Agriculture Input
The preparation and supply of quality seedlings for the participants of replanting programmes are executed under the 1956/1959 Scheme. Through the rules of this scheme, RISDA is able to control the utilisation of the best seedlings besides adhering to the job schedule and controlling quality.
New clones are produced from time to time by research agencies and are supplied to the smallholders. Besides rubber seedlings, focus is also on the preparation of oil palm and timber species seedlings.
The seedlings are prepared at eleven (11) central nurseries. The preparation of replanting seedlings is entrusted upon the subsidiary, RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB) (RISDA Nurseries and Landscaping Sdn. Bhd.)
INPUT PERTANIAN (BAJA)
Terdapat dua jenis stor baja diwujudkan oleh RISDA iaitu Stor Pusat RISDA (SPUR) dan Stor Pusat Tanggungjawab (SPT). SPUR adalah tempat penyimpanan stok baja milik RISDA yang diterima dari kilang sebelum dihantar ke SPT atas permintaan stok baja. SPT pula adalah tempat penyimpanan stok baja yang diterima dari SPUR untuk diagihkan kepada pekebun kecil. Terdapat sebanyak 5 buah SPUR dan 60 buah SPT. Kewujudan Stor Baja RISDA membantu dalam menyampaikan baja secara cekap, cepat dan berkualiti kepada pekebun kecil yang menerima bantuan RISDA. Senarai SPUR adalah seperti berikut :
- Stor Pusat RISDA Bandar Sultan Suleiman, Selangor
- Stor Pusat RISDA Kapar, Selangor
- Stor Pusat RISDA Sri Gading, Johor
- Stor Pusat RISDA Sungai Petani, Kedah
- Stor Pusat RISDA Gading Galoh, Kelantan
Bahagian Bekalan Input Pertanian (BBIP) akan membuat agihan baja mengikut SPUR bagi negeri yang terlibat. SPUR akan membuat pesanan baja kepada pembekal pada setiap tahun berdasar daripada Laporan Keperluan Baja yang diperolehi dari semua Pusat Tanggungjawab . SPUR hendaklah membuat pesanan dengan mengambilkira paras stok menokok (50%) setiap jenis baja daripada keperluan Pusat Tanggungjawab dibawah kendaliannya.
Selepas menerima pesanan tempatan stok dari SPUR, pembekal akan membuat tempahan baja ke pembekal kilang dan akan memaklumkan tarikh baja siap diproses kepada BBIP untuk pengambilan sampel baja di kilang. Tempoh pemprosesan baja yang ditetapkan kepada pembekal adalah 21 hari dari tarikh Pesanan Tempatan Stok diterima. BBIP akan menjalankan pengujian spesifikasi fizikal, pembungkusan dan penandaan di kilang. Disamping itu, BBIP juga akan menguruskan pengambilan sampel baja dalam tempoh 2 hari dan dihantar ke makmal untuk analisis nutrien. Hasil analisis akan diketahui oleh BBIP dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terimaan di makmal.
JENIS BAJA |
BAJA PREMIUM RISDA 1 |
BAJA PREMIUM RISDA 4 |
BAJA ROCK PHOSPHATE |
INPUT PERTANIAN (BENIH)
Bekalan benih getah dan kelapa sawit untuk pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula RISDA. Pada tahun 2015, RISDA telah membekalkan 17.6 juta pokok benih getah dan 40,313 pokok benih sawit kepada pekebun kecil. RISDA mensasarkan pembekalan pokok benih getah sebanyak 7.6 juta pada tahun 2016 untuk pekebun kecil seluruh negara.
Dalam usaha memastikan kualiti benih yang dibekalkan adalah yang terbaik, RISDA turut mengawal klon benih yang ditanam di kawasan Tanam Semula RISDA. Ini bertujuan untuk memastikan klon benih yang ditanam mengeluarkan hasil lateks yang tinggi dan mempunyai tumbesaran yang cepat. Berikut merupakan senarai klon yang disyorkan oleh RISDA bagi tempoh 2016-2018 :
KUMPULAN 1 | KUMPULAN 2 | ||
KLON | WARNA | KLON | WARNA |
PB260 | KUNING | RRIM 2007 | MERAH JAMBU |
PB 350 | HIJAU | RRIM 2023 | OREN |
RRIM 928 | COKLAT | RRIM 2024 | BIRU |
MERAH | |||
RRIM 2001 | PUTIH | RRIM 3001 | KUNING |
HIJAU | |||
RRIM 2002 | MERAH | RRIM 2025 | BIRU |
Senarai Klon dan Kod Warna Klon Getah Bagi Tempoh Tahun 2016-2018
Terdapat 20 buah Semaian Pusat RISDA yang diuruskan oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB). Senarai Semaian Pusat RISDA adalah seperti berikut :
- Semaian RISDA Bukit Perak, Kedah
- Semaian RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Perak
- Semaian RISDA Gunung Tunggal, Perak
- Semaian RISDA Kesang Pajak, Melaka
- Semaian RISDA Kg. Sekijang, Johor
- Semaian RISDA Kg. Awah, Pahang
- Semaian RISDA Sg. Belat, Pahang
- Semaian RISDA Batu 17 Kuala Berang, Terengganu
- Semaian RISDA Terengganu Tengah 2, Terengganu
- Semaian RISDA Tok Dor, Terengganu
- Semaian RISDA Gading Galoh, Kelantan
- Semaian RISDA Bukit Sireh, Kelantan
- Semaian RISDA Bebangai, Sarawak
- Semaian RISDA Tondong, Sarawak
- Semaian RISDA Meradong, Sarawak
- Semaian RISDA Pasai Siong, Sarawak
- Semaian RISDA Bintagor, Sarawak
- Semaian RISDA Kg. Ulu Patikang, Sabah
- Semaian RISDA Kg. Tambulion, Sabah
- Semaian RISDA Kg. Lohan, Sabah
MAKMAL KULTUR TISU
Pada tahun 2015, RISDA telah mencapai matlamat pengeluaran sebanyak 35,000 ramet kultur tisu sawit melalui makmalnya yang beroperasi di Bangi, Selangor. Benih ini kemudiannya diasuh di Semaian Utama, ladang RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Sungkai Perak dengan peratus kejayaan hidup adalah melebihi 85%. Program yang dijalankan menerusi kerjasama MoU bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini mensasarkan pembekalan benih yang mampu meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) melebihi 10 - 20% berbanding benih DxP (Dura x Pisifera) dan meningkatkan penghasilan minyak 20 - 30% berbanding kaedah konvensional di ladang-ladang RISDA.
Pengurusan RISDA telah menetapkan semua benih kultur tisu sawit ini akan ditanam di ladang milik RISDA seluas 128 hektar yang diuruskan oleh Syarikat Milikan RISDA. Pada tahun 2015, benih kultur tisu telah ditanam iaitu 30 hektar di Ladang RISDA Durian Mas, Terengganu, seluas 63 hektar di Ladang RISDA Ulu Paka, Terengganu dan 35.6 hektar di Ladang RISDA Kg. Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak.