Laman Utama > [Bahagian] Perutusan Pengarah > [perutusan] Bekalan Input Pertanian

Perutusan Pengarah

jais-1

 

Salam sejahtera dan selamat datang kepada pengunjung yang meluangkan masa melayari Laman Web RISDA.

Di dalam melaksanakan program pembangunan sektor pekebun kecil, RISDA sentiasa memastikan sistem penyampaian bekalan input pertanian yang cekap dan efisien. Sehubungan dengan itu mulai 1 Ogos 2007, Bahagian Bekalan Input Pertanian ini telah di wujudkan. Adalah menjadi matlamat Bahagian ini untuk membekalkan bahan input pertanian yang bermutu tinggi iaitu pengeluaran benih, pembekalan baja, khidmat nasihat Agronomis, kajian benih tisu kultur di makmal dan penanaman di ladang serta lain-lain input pertanian. Selain daripada itu, Bahagian ini juga berperanan memantau bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan baja dan benih di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Dalam era teknologi yang serba moden, Bahagian ini juga telah melaksanakan pemantauan bekalan input bahan pertanian secara ‘online' dengan pembangunan sistem e-Benih dan Sistem Pemantauan Baja. Semoga dengan adanya kemudahan ini akan dapat memastikan perkhidmatan RISDA kepada kumpulan sasarnya, iaitu pekebun kecil akan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Adalah diharapkan pelayar semua akan mendapat informasi dan maklumat terkini mengenai peranan Bahagian ini di dalam menyampaikan bekalan bahan input kepada pekebun kecil.

Sekian, Terima Kasih.

 

MAD JAIS BIN  CHE YEM
Pengarah
Bahagian Bekalan Input Pertanian

 

any_module
Saiz Tulisan:
A- A A+

Warna Tema:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Pilihan Bahasa:
Bahasa Lain:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube