Perutusan | Profil | Strategi | Lokasi | Maklumat Tambahan
Perutusan Pengarah RISDA Negeri Sarawak | BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, operasi RISDA di Bumi Kenyalang dapat dimulakan secara rasminya pada 16 Oktober 2008. Saya bagi pihak warga RISDA keseluruhannya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak khususnya, dan Kerajaan Persekutuan amnya yang telah memberi kepercayaan dan peluang kepada RISDA untuk turut menabur bakti dan menyumbang kepada perkembangan industri getah dan kesejahteraan pekebun kecil di negeri ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan (Negeri dan Persekutuan) serta pemimpin-pemimpin tempatan yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam setiap urusan dan aktiviti berkaitan dengan RISDA. Saya amat berbangga kerana diberi kepercayaan oleh Pengurusan RISDA Ibu Pejabat untuk menjadi peneraju RISDA Negeri Sarawak dan InsyaAllah dengan sokongan semua pihak serta barisan Pegawai dan kakitangan RISDA Sarawak harapan yang disandarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri kepada RISDA akan cuba dilaksanakan dengan cemerlang. Semoga Allah merestui hasrat murni kami. Amin. Sekian, terima kasih. SELAMAT BERINTERAKSI Wahid Marican Bin Mohamad Daud Marican Pengarah RISDA Negeri Sarawak | |

Profil Pejabat RISDA Negeri Sarawak | Sarawak meluaskan operasi pada 16 Oktober 2008 dengan penubuhan Pejabat RISDA Negeri dan Pejabat RISDA Bahagian Betong. Diikuti dengan Pejabat RISDA Bahagian Sibu dan Pejabat RISDA Bahagian Samarahan pada 1 April 2009. Visi Agensi Peneraju Masyarakat Pekebun Kecil. Misi Membentuk Pekebun Kecil yang progresif dan sejahtera melalui Aktiviti Perladangan dan ekonomi tambahan. Objektif 50% Pekebun Kecil Sarawak memperolehi pendapatan tidak kurang dari RM2000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2015. Fungsi - Melaksanakan Program Penanaman Semula Getah Pekebun Kecil
- Meningkatkan taraf hidup Pekebun Kecil Getah melalui peningkatan pendapatan, pembangunan modal insan dan infrastruktur ladang
- Mempergiatkan usaha ke arah menambah jumlah keluasan getah berkualiti tinggi di Sarawak
- Melaksanakan program-program KKLW seperti Agropolitan,PTD, GDW dan sebagainya
| |
Strategi | - Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha seramai 112,000 orang.
- Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan.
- Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu.
- Melaksanakan projek ekonomi on farm dan off farm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan.
- Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi melaksanakan projek ekonomi berskala besar yang boleh memberi manfaat kepada pekebun kecil.
- Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang.
- Mendekatkan RISDA Sarawak kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat bahagian dan stesen di kawasan tumpuan pekebun kecil.
| |
Lokasi |  Pejabat RISDA Negeri Sarawak No: 19C, Lot 499, Tingkat 2, Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak. No. Tel: 082-423305 / 082-423313 / 082-423325 (Direct line PRN Sarawak) No. Faks: 082-423315 E-mel: prnsarawak@risda.gov.my | |