fb   twitter   youtube   ig  soalan lazim2  hubungi kami2  aduan2   petalaman3

previous arrow
next arrow
Slider

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Timbalan Ketua Pengarah Risda (Pengurusan dan Korporat), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, 56, hari ini disahkan jawatan sebagai Ketua Pengarah RISDA yang baharu sejak memegang jawatan itu pada 27 Julai lalu.

Beliau menggantikan bekas Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hassan yang bersara wajib pada 26 Julai lalu.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pelantikan Wan Mohamad Zuki itu berdasarkan pengalaman luas dan prestasi beliau sepanjang pengembangan kerjayanya dengan Risda sejak mula menyertai agensi itu.

"Ahli Lembaga Pengarah RISDA juga berkeyakinan Wan Mohamad Zuki mampu membawa perubahan positif dalam RISDA selain dapat meneruskan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh RISDA dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar pengumuman pengesahan jawatan itu di sini hari ini.

Serentak dengan pelantikan Wan Mohamad Zuki itu juga, Rahim turut mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Datuk Ali Nordin Wahiduddin, 56, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru bagi RISDA Holding Sdn. Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahim berkata, RISDA masih menunggu rangka strategi daripada Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (Sinergi Perdana) berhubung projek-projek yang akan dijalankan.

RISDA katanya, berharap rangka strategi oleh konsortium yang menggabungkan fungsi tiga agensi kerajaan termasuk Felda dan Felcra itu dapat dibentangkan segera memandangkan harapan yang terlalu tinggi diletakkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kejayaannya.

"RISDA mempunyai 33.333 peratus pegangan saham dalam konsortium ini dengan jumlah pelaburan berjumlah RM100 juta.

"Jadi besar harapan kita agar konsortium ini mampu menggerakkan projek-projek yang boleh memberi faedah kepada para pekebun kecil," katanya.

 

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 16 Ogos 2011

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baru.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pelantikan Wan Mohamad Zuki berkuat kuasa 27 Julai lepas, menggantikan Datuk Mohammad Izat Hasan yang bersara wajib pada 26 Julai.

Wan Mohamad Zuki sebelum ini bertugas sebagai pengarah pentadbiran dan audit serta telah berkhidmat dengan RISDA sejak Mei 1980.

Rahim turut memaklumkan bahawa Datuk Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RISDA telah dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RISDA Holdings iaitu anak syarikat Risda berkuat kuasa hari ini.

Rahim juga berkata, RISDA telah meningkatkan kadar bayaran bantuan daripada RM7,000 kepada RM9,230 bagi satu hektar tanah kepada pekebun kecil yang mengusahakan penanaman semula getah di Semenanjung.

"Manakala bagi Sabah dan Sarawak, kadar bayaran bantuan turut meningkat dari RM7,000 hingga RM14,540 bagi satu hektar tanah penanaman semula,” katanya dan menambah terdapat kira-kira 400,000 pekebun kecil di negara ini. - Bernama

 

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 16 Ogos 2011

KUALA LUMPUR, Sept 12 (Bernama) -- The Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) has been allocated RM121 million by the government to carry out rubber replanting programme, covering 40 hectares nationwide, next year.

Its chairman, Tan Sri Rahim Thamby Chik, said it was the biggest allocation received by Risda.

"It's a very good news for the smallholders. Replanting of the rubber trees has to be carried out, although the current price of rubber is high," he told reporters at the Risda Plantation Aidilfitri celebration here today.

He said programmes would be carried out by Risda to get its smallholders to replant their rubber trees.

Under the replanting programme, each small holders in the peninsula would receive aid of RM9,230 per hectare, while those in Sabah and Sarawak would get RM14,000, he added.

He said there were 198,000 hectares of rubber plantation ready for replanting .

Rubber smallholders who are not keen to work their own plantation can get Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) to do it for them, he said, adding that the owners would be paid dividends every three months.

Meanwhile, RPSB chief executive officer Mohamat Muda, when contacted by Bernama, said its pre-tax profit for 2010 was RM8.06 million through its 845 commercial replanting projects (TSK), involving 51,171 hectares.

The company was also able to pay dividends, totalling RM117.66 million, to 26,137 TSK participants, he added.

 

--BERNAMA

ALOR GAJAH 23 Ogos - Tinggal hanya lapan hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, kira-kira 2,002 pekebun kecil Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di negeri ini mengukir senyum gembira.

Kegembiraan menghadapi Aidilfitri amat bermakna apabila mereka menerima pembayaran dividen sebanyak RM12 juta daripada RM176.6 juta dividen RISDA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.

Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, setiap peserta akan menerima bayaran dividen RM1,000 hingga RM2,000.

"Dengan pembayaran dividen ini ia akan dapat membantu peserta membuat persiapan menghadapi sambutan Aidilfitri. Ini setimpal dengan apa yang diusahakan di bawah RTBB atau TSK selain memajukan RISDA," katanya selepas menyampaikan bayaran dividen di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Lendu di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, dengan pembayaran itu, beban pekebun kecil dapat diringankan untuk membeli pakaian, makanan dan sebagainya bagi persiapan Aidilfitri.

Dalam majlis itu, RISDA turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyumbang duit raya kepada 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zahra, 20 saudara baru dan 10 pesakit yang menerima rawatan hemodialisis.

Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh : 23 Ogos 2011

PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan membangunkan tanah seluas 40,000 hektar di seluruh negara dengan projek tanam semula getah sekitar tahun depan menerusi peruntukan RM121 juta yang diterima daripada kerajaan minggu lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, peruntukan itu adalah yang terbesar diterima Risda setakat ini.

"Ini satu berita gembira kepada pekebun kecil getah di seluruh negara. Maka, saya nasihatkan kepada pekebun kecil, jangan tangguhkan kerja penanaman semula pokok getah walaupun ketika ini harga pasaran getah memang tinggi.

"Selain itu, harga getah dijangka akan terus tinggi dan dapat menampung serta menjamin kehidupan golongan pekebun kecil pada masa depan," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Risda Plantation 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Risda memberi bantuan sebanyak RM9,230 untuk sehektar tanah kepada setiap pekebun kecil di Semenanjung, manakala mereka di Sabah dan Sarawak menerima RM14,000 sehektar untuk tujuan penanaman semula.

"Menerusi perangkaan Risda, terdapat 198,000 hektar mempunyai pokok getah tua kini sedia untuk ditanam semula dengan yang baru. Sekiranya pekebun kecil yang memiliki kebun getah tidak berminat atau tidak berupaya mengusahakan kebun masing-masing, mereka boleh menyerahkannya kepada Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) untuk diusahakan.

"RPSB boleh datang dan usahakan tanah secara percuma, sama seperti skim tanam semula yang dikendalikan Risda. Pekebun akan menerima dividen setiap tiga bulan," katanya.

Menurutnya, untuk 2010, RPSB memberi pulangan dividen sebanyak RM117.66 juta kepada 26,137 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).

"Pada tahun lalu, RPSB memperoleh keuntungan sebelum cukai RM8.06 juta menerusi 845 projek TSK membabitkan keluasan 51,171 hektar dan aktiviti pemasaran serta khidmat kontrak," katanya.

Pada majlis semalam, RPSB turut membuat pembayaran zakat sebanyak RM50,000 kepada Pusat Zakat Negeri Melaka dan RM50,000 lagi kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan selain menyumbangkan RM10,000 kepada Pondok Baqaratul Qadiri, Kampung Pulau Semut Masjid Tanah, Melaka.

 

Oleh Helmy Abd Rahman
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 13 September 2011

 

Subcategories

any_module
Font Size:
A- A A+

Color Theme:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Language:
Others language:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube