Perutusan Pengarah | Moto | Visi | Misi | Objektif | Strategi | Fungsi | Carta Unit
Perutusan Pengarah | | Kita sekarang berada dalam tahun keempat RMKe-9. Usaha untuk mencapai apa saja yang dirancang dalam RMKe-9 hendaklah dipergiat dan dirancakkan lagi memandangkan kita hanya ada kurang dari dua tahun sebelum RMKe-9 berakhir. Bermula pada tahun lalu RISDA membuat keputusan untuk mengambil pendekatan Back to Basic dalam langkah untuk memajukan sektor pekebun kecil. Ini bermakna RISDA akan memberi tumpuan dalam usahanya kepada perkara yang selama ini menjadi perkara asas dalam usaha pembangunan sektor pekebun kecil. Ini termasuk memberi lebih fokus kepada kumpulan sasar iaitu pekebun kecil; kemajuan sektor pekebun kecil yang mencakupi pembangunan tanah, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil; menjadikan getah sebagai tanaman utama, dan memperkemas sistem penyampaian kepada kumpulan sasar. Kami di Bahagian Perancangan berpegang kepada prinsip “Just Do It” yang memberi maksud kita ingin melakukan segala tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian dengan jaya. Prinsip ini perlu kepada sifat proaktif, gigih, positif, berpengetahuan dan berani. Adalah menjadi aspirasi Bahagian Perancangan agar hasrat dan cita-cita kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar dikalangan pekebun kecil dapat dicapai sepenuhnya dalam RMKe-9 melalui usaha-usaha yang telah dirancang di dalam program pembangunan pekebun kecil. Sekian, Terima Kasih. En. Pata Ariffin b Md Tahir Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Tingkat 9, Bangunan RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. | |

Visi | Mendahului cabaran untuk melahirkan sebuah organisasi RISDA yang Progresif, Inovatif dan Berpandangan Jauh melalui proses Perancangan, Pengesanan dan Penilaian yang berkualiti dan cemerlang | |
Misi | Menggerakkan minda pengurusan RISDA ke arah merancang, mengesan dan menilai dasar dan program utama. | |
Objektif | Memastikan arah tuju RISDA selaras dengan dasar pembangunan pekebun kecil dan dasar pembangunan negara. Menggubal dasar makro pembangunan pekebun kecil bagi tujuan meningkatkan pendapatan dan menjadikan masyarakat pekebun kecil yang progresif sejahtera dan cemerlang. Memastikan pelaksanaan program dan projek pembangunan pekebun kecil selaras dengan dasar dan strategi yang ditetapkan. Bertindak sebagai tumpuan rujukan dan menyelaras keputusan mesyuarat utama dengan Agensi Pusat serta kajian dan penyelidikan. Memperluas dan mengeratkan jaringan kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Swasta di peringkat pusat dan antarabangsa. Menyediakan pangkalan data mengenai kumpulan sasar bagi memabntu perancangan program dan projek pemantauan pelaksanaan projek dan penilaian impek program. Membantu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan Pengurusan RISDA melalui penggunaan ICT relevan. | |
Strategi Pembangunan | Memfokuskan aktiviti pembangunan terhadap pekebun kecil yang aktif, iaitu pemilik pengusaha, bergantung hidup kepada kebun milik mereka, mempunyai tenaga dan berminat mengubah kehidupan mereka. Menanam semula getah kepada jenis tanaman yang paling menguntungkan kepada pekebun kecil. Memberi keutamaan kepada konsep pembangunan secara berkumpulan. Memberi ruang kepada pekebun kecil progresif membangunkan ladang secara individu. Melaksanakan projek pembangunan ekonomi berasaskan pacuan pasaran. Menggunakan khidmat dan kepakaran anak-anak syarikat bagi membangunkan projek ekonomi berskala besar untuk manfaat dan penglibatan pekebun kecil mengikut kesesuaian. Melaksanakan pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bertujuan melahirkan manusia berinisiatif, bertakwa, bersyukur serta memiliki nilai murni, etika hidup serta etika kerja yang cemerlang. | |
Fungsi | Merangka dasar dan strategi program pembangunan pekebun kecil selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Merangka dan menyelaras keperluan Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Belanjawan Pembangunan Tahunan. Merangka dan mengemaskini Pelan Perancangan Strategik dari semasa ke semasa. Mewujudkan sistem pemantauan, memproses dan menganalisa data pelaksanaan program pembangunan. Merangka keperluan data bagi perancangan dan pemantauan program pembangunan. Mengurus pengkalan data pekebun kecil dan pelaksanaan program pembangunan. Menyedia laporan perangkaan. Menjalan dan menguruskan kajian-kajian sosioekonomi pekebun kecil dan program pembangunan RISDA. Mengawasi pelaksanaan dan pemantauan prestasi Anak syarikat. | |
Carta Unit | 
| |