Latar Belakang Organisasi Akta Pertubuhan Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 tahun 1972). Sejarah Menurut sejarah, pokok getah atau nama saintifiknya "Hevea Brasiliensis" adalah berasal dari Negara Brazil. Benih pokok di bawa masuk ke Malaya pada kurun ke-19 oleh H.N.Ridley iaitu Pengarah Botanikal Garden di Singapura. Bagi menjamin masa depan pekebun-pekebun kecil serta mengukuhkan lagi perusahaan getah di Negara ini, kerajaan telah menjalankan Rancangan Tanam Semula yang dilaksanakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula ( LPGTS ). Rancangan tersebut hanya menumpukan tugas mempelawa dan menggalakkan permohonan untuk mananam semula sahaja. Rancangan ke-2 dilaksanakan pada 1 Januari 1953 dan matlamatnya ialah untuk menanam semula 1/3 daripada jumlah keluasan getah kebun kecil di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 7 tahun ( 1953-1959 ). Dalam tempoh tersebut Negeri Melaka memperuntukkan 10490 hektar. Pada 1 Januari 1973 sambutan daripada pekebun-pekebun kecil amat menggalakkan. Oleh itu, RISDA ( Rubber Industry Smallholders Development Authority ), telah ditubuhkan untuk menggantikan LPGTS di bawah undang-undang Malaysia ( 85 ) 1972, Akta Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah. LPGTS Negeri Melaka telah memulakan sejarah pada awal 1953 dengan pejabatnya bertempat di tingkat atas bangunan Stadthuys, Melaka. Pada ketika itu pejabat LPGTS Melaka hanya mempunyai 9 orang kakitangan luar, 5 orang kerani dan seorang pemandu serta kelindan lori. Bilangan pekebun pula pada ketika itu berjumlah 19,954 orang dengan keluasan sebanyak 41,426 hektar. Pada 1957, pejabat LPGTS Melaka telah berpindah dan mendirikan pejabatnya sendiri memandangkan pertambahan kakitangan dan fungsinya. Walaubagaimanapun aktiviti untuk membangunkan sektor pekebun kecil kian meningkat. Dengan itu, LPTGS telah digantikan dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil ( RISDA ) pada tahun 1973 di mana ia bertanggungjawab terhadap semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Melalui RISDA usaha dijalankan untuk memodenkan sektor pekebun kecil dengan membuat penyelidikan dan pembaharuan dalam bidang penanaman semula, penggunaan dan pembekalan benih, pemprosesan dan pemasaran. Maka pihak RISDA telah mengambil keputusan untuk membesarkan bangunan pejabat yang sedia ada kepada sebuah pejabat yang lebih besar dan selesa bagi menampung tugas-tugas dan kakitangan serta pekebun kecil di Melaka keseluruhannya. Setelah kerja pembinaan selesai, pejabat RISDA Negeri Melaka telah kembali beroperasi di bangunan Stadhyus pada 26 Disember 1979. Bangunan RISDA yang setinggi 6 tingkat yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta telah pun siap pada pertengahan tahun 1982 dan telah digunakan sepenuhnya pada 1 September 1982. Bagi majlis perasmian bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 19 Disember 1983. Keunikan Pejabat RISDA Negeri Melaka Terletak di negeri yang penuh bersejarah dan menjadi tumpuan para pelancong. Objektif Pekebun kecil negeri Melaka keluar dari kelompok miskin dan hidup dalam golongan selesa dan sejahtera menjelang akhir tahun 2010. Fungsi Membantu merealisasikan impian pekebun kecil negeri Melaka dalam pembangunan sektor pertanian. Misi Mewujudkan golongan pekebun kecil Negeri Melaka yang berwawasan dan berdaya saing. Visi Menjadi agensi pengurus pembangunan pekebun kecil Negeri Melaka. Piagam Pelanggan - Memberikan perkhidmatan yang telus dan efisien.
- Menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran bagi anak pekebun kecil sesuai dengan kehendak pasaran kerja.
- Membekal input pertanian mengikut spesifikasi dan jadual.
Moto 1 RISDA, Pelanggan Diutamakan; Keberkesanan Dipertingkatkan |