Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Perutusan Pengarah

fareek 


Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Alhamdulillah sesungguhnya segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah serta izinNya Bahagian Khidmat Kejuruteraan (BKJ) berpeluang menyampaikan perutusan di portal ini. Terima kasih kerana mengunjungi Bahagian Khidmat Kejuruteraan di Portal Rasmi RISDA ini.

Bahagian Khidmat Kejuruteraan komited dalam "Memperkasakan Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman" berpandukan dengan NKRA yang telah digariskan oleh kerajaan menjelang tahun 2020. BKJ akan terus terlibat dalam pembinaan Prasarana Asas Pertanian (PAP) untuk meningkatkan rangkaian kemudahan jalan dalam kebun bagi faedah Pekebun Kecil Luar Bandar. BKJ juga akan terus memberikan khidmat dalam merealisasikan pembinaan dan penyenggaraan kemudahan premis bangunan pejabat RISDA dengan persekitaran kerja yang kondusif serta pembinaan projek fizikal yang lain ke arah aspirasi yang sama.

Dengan adanya medium rasmi ini, diharap ianya dapat memberi gambaran yang jelas mengenai fungsi dan struktur bahagian ini kepada pelayar portal diluar sana. Selamat melayari Portal Rasmi RISDA dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'Membandarkan Luar Bandar'.

 
MOHAMAD FAREEK BIN SAIDIN
Pengarah
Bahagian Khidmat Kejuruteraan

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: Hari Ini : 90 ------ Minggu Ini : 1932 ------ Bulan Ini : 6346 ------ Keseluruhan : 4182224

Tarikh Kemaskini :
 20/10/ 2019
.