Pihak Berkuasa hendaklah:
- Melaksana segala pembaharuan pertanian yang diperoleh dari penyelidikan;
- Bekerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah bagi mempercepat pemodenan sektor pekebun kecil;
- Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi melalui amalan agronomi yang baik;
- Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aspek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil;
- Mendapatkan dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan pembangunan sektor pekebun kecil;
- Mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa berhubung dengan penambahbaikan demi kemajuan sektor pekebun kecil;