Home > Media > Announcement > News/Announcements > FAQ BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 (BMT)

FAQ
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2020 (BMT)

 

1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?

Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar. 
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja. 
vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

2. Berapakah kadar bantuan BMT 2020 yang dilaksanakan oleh RISDA?

Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan Disember 2020 dan Januari 2021.

 

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha dalam skop bantuan ini?

Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

 

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

 

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?

Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan. 

 

6. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?  
 
i) Pekebun kecil yang mempunyai Kad PengenalanPekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalamSistem e SPEK atau Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) atau dalam Faharasat Lot (TS17A).
ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.

 
7. Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?

Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

 

8. Bolehkah pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu geran memohon BMT?

Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama.

 

9. Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?

Hanya seorang penerima sahaja yang layakmenerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

 

10. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2020 (BMT 2020)?

Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan webapp3.risda.gov.my atau bmt.risda.gov.my.

 

11. Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?

Permohonan baru bagi pekebun kecil yang layak boleh dibuat di semua pejabat RISDA yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan berikut :

i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.
 
ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan Kad PAT-G; dan
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.
 

12. Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil getah dikira sebagai layak mendapat BMT?

Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya.

 

13. Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, perlukah pemohon membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke Pejabat RISDA untuk berurusan?

Semua pemohon hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu di Pejabat RISDA sebelum dibenarkan berurusan dengan mematuhi GarisPanduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19 dan akan dibuat pemeriksaan suhu badan, saringan kesihatan, membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer dan diwajibkan pemakaian pelitup muka (face mask). Jumlah kehadiran pemohon bagi satu sesi adalah tertakluk kepada saiz keluasan ruang dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan kehadiran akan direkod.

 

14. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah di bawah Agensi selain dari RISDA membuat permohonan BMT 2020?

Bagi pekebun kecil di bawah Agensi lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang BMT2020-01 (Agensi) beserta surat pengesahan daripada Agensi dan dihantar ke Pejabat Agensi yang berkenaan untuk diproses seperti :

a) Lembaga Getah Malaysia (LGM)
b) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
c) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
d) FELCRA
e) KESEDAR
f) KETENGAH
g) Dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan
 

15. Bagaimanakah caranya pekebun kecil di Sarawak membuat permohonan BMT 2020?
 
i)  Pekebun kecil di Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR dan mengusahakan sendiri tanah perlu mengisi Borang BMT2020-01 (NCR) serta mendapatkan pengesahan status pekebun kecil daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan pengesahan status tanaman atas lot tanah tersebut daripada Jabatan Tanah dan Saliran (JTS).
ii) Pekebun kecil di Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR dan tanah diusahakan oleh RISDA perlu mengisi Borang BMT2020-01(Pemilik) serta tidak perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Saliran (JTS).
 

16. Bagaimanakah caranya waris bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia dan belum tukar hakmilik tanah membuat permohonan BMT 2020?

Waris pemilik tanah yang sah perlu mengisi Borang BMT2020-01(Pemilik) beserta Borang TS20(A) [Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya] dan Borang TS20(B) [Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah] serta menyertakan salinan sijil mati sebagai pengesahan.

 

17. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu lot membuat permohonan BMT?

Hanya salah seorang pemilik tanah bagi lot tersebut layak memohon BMT dengan mengisi Borang BMT2020-01(Pemilik) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Borang TS20(B) iaitu Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah digalakkan untuk diisi oleh pemohon sebagai bukti telah mendapat persetujuan daripada ahli kongsi yang lain. Wakil penerima (pemohon) bagi lot tersebut akan membahagikan bantuan kepada ahli kongsi secara adil dan melepaskan RISDA daripada sebarang tindakan guaman, perbicaraan, tuntutan, permintaan, kos dan perbelanjaan apa jua yang diambil dan dibuat terhadap RISDA.

 

18. Adakah pekebun kecil getah yang mempunyai geran tanah berstatus selain getah (bendang, kebun, pertanian dan lain-lain) tetapi bertanam getah layak membuat permohonan BMT?

Layak membuat permohonan BMT dan lawatan kebun ke lot tersebut bagi mengesahkan status tanaman atas lot tersebut akan dibuat oleh Pegawai RISDA sebagai pengesahan sebelum diproses permohonan untuk kelulusan.

 

19. Sekiranya terdapat penipuan dalam permohonan BMT oleh pekebun kecil, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak RISDA?

Sekiranya pemohon menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu, pemohon boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468) seperti yang telah dinyatakan dalam semua borang permohonan BMT serta ditandatangani oleh pemohon sebagai persetujuan.

 

20. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT?

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau03-42512135 atau 03-42512023.

any_module
Font Size:
A- A A+

Color Theme:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Language:
Others language:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube