Syarikat

Perutusan Pengarah

 

asmizi

Salam Negaraku Malaysia

Selamat datang ke Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat (BPPS).

BPPS bertanggungjawab mengkaji, menilai daya maju, menganalisis risiko pelaburan-pelaburan yang boleh membawa keuntungan kepada RISDA dan pekebun kecil. Selain itu, BPPS bertanggungjawab mengawal selia syarikat milikan RISDA (SMR) merangkumi penyelarasan, pelaburan, pinjaman dan pematuhan dasar dan peraturan. BPPS juga bertanggungjawab menggubal dan mengkaji peraturan SMR agar selaras dengan dasar semasa kerajaan serta mematuhi "Good Governance" mengikut Akta Syarikat 2016.
SMR mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam pelbagai sektor seperti khidmat perladangan, pengilangan, pemasaran, pengangkutan, broker insurans, pendidikan, ternakan, pembangunan hartanah, penyediaan benih getah serta sawit, bekalan baja, pengurusan dana, pengurusan katering dan majlis serta menjaga kebajikan staf dan Pekebun Kecil. BPPS mensasarkan pulangan terbaik dari setiap pelaburan atau perniagaan yang dijalankan oleh SMR dari segi bayaran dividen atau keuntungan yang dijana daripada aktiviti-aktiviti yang diluluskan agar hasil keuntungan dapat disalurkan semula kepada pekebun kecil pada masa hadapan.

Semoga maklumat yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selamat melayari Portal RISDA.
Sekian, terima kasih.
“Work Smart, Think Corporate”


 

MOHAMAD ASMIZI BIN ALIAS
Pengarah
Bahagaian Pelaburan & Pembangunan Syarikat

 

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube