Home > Media > Announcement > News/Announcements > Soalan Lazim Mengenai PKP RISDA

risda logo

SOALAN LAZIM (FAQ’S)
MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

 

  1. Adakah Pusat Tanggungjawab RISDA akan beroperasi seperti biasa?

    Selaras dengan Arahan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Ibu Pejabat RISDA dan semua Pejabat RISDA Negeri / Daerah / Stesen / Pusat Latihan serta Syarikat Milikan RISDA ditutup mulai 18 hingga 31 Mac 2020.

  2. Adakah bantuan – bantuan RISDA kepada pekebun kecil diteruskan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini ?

    Bayaran tanam semula, bekalan benih dan baja ditangguhkan buat masa ini.

  3. Adakah invois tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan akan diproses dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

    Invois tuntutan bayaran yang telah lengkap akan diproses dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

  4. Adakah urusan tender dan sebutharga diteruskan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini ?

    Semua urusan tender dan sebutharga ditangguhkan manakala yang telah diiklankan akan dilanjutkan tempoh.

  5. Adakah program-program RISDA yang melibatkan perhimpunan ramai diteruskan?

    Semua program RISDA yang melibatkan perhimpunan ramai ditangguhkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Sebarang kemusykilan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan melayari Laman Sesawang dan saluran media sosial RISDA :

Laman Web : www.risda.gov.my
Facebook : RISDAMALAYSIA


PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH
23 MAC 2020

any_module
Font Size:
A- A A+

Color Theme:  
color black  color green  color red  color blue
any_module
Language:
Others language:
Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Dutch Italian Japanese Korean
any_module
FB    RSS   Youtube