Perutusan | Profil | Strategi | Lokasi
Perutusan Pengarah RISDA Negeri Sembilan | Syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah dan izinNYA, RISDA Negeri Sembilan berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), dengan terlancarnya LAMAN WEB RISDA NEGERI SEMBILAN. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat yang bermaklumat. Masyarakat yang bermaklumat adalah masyarakat yang menguasai dunia. Laman web yang disediakan ini memuatkan sepadat yang mungkin maklumat yang jelas dan tersusun mengenai RISDA secara am meliputi pelbagai aspek terutama dari sudut sejarah, latar belakang, fungsi dan objektif penubuhan RISDA. Antara isi kandungan laman web ini termasuk strategi pembangunan masyarakat pekebun kecil yang dilaksanakan sejajar dengan dasar pembangunan yang ditetapkan oleh kerajaan. Seterusnya, laman web ini memaparkan informasi mengenai profil, organisasi dan pentadbiran RISDA Negeri Sembilan merangkumi pelaksanaan dan pencapaian aktiviti pembangunan berlandaskan Model Busines Strategik RISDA. Ini bertujuan memantapkan lagi pembangunan masyarakat pekebun kecil. Perisian laman web ini akan dipertingkatkan dan dikemaskini dari semasa kesemasa supaya ia berbentuk mesra pelanggan dan memenuhi kepuasan klien semua peringkat. Laman web ini bolehlah dianggap sebagai media alam siber yang bertindak untuk merapatkan lagi hubungan diantara RISDA dengan kumpulan sasar dan para klien. Justeru ini akan dapat melicinkan lagi pelaksanaan program pembangunan RISDA dan memantapkan lagi fungsi RISDA sebagai peneraju pembangunan masyarakat pekebun kecil. Seterusnya, usaha ini akan mempercepatkan lagi pencapaian misi dan objektif pembangunan RISDA khususnya dan Negara amnya. Semoga kemudahan ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua yang berkaitan, khususnya masyarakat pekebun kecil. Selamat melayari Laman Web Rasmi RISDA Negeri Sembilan.... Tuan Haji Zainon Bin Haji Harun Pengarah RISDA Negeri Sembilan Darul Khusus | |

Profil Pejabat RISDA Negeri Sembilan | Maklumat Unik RISDA Negeri Sembilan - Negeri Sembilan terdiri daripada 7 Daerah.
- Reka bentuk bangunan RISDA Negeri yang berbentuk Minangkabau.
- Projek–projek yang dilaksanakan contohnya Gula Anau, Sirat dan Apam Johol.
- Pemilikan tanah banyak kepada tanah-tanah adat dan susah untuk dibangunkan/pemilikan ramai pada satu-satu geran tanah.
- Loghat dan budaya pekebun kecil yang dipraktikkan berlainan.
- Faktor Geografi terletak di tempat yang kurang taburan hujan dalam Malaysia (Jelebu).
Objektif - Mempastikan perlaksanaan program-program yang dilulus dan diperuntukkan mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa tertakluk kepada pembekalan dalam Akta RISDA.
- Mempastikan peningkatan taraf sosio ekonomi pekebun kecil dengan melaksanakan program tanam semula, pengestetan dan aktiviti yang berkaitan dengan kedua-dua program tersebut.
- Mempastikan semua program pembangunan berjalan lancar, cekap dan mencapai tahap kecemerlangan mengikut kehendak piagam pelanggan.
Visi Menjadi agensi peneraju kemajuan pekebun kecil. Misi Melahirkan masyarakat pekebun kecil yang progresif, kreatif, berilmu, berkemahiran, berinisiatif dan menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan/pendapatan. Moto Kesejahteraan Pekebun Kecil Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Carta Organisasi  | |
Strategi | - Memfokuskan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil yang aktif iaitu pemilik/pengusaha yang bergantung hidup kepada kebun milik mereka, mempunyai tenaga dan berminat mengubah kehidupan mereka.
- Menanam semula getah pekebun kecil dengan tanaman yang paling mengguntungkan.
- Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan.
- Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang mereka secara individu.
- Melaksanakan projek pembangunan ekonomi berasaskan kehendak pasaran.
- Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi melaksanakan projek ekonomi berskala besar yang boleh memberi manfaat kepada pekebun kecil dimana bersesuaian.
- Melaksanakan program pembangunan insan kearah melahirkan masyarakat pekebun kecil yang berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki etika kerja yang cemerlang.
| |
Lokasi |  Pejabat RISDA Negeri Sembilan Lot 999, Jalan Mufti Ahmad, Medan Rahang,70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. No. Tel: 06-7625 166/177/199 & 06-7636119 Faks: 06-7634666 E-mel: risns@risda.gov.my | |