Navigation Navigation

 
 

Soalan Lazim Soalan Lazim

 

 

Soalan Lazim Soalan Lazim

 

 

1.  Bilakah saya boleh buat permohonan tanam semula?  
  Permohonan tanam semula boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja kerana permohonan terbuka sepanjang tahun.  
 
2.  Tanah saya dimiliki oleh bapa saya dan bapa saya telah meninggal dunia. Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan tanam semula?  
  Tuan boleh membuat permohonan tanam semula dengan mengisi Borang TS11 (Pin.1/96). Selain daripada Bahagian A dan B, tuan hendaklah menyempurnakan juga Bahagian C, D dan E. 
 
3.  Tanah saya seluas 20 hektar. Bolehkah saya mendapat kelulusan tanam semula sepenuhnya?  
  Luas kelulusan bergantung kepada berapa luas yang mengandungi pokok getah atau tunggul getah tua.  
 
4.  Saya ingin menanam semula tanah saya dengan tanaman durian kerana pokok buah-buahan di atas tanah saya sudah tua dan hasilnya tidak memuaskan.  
 

Soalan tuan tidak berapa jelas. Adakah tanah tuan mengandungi pokok buah-buahan sepenuhnya dan tiada pokok getah tua atau mengandungi pokok buah-buahan bercampur pokok getah tua? Beberapa jawapan boleh diberikan kepada soalan tuan.  

  1. Jika tanah tuan tiada mengandungi pokok getah tua, tuan tidak layak menerima bantuan tanam semula. Jika tanah tuan mengandungi pokok buah-buahan bercampur pokok getah tua di atas seluruh kawasan, tuan layak menerima bantuan tanam semula. Walau bagaimanapun, semua pokok getah dan buah-buahan hendaklah dimusnahkan kecuali beberapa pokok saka (buah-buahan sedia ada) yang tuan ingin simpan dengan syarat pokok saka ini tidak akan mengganggu kesuburan benih durian yang akan ditanam semula.  
  2. Jika sebahagian sahaja tanah tuan yang mengandungi pokok getah tua dan sebahagian yang lain mengandungi pokok buah-buahan, tuan layak menerima bantuan tanam semula atas kawasan yang bergetah tua selepas pokok getah dimusnahkan dan kawasan ini disiapkan untuk tanaman durian. 
  3. Bagi keadaan (ii) di atas sekiranya tuan memiliki tanah ini pada atau sebelum 31.12.1970 dan luas kawasan yang bergetah tua itu tidak melebihi tujuh ekar (2.8327 hektar), tuan layak menerima bantuan tanam semula atas kawasan yang bergetah tua dan bantuan tanam baru (TB) atas kawasan pokok buah-buahan selepas semua pokok getah dan pokok buah-buahan kecuali beberapa pokok saka dimusnahkan dan kawasan ini disiapkan untuk tanaman durian.  
  4. Bagi keadaan i, ii dan iii di atas, syarat kegunaan tanah pada geran tanah hendaklah ditukar kepada Buah-Buahan atau Dusun atau apa-apa syarat lain yang dibenarkan oleh Pejabat Tanah Daerah.  
     
5.  Tolong terangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai Tanam Baru (TB).  
  Pekebun kecil yang memiliki jumlah tanah yang mengandungi pokok getah tua tidak melebihi tujuh ekar (2.8327 hektar) pada atau sebelum 31.12.1970, layak menerima bantuan Tanam Baru (TB) di atas mana-mana tanah di bawah pemilikannya yang sama yang tidak mengandungi pokok getah seperti tanah kosong, tanah belukar dan tanah pokok buah-buahan mengikut sama luas tanah yang mengandungi pokok getah tua tertakluk kepada maksimum lima ekar. Kadar bantuan TB adalah sama seperti kadar bantuan Tanam Semula (TS).  
 
6.  Saya baru sahaja membeli tanah daripada seorang pekebun kecil. Mengikut kata pemilik lama beliau telah membuat permohonan tanam semula tetapi belum menerima kelulusan. Apakah yang perlu saya lakukan?  
  Tuan hendaklah memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan mengenai jual-beli tanah yang berkaitan. Tuan perlu membuat permohonan baru kerana permohonan oleh pemilik lama dikira batal kerana beliau tidak lagi memiliki tanah tersebut. 
 

Muka Surat: 1  2  

 

Pertanyaan RISDA Pertanyaan RISDA

 

Jika maklumat tidak mencukupi sila hubungi

webmaster@risda.gov.my