Perutusan Pengarah | Moto | Visi | Misi | Strategi | Fungsi | Carta Unit
Perutusan Pengarah |  Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung kerana melayari laman web Bahagian Pembangunan Usahawan. Dalam era globalisasi yang dihadapi pada hari ini, pasaran terbuka dan perdagangan bebas yang diamalkan mewujudkan persaingan yang hebat. Globalisasi telah membuka peluang untuk kita meneroka pasaran, mewujudkan peluang-peluang perniagaan, pengurangan kos pengeluaran serta perkongsian teknologi dan kepakaran. Selaras dengan tekanan dan peluang itu, pekebun kecil tidak akan terlepas dari era ini. Sedemikian penglibatan pekebun kecil dalam aktiviti ekonomi akan menjana pendapatan tambahan kepada keluarga merupakan satu cabaran . BPU dijangka memainkan peranan yang penting dalam membantu pekebun kecil miskin dan miskin tegar meningkatkan pendapatan dan seterusnya pekebun kecil akan dapat menjadi usahawan berjaya. Sekian, Terima Kasih. Pn. Hjh. Wan Esah binti Ton Harun Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Tingkat 3, Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. | |

Moto | “Keusahawanan Menjana Pendapatan” | |
Visi | Menerapkan budaya perniagaan dan keusahawanan dalam diri pekebun kecil melalui penjanaan pelbagai sumber ke arah pembentukan pekebun kecil berpendapatan tinggi. | |
Misi | Untuk mewujudkan pekebun kecil yang mengamalkan budaya niaga dan keusahawanan ke arah pembentukan pekebun kecil yang dinamik, produktif, progresif, berdikari dan bermotivasi dalam menjana pendapatan tinggi yang mampan dari pelbagai sumber selaras kehendak Model Ekonomi Baru dalam mencapai wawasan 2020. | |
Strategi | Meningkatkan pendapatan pekebun kecil miskin dan miskin tegar melalui program Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET) dan Program Peningkatan Pendapatan(PPP). Menyediakan kemudahan bantuan dan pinjaman melalui Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil(TPSEPK) bagi projek Ekonomi Desa, Tanaman dan Ternakan. Melaksanakan projek ekonomi ‘on farm’ dan ‘off farm’ untuk menambah pendapatan. Membentuk usahawan pekebun kecil yang lebih berdaya maju dan mampu berdikari. | |
Fungsi | Membantu pekebun kecil menambahkan pendapatan melalui Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), Tanaman, Ternakan dan Ekonomi Desa. Mewujudkan Kelab Usahawan RISDA bagi membentuk satu rangkaian perniagaan di kalangan pekebun kecil. Menyediakan pembiayaan samada secara bantuan atau pinjaman kepada pekebun kecil yang layak melalui Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) RISDA, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan sumber dari KKLW serta agensi kerajaan lain. Menyediakan peluang-peluang pemasaran produk pekebun kecil melalui rangkaian pemasaran yang diwujudkan oleh RISDA dan syarikat swasta. Mengenalpasti keperluan latihan pekebun kecil yang terlibat dalam bidang ternakan, tanaman dan ekonomi desa. Merancang, melaksana dan memantau setiap program di bawah bidang kuasa bahagian ini. | |
Carta Unit | 
| |