Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Perutusan Pengarah

 

amran
 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari laman web Bahagian Latihan RISDA.

Bagi menyahut hasrat Kerajaan mencapai tahap negara berpendapatan tinggi, Pengurusan RISDA mengerusi tag line yang baru iaitu "Kasihi Pekebun, Sayangi RISDA" akan memberi penekanan kepada aspek latihan pekebun kecil yang menjurus kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan.

Berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan (TNA) Bahagian Latihan menyediakan modul yang mantap yang meliputi Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) seperti berikut :-

1. Penanaman dan Penyenggaraan

2. Pembajaan

3. Rangsangan

4. Penorehan

Bagi tahun ini, sebanyak 223 kursus Amalan Pertanian Yang Baik mengenai getah akan dilaksanakan di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) Pahang, Perak, Kelantan dan di Pusat Latihan RISDA (RISTEC).

Bahagian Latihan ada menyediakan Buku Latihan Pekebun Kecil secara tahunan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada masyarakat pekebun kecil berkaitan jenis-jenis latihan. Disamping menyediakan kemudahan latihan untuk pekebun kecil, staf RISDA juga akan dilatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran di dalam bidang tugas masing-masing.

Bersesuaian dengan moto Bahagian Latihan iaitu "Latihan Memacu, Transformasi Kemahiran", Latihan Staf akan menjurus ke arah merapatkan jurang kemahiran yang sedia ada di kalangan pegawai dan kakitangan dan kemahiran yang diperlukan oleh RISDA dan pekebun kecil buat masa ini.

Sebanyak 250 kursus akan dijalankan untuk melatih 4460 orang staf RISDA sepanjang tahun ini.

Semoga pelayar semua mendapat maklumat terkini mengenai kemudahan latihan yang disediakan dan memohon untuk menghadiri kursus-kursus yang bersesuaian bagi menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran supaya berupaya mengurus aset yang dimiliki dengan cekap dan berkesan terutama dalam mempertingkatkan produktiviti kebun yang diusahakan.

Sekian, Terima Kasih.

 

AMRAN BIN MOHAMAD
Pengarah 
Bahagian Latihan

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 165 ------ Minggu Ini : 890 ------ Bulan Ini : 7291 ------ Keseluruhan : 4183169

Tarikh Kemaskini :
 23/10/ 2019
.