Laman Utama > [Bahagian] Perutusan Pengarah > [perutusan] Kewangan dan Belanjawan

Perutusan Pengarah

Haniza Shukor
 

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung yang sudi meluangkan masa melayari Laman Web bahagian ini. Selaras dengan hasrat kerajaan supaya semua agensi kerajaan dapat melaksanakan perbelanjaan secara berhemat, RISDA berusaha mempertingkatkan kapasiti pengurusan kewangan bagi penyaluran dan pelaksanaan program kepada semua masyarakat terutama Pekebun Kecil.

Bahagian Kewangan dan Belanjawan berperanan sebagai jentera pelaksana utama dalam pengurusan kewangan. Peranan tersebut dilaksanakan oleh Bahagian seperti pentadbian dan kewangan, belanjawan, pengurusan akaun, gaji dan perolehan, pengurusan aset serta sistem pengurusan kewangan.

Keseluruhan Bahagian Kewangan dan Belanjawan ini digerakkan dengan kekuatan kakitangan seramai 92 orang. Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah Bahagian yang cekap dan berkesan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik bagi mencapai tahap kepuasan yang optimum. Akhir kata, selamat melayari laman web ini dan diharapkan anda memperolehi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.

Sekian, Terima Kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘Membandarkan Luar Bandar’

HANIZA BT AB SHUKOR
Pengarah 
Bahagian Kewangan Dan Belanjawan

 

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube