|
|
[Pengenalan] [Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan] [Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil] [Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil] [Teknologi Getah] [Teknologi Sawit] [Tanaman Sawit] [Panduan dan Maklumat Tambahan] Pengenalan | Bagi memastikan pekebun kecil mendapat hasil yang maksimum dari kebunnya, teknologi yang berikut mesti diamalkan (dibahagi mengikut matlamat): A : Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan Jenis Teknologi - Klon Lateks Balak (LTC) (2 Pusaran Daun Keras)
- Kepadatan Tanaman (450 - 500 Pokok / Hektar)
- Sulaman @ 10% Kawasan (Dalam Masa 1 Tahun Selepas Menanam)
- Merumpai Mengikut Jadual
- Membaja Mengikut Jadual
- Cantasan Terkawal
- Kawalan Penyakit @ 1% Kawasan
- Daun
- Batang/Dahan
- Akar
| B : Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil > 1500 Kg/Hek/Thn Jenis Teknologi - Pengeluaran Hasil (Rangsangan Etefon)
- Pokok Matang < 15 Tahun BO-1/BO-2 (Kulit Dara)
- Pokok Matang > 15 Tahun B1-1/B1-2 (Kulit Pulihan)
- Pengeluaran Hasil (Rangsangan Gas) (Pokok Matang > 15 Tahun HO-Kulit Dara)
- REACTORRIM
- RRIMFLOW
- LET SISTEM
- G-FLEX
- MORTEX
- Bilangan Hari Ditoreh (7 - 9 Hari/Bulan D3) atau (84 - 108 Hari/Tahun/D3)
- Merumpai Mengikut Jadual
- Membaja Mengikut Jadual
- Pemasangan Alat Kalis hujan
| C : Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil Jenis Teknologi - Integrasi Dalam Kebun Getah
- Tanaman Kontan
- Tanaman Kekal
- Ternakan/Akuakultur
| | A : Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan < 4 1/2 Tahun | Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan (Pokok Remaja) Bagi memastikan pokok getah mencapai tempoh keremajaan kurang dari 4 1/2 tahun, pekebun kecil mesti mengamalkan teknologi yang berikut: 1. Klon Lateks Balak (LTC) - 2 Pusaran Daun Keras Penanaman mesti menggunakan klon LTC yang mempunyai 2 pusaran daun keras. Lateks balak adalah klon-klon yang mempunyai hasil pengeluaran lateks dan kayu getah yang tinggi. Klon klon ini menunjukkan pertumbuhan yang baik seperti kesuburan pertumbuhan dan batang yang lurus serta panjang. | Contoh Klon Lateks Balak (LTC) KUMPULAN 1 | KUMPULAN 2 | PB 260 PB 350 PB 355 PB 359 | RRIM 2001 RRIM 2002 | RRIM 2016 RRIM 2023 RRIM 2024 RRIM 2025 RRIM 2026 | KUMPULAN (1) UNTUK DITANAM SECARA TERHAD (TIDAK MELEBIHI 20%) KUMPULAN (2) UNTUK DITANAM SECARA MELUAS (TIDAK MELEBIHI 80%) | 2. Kepadatan Tanaman - 450 - 500 Pokok/Hektar Bilangan pokok yang optimum bagi sehektar ladang dan bilangan ini hendaklah ada pada umur 3 tahun selepas torehan dibuka, iaitu kira-kira 7 1/2 tahun dari tarikh ia ditanam. Tujuan: - Mendapatkan bilangan pokok yang subur hidupnya.
- Mengoptimumkan belanja menanam, penyelenggaraan dan perolehan.
- Hasil yang optimum.
- Mengurangkan penyakit panel torehan.
- Mengoptimumkan pemulihan kulit bila ditoreh kelak.
| 3. Sulaman@ 10% Kawasan - Dalam Masa 1 Tahun Selepas Ditanam Sekiranya terdapat pokok yang mati, sulaman mesti dibuat dalam tempoh satu tahun daripada tarikh mula pokok ditanam. Benih untuk sulaman mesti sebaya dari segi saiz lilitan batangnya untuk menjamin pokoknya mencapai kematangan yang sama masa dengan pokok-pokok lain di dalam satu-satu kawasan. Urusan ini akan menjadi lebih mudah dilaksanakan sekiranya 10% benih telah disediakan dari lebihan apabila menjalankan kerja menanam dahulu. Objektif penyulaman ini dilakukan adalah untuk mendapatkan: - Memastikan bilangan pokok yang mencukupi sehektar.
- Mendapatkan hasil yang maksimum.
- Keseragaman dalam pertumbuhan.
| 4. Merumpai Mengikut Jadual Rumpai hendaklah sentiasa dikawal kerana ia bersaing dengan tanaman getah dan boleh menjejaskan tumbesarannya. Bagi pokok getah muda di mana kulit masih hijau, kawalan rumpai menggunakan kimia hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Lorong tanaman selebar 2 meter hendaklah dikawal daripada rumpai terutama rumpai ganas. Rumpai di antara lorong hendaklah dikawal supaya tidak melebihi daripada 60 cm tinggi. Rumpai ganas seperti lalang hendaklah dihapuskan sama sekali. Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok remaja) Tahun | Sepanjang Lorong Tanaman (Bilangan) | * Antara Lorong Tanaman (Bilangan) | 1 | 4 - 6 | 6 | 2 | 4 - 6 | 4 | 3 | 4 | 3 | 4 | 4 | 3 | * rumpai yang tumbuh di celah-celah penutup bumi kekacang sahaja. | Beberapa Jenis Rumpai Ganas Dan Kawalannya Jenis Rumpai | Jenis Racun | Kadar Racun Rumpai Sehektar + 450 Liter Air | Kadar Racun (Ml) + 18 Liter Air | Asystasia gargentica(herba jejentik) | 2,4-D Amine | 3.0 | 120 | Chromolaena odorata (pokok kapal terbang) | Garlon 250 | 2.0 | 80 | Dicranopteris linearis (paku resam) | Paraquat | 4.0 | 160 | Imperata cylindrica (lalang) | Assault 100A atau Glyphosate | 7.5 6.0 | 280 240 | Mikania micrantha(selaput tunggul) | 2,4-D Amine | 2.0 | 80 | Pennisetum polystachyon (rumput ekor kuda) | Assault 100A atau Glyphosate | 7.5 | 280 | Stenochlaena palustris (paku rawan) | Paraquat | 4.0 | 160 | Elusine indica (rumput sambau) | Glyphosate | 4.0 | 160 | Melastoma malabathricum (senduduk) | Garlon 250 | 2.0 | 80 | Ischaemum muticum (rumput tembaga jantan) | Glyphosate | 3.0 | 120 | | 5. Membaja Mengikut Jadual Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah. Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah. Bagi pokok getah muda (1 - 2 tahun) baja ditabur di sekeliling pokok. Bagi pokok getah berumur 2 - 4 tahun pula, baja ditabur rata-rata di sepanjang lorong/barisan tanaman selebar 2 - 3.5 meter kecuali 60 cm di sekeliling pokok. Jangan jalankan pembajaan pada musim kemarau atau hujan lebat. Syor Pembajaan Getah Bagi Pekebun Kecil Getah Individu Ansuran | Jenis Baja Kampit/ Hektar | Bulan Selepas Menanam | Jenis Baja | Kadar Baja Sepokok | 1 | Debu Fosfat (1 kampit) RISDA 1 (6 kampit) | 0 (lubang tanam) 1 2 1/2 4 5 1/2 | Debu Fosfat RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 | (gram) 100 50 70 100 100 | (pot) 1/3 1/7 1/5 2/7 | 2 | RISDA 1 (11 kampit) | 7 9 11 13 15 | RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 | 100 100 150 150 150 | 2/7 2/7 2/5 2/5 2/5 | 3 | RISDA 1 (14 kampit) | 18 21 24 27 | RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 | 150 200 200 250 | 2/5 4/7 4/7 4/7 | 4 | RISDA 1 (16 kampit) | 30 34 38 | RISDA 1 RISDA 1 RISDA 1 | 300 300 300 | 6/7 6/7 6/7 | 5 | RISDA 2 (24 kampit) | 42 46 50 | RISDA 2 RISDA 2 RISDA 2 | 450 450 450 | 1 2/3 1 2/3 1 2/3 | 6 | RISDA 2 (16 kampit) | 56 62 | RISDA 2 RISDA 2 | 450 450 | 1 2/3 1 2/3 | @ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja. RISDA 1 = NPK Mg. 9 : 14 : 8 : 2 (kampit 25 kg) RISDA 2 = NPK 10 : 12 : 13 (kampit 25 kg) Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) | 6. Cantasan Terkawal Pada dasarnya pokok getah tidak dibenarkan berdahan sehingga mencapai ketinggian 300 sentimeter bagi keperluan dan menyenangkan kerja penorehan. Namun ketinggian muktamad bergantung kepada dasar eksploitasi di satu-satu masa. Untuk mencapai matlamat batang licin dan kemas ini, cantasan terkawal mestilah dijalankan dengan membuang dahan paling rendah sebaik sahaja terbentuknya tiga pusaran dahan pada pokok. | 7. Kawalan Penyakit @ 1% Kawasan 7.1 Daun Serangan penyakit melalui daun perlu diberi perhatian yang serius kerana ianya boleh memberi kesan terhadap kesihatan pokok getah dan penghasilan lateks. Antara penyakit daun ialah: Bil | Nama Penyakit | Racun Kulat | Rawatan | 1. | Kulapok Berdebu | Belerang | Pendebuan belerang pada pucuk-pucuk yang baru keluar pada kadar 9 kg/ha setiap minggu sebanyak 5 - 6 kali | 2. | Penyakit Daun Colletotrichum | 2% Daconil 50WP | Sembur racun kulat seminggu sekali sehingga daun matang. | 3. | Bintik Mata Burung | 1. Antracol 2. Dithane-M45 | Sembur dengan 0.5% salah satu racun kulat setiap minggu pada daun muda. | 4. | Penyakit Daun Luruh Phytophthrora | Kuprum Oksiklorida | Sembur racun kulat pada kadar 1.2 kg/ha a.i. sebelum ketibaan musim monsun. | 7.2 Batang/Dahan Bahagian batang pokok iaitu dahan, cabang dan panel torehan juga mengalami serangan penyakit. Antara yang serius ialah: Bil | Nama Penyakit | Racun Kulat | Rawatan | 1. | Cendawan Angin | 1. Campuran Bordeaux (1 kg kuprum sulfat : 2 kg. Kapur mati : 100 liter air) 2. Callixin Readymixed 3. Daconil Flowable 500 | - sembur pada batang atau dahan yang berpenyakit seminggu sekali (untuk getah yang belum ditoreh) - sapu pada tempat yang berpenyakit (boleh dilakukan pada pokok getah muda dan dewasa) - bancuh racun mengikut syor (3% a.i.) dan sembur pada tempat berpenyakit ( boleh diguna pada pokok getah muda dan dewasa) | 2. | Cendawan Lapuk | 0.5% Benlate | Sapu atau sembur panel dan alur torehan selepas menoreh 2 kali seminggu selepas torehan selama 3 - 4 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit). | 3. | Calar Hitam | 0.2% Ridomil 25WP | Sapu atau sembur panel dan alur torehan setiap kali selepas menoreh 2 kali seminggu selama 4 - 6 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit). | 7.3 Akar Penyakit akar merupakan penyakit yang paling berbahaya dalam tanaman getah yang disebabkan oleh kulat, yang pada mulanya menyerang kulit akar. Ia menembusi kulit kayu, akarnya menjadi lapuk dan pokok mati. Ia boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar dan spora kulatnya yang disebarkan oleh angin. Terdapat 3 penyakit akar yang utama: Bil | Penyakit | Racun Kulat | Rawatan | 1. | Penyakit Akar Putih (Rigidoporous lignosus) | Bayleton / Tilt | Gali alur sekeliling pangkal pokok. Sediakan bancuhan racun kulat mengikut syor dan siram di seliling pokok yang dijangkiti penyakit tersebut: Bayleton : pokok < 2 thn : 10g / 1 liter air pokok 2-5 thn : 20g / 2 liter air Tilt : pokok < 2 thn : 10g / 1 liter air pokok 2-5 thn : 20g / 2 liter air | 2. | Penyakit Akar Merah (Ganoderma philippi) | Calixin Collar Protectant | Gali sehingga mendedahkan pangkal akar tunjang dan akar sisinya. Cantas bahagian akar sisinya yang telah reput atau berpenyakit. Sapu racun kulat pada akar tunjang dan akar sisi yang telah terdedah | 3. | Penyakit Akar Perang (Phellinus noxius) | Calixin Collar Protectant | | | B : Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil > 1500 Kg/Hek/Thn | 1. Pengeluaran Hasil - Rangsangan Etefon Pengeluaran lateks boleh dirangsang melalui penggunaan kimia etefon, yang disebatikan dengan bahan pengantar seperti minyak sawit dan peravis lengai yang lain. Bahan ini bertindak dengan melambatkan berlakunya palam lateks semasa menoreh. Oleh yang demikian, masa yang lama diberi bagi lateks mengalir keluar. 1.1. Pokok Matang < 15 Tahun BO-1/BO-2 (Kulit Dara) Dalam torehan ini Etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok. 1.2. Pokok Matang > 15 Tahun B1-1/B1-2 (Kulit Pulihan) Pokok getah yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh menggunakan alat rangsangan etefon di samping alat rangsangan gas seperti RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-FLEX dan MORTEX. | 2. Pengeluaran Hasil - Rangsangan Gas ( Pokok Matang > 15 Tahun HO- Kulit Dara ) Kriteria pokok yang sesuai untuk mengamalkan teknik rangsangan gas: - Berumur 15 tahun atau lebih
- Pokok hendaklah subur dan mempunyai pendaunan yang baik tanpa masalah penyakit yang teruk.
- Amalan torehan dan penggunaan bahan perangsang atau kedua-duanya sekali tidak diamalkan secara keterlaluan. Pokok-pokok masih mempunyai sekurang-kurangnya 50% kulit dara di panel atas sebelum teknik rangsangan gas digunakan.
Pokok di kebun tidak mempunyai sejarah kejadian kering kulit yang tinggi. | Berikut Adalah Hasil Kajian Mengenai Peningkatan Hasil Setelah Mengamalkan Alat Rangsangan Gas (oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. - RSSB) Jenis alat rangsangan | RRIMFLOW | REACTORRIM | LET SISTEM | ETEFON | KAWALAN | % kenaikan hasil | 211% | 192% | 149% | 113% | 00 | 2.1 REACTORRIM 2.2. RRIMFLOW 2.3. LET SISTEM 2.4 G-FLEX G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja inflatable dan collapsible container dipasang. Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya dilakukan. G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan gas secara berkala. Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara. G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil ditingkatkan. | 2.5 MORTEX MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut dibuka alur torehan. MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan. Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun. Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon. Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks. MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8 pusingan). Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah. | 3. Bilangan Hari Ditoreh (7-9 Hari/Bulan d/3) atau (84-108 Hari/Tahun d/3) Bilangan hari torehan memainkan peranan yang penting di dalam menentukan keberkesanan perlaksanaan LITS ( Sistem Torehan Kekerapan Rendah). Jumlah hasil yang diperoleh oleh seorang pekebun kecil. | 4. Merumpai Mengikut Jadual Di peringkat permulaan, kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi semakin jarang apabila keadaan naungan daripada pokok getah yang semakin membesar dan meluas jemalanya serta keadaan rumpai yang semakin lemah. Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok dewasa) Tahun | Sepanjang Lorong Tanaman (Pusingan Meracun/Thn) | * Antara Lorong Tanaman (Pusingan Meracun/Thn) | 5 | 4 | 3 | 6 | 3 | 3 | 7 | 2 | - | 8 | 2 | - | 9 | 1 | - | 10 | 1 | - | | 5. Membaja Mengikut Jadual Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah. Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah. Bagi pokok getah matang, analisis tanah dan dedaun mestilah dijalankan untuk tujuan membuat pengesyoran pembajaan secara diskriminasi. Kawasan mestilah bersih daripada rumpai, baja ditabur rata-rata di keseluruhan kawasan. Elakkan membaja pada musim kemarau atau hujan lebat. Syor Pembajaan Getah Matang Bagi Pekebun Kecil Getah Individu Jenis Baja Kampit/ Hektar | Bulan Selepas Menanam | Jenis Baja | Kadar Baja Sepokok | RISDA 4 (8 kampit) | 72 | RISDA 2 | (gram) 450 | (pot) 1 2/3 | @ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja. RISDA 4 = NPK 10 : 6 : 21 (kampit 25 kg) Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) | 6. Pemasangan Alat Kalis Hujan Air yang melorot dari jemala pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya. Pemasangan alat pengalir keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini. Alat kalis hujan 'Rain Gutter' | | C : Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil | 1. Integrasi Dalam Kebun Getah -untuk mempelbagaikan tanaman dari kawasan yang terhad -untuk mengelakkan penggantungan pendapatan dari satu-satu jenis tanaman. Urusan pertanian yang sempurna bermakna kejayaan penggunaan tanah pada kadar yang maksimum dan berdaya pengeluaran yang tinggi. Dengan pelbagai tanaman dan ternakan, daya pengeluaran dari sesebuah ladang boleh meningkat. Melalui usaha integrasi perladangan tanah yang tidak luas mampu memberi hasil pengeluaran yang tinggi. Integrasi yang dimaksudkan ialah mengusahakan tanaman-tanaman lain atau ternakan di samping penanaman utamanya getah. - Tanaman Kontan
Contoh : Cili, nanas, serai, kacang soya, kacang tanah, pisang jagung - Tanaman Kekal
Contoh : Cempedak, belimbing, rambutan, duku, durian - Ternakan/Akuakultur
Contoh : Ternakan (kambing, ayam, lembu, itik), Akuakultur (ikan, udang) | | Tanaman Sawit | [+] | Garis Panduan Pengurusan Dan Penanaman Sawit Di Kawasan Tanah Gambut  | | | | [+] | 1.0 | Pengenalan Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam dan lain-lain. Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan tanah liat mineral. | | | | | [+] | 2.0 | Takrif Tanah Gambut | | Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran. Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan agronomi tanaman sawit di tanah gambut. Jadual 1 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasar Jenis dan Tahap Pereputan Bahan Organik | Klasifikasi | Ciri | | Fibric | Berwarna kecoklatan, sebahagian besar bahan organik belum mereput dan mudah dikelapasti. Ketumpatan pukal tanah sangat rendah (< 0.1 g/cc) dan keupayaan pegangan air tinggi. | | Hemic | Sederhana sifatnya iaitu berada di antara sifat Fibric dan Sapric. | | Sapric | Berwarna gelap, bahan organik telah mereput. Ketumpatan pukal tanah tinggi (> 0.2 g/cc) dan keupayaan pegangan air rendah. | | Sumber: Paramananthan, 2000 |  | |  | | Tanah gambut Jenis Fibric | | Tanah gambut Jenis Sapric | Jadual 2 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasarkan Kedalaman Lapisan Bahan Organik1 Serta Kesesuaian Agronomi2 | Klasifikasi | Kedalaman (sm) | Kesesuaian Agronomi | | Cetek | 50 - 100 | Sangat sesuai | | Sederhana dalam | 100 - 150 | Sesuai | | Dalam | 150 - 300 | Sesuai | | Tersangat dalam | > 300 | Marginal | | Sumber: | 1 = Paramananthan et al., 1984 | | | 2 = Fairhurst et al., 1998 | Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit adalah: - Kepadatan pukal tanah rendah
- Keronggaan tanah berlebihan
- Susutan/kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan pokok sawit tumbang mengakibatkan banyak bahagian akar terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak
- Paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam)
- pH rendah (< 3.5)
- Kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan P dan nutrien mikro.
- Pengikatan unsur zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan
- Keupayaan penampanan tanah tinggi
| | | | 3.0 | Penanaman Semula Pokok Sawit | | | [+] | 3.1 | Teknik Penanaman Semula Pokok Sawit Penanaman semula di tanah gambut boleh dilaksanakan menggunakan berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut: - Teknik pembakaran sempurna – pokok sawit tua ditumbangkan beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar.
- Teknik pembakaran separa – pokok sawit tua yang mati diracun, ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang ditanam.
- Teknik pembakaran sifar – mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan dari segi teknikal dan ekonomi.
- Teknik tanam bawahan – anak sawit ditanam antara barisan pokok lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 12- 24 bulan selepas anak benih ditanam.
 | |  | | Teknik pembakaran sempurna | | Teknik pembakaran separa | | |  | |  | | Teknik pembakaran sifar | | Teknik tanam bawahan | Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam pemilihan tersebut: - Tumbesaran pokok sawit di kawasan pembakaran sifar adalah sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna. Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K) daripada kawasan pembersihan sempurna.
- Pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik, nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah.
- Pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam Sekitar – kawalan Udara Bersih Tahun 1978.
- Teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan.
- Di kawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan.
- Bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit RPB.
Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit | | | | [+] | 3.2 | Teknik Pengurusan Biojisim Inovatif Semasa Penanaman Semula Sawit Kajian MPOB pada tahun 2001 telah memperkenalkan teknik pengurusan biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit. Dalam teknik ini langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan: - Pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket.
- Batang dan pelepah diracik 5 – 10 sm tebal dan pada sudut 45 – 60o supaya ianya reput dengan cepat manakala pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya dikambus semula.
- Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter.
- Disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan rata 3 – 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok, mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman semula.
| | | | | | [+] | 3.3 | Sistem Parit Ladang Sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan ladang. Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi setiap 40 – 50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan dikambus. Jadual 3 - Spesifikasi dan Justifikasi Sistem Parit Ladang Spesifikasi & Justifikasi | Parit Besar | Parit Utama | Parit Pengumpul | Parit Ladang | | Fungsi | Menurunkan paras air sebelum kerja pembangunan dimulakan | Menyalir keluar air berlebihan dari ladang ke parit besar | Menyalir keluar air berlebihan dari blok tanaman ke parit utama | Menyalir keluar air berlebihan dari dalam blok ke parit pengumpul | | Saiz (m) Lebar atas Lebar bawah Dalam | 4.0 – 6.0 2.0 – 3.0 3.0 – 4.0 | 3.0 – 5.0 1.5 – 2.0 2.0 – 2.5 | 1.5 – 2.5 0.5 – 1.0 1.5 – 2.0 | 1.0 – 1.5 0.5 – 1.0 0.5 – 1.0 | | Intensiti (m/hektar) | Mengikut keperluan | 10 - 15 | 45 - 50 | 150 - 300 |  | |  | | Parit ladang | | Parit pengumpul | | |  | |  | | Parit utama | | Pintu air | | | | | | | [+] | 3.4 | Sistem Jalan Ladang | | Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan dan parit ialah 2 hingga 4 meter: | Jalan utama | : | selari dengan parit utama dengan ukuran lebarnya 4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar. | | Jalan ladang | : | selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya 3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar. |  Jalan ladang
| | | | | | [+] | 3.5 | Kepadatan Tanaman | | Secara umumnya kepadatan atau jarak tanaman sawit bergantung kepada tahap kedalaman lapisan gambut. Kepadatan tanaman yang tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB). Jadual 4 - Syor Kepadatan Tanaman Sawit di Tanah Gambut | Jenis Tanah Gambut | Kepadatan Tanaman (bil. pokok/hektar) | Jarak (m) | | Antara pokok | Antara baris | | Cetek | 148 | 8.83 | 7.65 | | Sederhana dalam | 160 | 8.50 | 7.36 | | Dalam | 160 | 8.50 | 7.36 | | | | | | | [+] | 3.6 | Teknik Penanaman - Gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil
- Gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan – teknik penanaman lubang biasa
- Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas lorong laluan dalam ladang.
 | |  | | Lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di tanah gambut dalam | | | | | | | [+] | 3.7 | Penyediaan Lorong Tuai | | | [+] | 3.8 | Tanaman Kacang Penutup Bumi - Kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi Mucuna bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding tanaman penutup bumi yang lain.
- Keistimewaan tanaman ini ialah ianya tahan lindungan, kemarau, penyakit dan perosak di samping pertumbuhan cepat.
 Mucuna bracteata
| | | | | [+] | 4.0 | Penutup Penanaman sawit di kawasan tanah gambut terus berkembang melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah mendapat pulangan yang memuaskan. Program penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan penghasilan di tanah mineral. Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian. Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di lapangan dalam mengurus penanaman sawit di tanah gambut oleh pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. Disediakan oleh: Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat RISDA | | | | RUJUKAN: | - Esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.
- Hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan Tanah Gambut
| | | | | | [+] | Garis Panduan Pengurusan Penyakit Ganoderma/Penyakit Reput Pangkal Batang Tanaman Sawit  | | | | [+] | 1.0 | Pengenalan Penyakit Ganoderma atau Penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) telah dilaporkan terjadi ke atas pokok sawit yang ditanam di semua jenis tanah, iaitu tanah lanar pantai, pedalaman, gambut dan laterit. Ia juga menyerang tanaman kelapa, pokok getah dan teh. Di Semenanjung Malaysia, kejadian telah dilaporkan berlaku di sepanjang kawasan pantai barat terutamanya di Seberang Prai, Sungai Kerian, Teluk Intan, Banting, Gemencheh, Segamat dan Pontian. Di kawasan tanah jenis pantai, kejadian penyakit menjadi lebih serius apabila pokok sawit ditanam di tanah bekas tanaman kelapa yang dibiarkan reput di ladang. Ganoderma telah menyerang tanaman sawit sejak mula diusahakan di negara ini tetapi pada ketika itu ia tidak dianggap sebagai ancaman serius kerana hanya menyerang pokok yang tua (melebihi 25 tahun). Namun, pada masa ini penyakit RPB menjadi bertambah serius berbanding dulu kerana telah menunjukkan ancamannya terhadap pokok yang berusia kurang dari dua tahun seperti yang telah dilaporkan pada tahun 1990. Lebih 50 peratus kawasan tanaman sawit di Semenanjung Malaysia kini menghadapi ancaman serangan penyakit RPB. Serangan akan menyebabkan kemusnahan sehingga 80 peratus pokok sekiranya berlaku pada tempoh pembesarannya yang produktif. Serangan Ganoderma pada kadar 31 hingga 67 peratus akan mempengaruhi penghasilan buah tandan segar antara 26 hingga 45 peratus yang sekaligus boleh menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit. | | | | | [+] | 2.0 | Organisma Penyebab | | [+] | 3.0 | Penyebaran Penyakit Infeksi semulajadi Ganoderma bermula hasil daripada persentuhan akar pokok sihat dengan tisu-tisu akar yang telah diserang dalam tanah atau batang pokok asal yang telah dijangkiti kulat Ganoderma dibiarkan reput di ladang (sebagai sumber inokulum Ganoderma) di mana kulat Ganoderma masih hidup sebagai saprofit. Kulat ini akan menjangkiti dan bergerak dalam akar sehingga ke pangkal batang pokok sawit. Sebaran RPB Penyakit di Ladang Sawit  | | | | | [+] | 4.0 | Simptom Penyakit | | Simptom penyakit RPB yang disebabkan oleh Ganoderma dikaitkan dengan kelemahan sistem pengangkutan air dan kekurangan nutrien jelas pada daun pokok yang dijangkiti. Simptom awal penyakit yang berlaku pada daun tidak boleh disahkan dengan nyata bahawa pokok tersebut diserang Ganoderma kerana faktor fisiologi dan alam sekitar juga menunjukkan simptom yang sama iaitu: - air yang tidak mencukupi;
- musim kemarau yang berpanjangan;
- tanah sentiasa ditenggelami air;
- tanah berasid tinggi;
- kekurangan baja;
- kesan fisiologi – batang dan pelepah patah
| | | | [+] | 4.1 | Simptom Penyakit Pada Pokok Dewasa | | | [+] | 4.2 | Simptom Penyakit Pada Pokok Muda | | [+] | 5.0 | Teknologi Mengesan Ganoderma Antara teknologi mengesan kehadiran Ganoderma yang telah diketengahkan oleh MPOB adalah seperti berikut: - Berasaskan kultur – Ganoderma Selective Medium (GSM)
- Berasaskan Molekular DNA – Detection of Ganoderma using PCRDNA Technique
- Detection of Ganoderma using ELISA-polyclonal antibody
- Teknologi Sonic Tomography masih di peringkat kajian (masih di peringkat kajian)
- Teknologi Remote Sensing (masih di peringkat kajian)
Pengesanan Ganoderma Menggunakan Kaedah GSM (Berasaskan Kultur, Nov. 1992)  Pengesanan Ganoderma Menggunakan ELISA-polyclonal antibody (MPOB TT No. 405, Jun 2008)  Teknologi Untuk Mengesan Ganoderma (di peringkat kajian)  | | | | | [+] | 6.0 | Pengawalan Penyakit Sebelum/Semasa Penanaman Semula Kejadian penyakit RPB yang tinggi didapati terjadi apabila sawit ditanam pada tanah bekas tanaman asalnya kelapa sekiranya pokok kelapa diracun dan dibiarkan reput di ladang, tanaman bawahan sawit dengan kelapa dan batang kelapa ditimbus ke dalam tanah sebagai satu kaedah pembersihan ladang. Kajian membandingkan beberapa teknik pengurusan tanam semula sawit bagi mengawal penyakit RPB mendapati teknik tanaman bawahan meningkatkan kejadian penyakit dengan lebih cepat sementara teknik pembersihan sempurna (clean clearing) dan susunan batang (windrowing) mengikut lorong menunjukkan sedikit kemampuan untuk mengurangkan kejadian penyakit pada tanaman generasi berikutnya,  | | Tanaman bawahan (Underplanting) | | |  | |  | Pembersihan sempurna (Clean Clearing) | | Susunan batang (Windrowing) | | | | | | | [+] | 6.1 | Kaedah Pembersihan Sempurna dan Susunan Batang Kaedah pembersihan sempurna telah dipraktikkan sebagai kaedah sanitasi untuk menghapuskan inokulum di ladang. Ia melibatkan kerjakerja meracun pokok, kemudian akar-akar di sekeliling pokok dikorek dan pokok ditumbangkan dengan menggunakan jentolak. Batang-batang pokok dipotong kepada tiga bahagian, kemudian disusun melonggok, dibiarkan kering dan dibakar. Seterusnya akar-akar dan tisu-tisu pangkal batang yang masih berada di dalam tanah dikorek dan dikumpulkan untuk dimusnahkan. Dengan adanya jentolak hidrolik di mana cutter bucket telah diubahsuai, pokok tidak diracun sebaliknya terus ditumbangkan, windrowed ke avenue dan tisu-tisu akar dan batang dipecah-pecahkan kepada serpihan yang kecil. Akar-akar yang tersimpul kukuh dengan pangkal batang pokok dikorek dengan menggali lubang seluas 1 x 1 x 1 meter. Tisu-tisu akar dan batang dibiarkan sehingga cukup kering, kemudian dibakar sepenuhnya. Walaupun teknik pembersihan sempurna telah dijalankan ke atas pokokpokok tua tanaman asal, tetapi ianya tidak dapat menjamin kejadian penyakit berada pada peringkat yang lebih rendah. Langkah-langkah telah diambil untuk memperbaiki teknik tersebut dengan memperluaskan lubang yang dikorek kepada saiz 1.5 x 1.5 x 1.5 meter supaya dapat mengeluarkan lebih banyak akar-akar yang berada di dalam tanah. Kaedah ini dijangka akan dapat menghapuskan inokulum Ganoderma di ladang dan seterusnya mengurangkan kejadian penyakit ke atas pokok muda yang ditanam. | | | | | | [+] | 6.2 | Teknik Sanitasi Inovatif Kaedah sanitasi inovatif telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah penyakit RPB dengan lebih signifikan. Kaedah ini melibatkan kerja-kerja berikut: - Menolak pokok tua secara mekanikal;
- Mengorek tanah dan tunggul batang tua dengan menggali lubang seluas 1.5 X 1.5 X 1.5 meter dan menimbus semula dengan tanah sekelilingnya;
- Memusnahkan tisu pokok tua dengan meracik batang, tunggul dan tisu akar menjadi cebisan kecil kemudian menyerakkan secara sekata sepanjang barisan tanaman pokok tua dan dibiarkan mereput;
- Membajak di kawasan antara barisan pokok tua atau sepanjang barisan penanaman baru dan diikuti dengan pembajakan putar; dan
- Menanam pokok sawit baru di sepanjang kawasan yang telah dibajak dan jauh dari barisan tanaman lama.
Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit | | | | | [+] | 7.0 | Pengawalan Penyakit Ke Atas Pokok Sakit Yang Masih Hidup Kajian untuk mengawal Ganoderma pada pokok sakit yang masih hidup di ladang sedang giat dijalankan dengan menggunakan amalan sanitasi dan berbagai jenis racun kimia. Kajian ini bukan sahaja untuk menyelamatkan pokok-pokok yang telah dijangkiti tetapi mencegahnya daripada merebak kepada pokok-pokok sihat di ladang. | | | | | | [+] | 7.1 | Menghapus/Memusnah Pokok Berpenyakit dan/atau Mengganti Dengan Pokok Baru Bagi mengurangkan risiko serangan penyakit RPB ke atas pokok sawit sihat atau pokok sawit baru di kawasan berpenyakit dari dijangkiti dengan penyakit RPB, pokok yang telah dikenal pasti diserang penyakit RPB ditolak dan kemudian batang, tunggul dan cebisan akar digali. Lubang yang telah digali kemudiannya ditimbus dengan tanah di sekelilingnya. Batang, tunggul dan cebisan akar diracik dan dibiarkan reput. Pokok sawit baru kemudiannya bolehlah ditanam. Memandangkan tunggul berpenyakit merupakan sumber inokulum Ganoderma yang utama, dengan memusnahkan pokok sawit yang berpenyakit telah berjaya mengurangkan inokulum Ganoderma dan seterusnya menghindar pokok sawit sihat atau pokok yang diganti dari diserang penyakit RPB. Menghapus/Memusnah Pokok Berpenyakit dan Menggantikan Dengan Pokok Baru  | | | | | | [+] | 7.2 | Memanjangkan Jangka Hayat Pokok Sawit Yang Telah Diserang Ganoderma Dengan Racun Kulat Hexaconazole (Rawatan Pemulihan) | | | [+] | 7.3 | Memanjangkan Jangka Hayat Pokok Sawit Yang Telah Diserang Ganoderma Melalui Kaedah Soil Mounding Merupakan satu kaedah untuk memastikan pokok yang diserang dengan penyakit RPB yang mempunyai pangkal batang yang lemah terus berdiri tegak dari tumbang ditiup angin. Ianya dilakukan dengan meletakkan tanah di sekeliling pokok sakit seluas satu meter tinggi dan dua meter lebar. Dengan menggunakan back-hoe sebanyak 60-80 pokok boleh dilakukan sehari. Kaedah ini tidak membunuh Ganoderma yang ada di dalam akar dan batang. | | | | | [+] | 8.0 | Penutup Penyakit Ganoderma atau Penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) merupakan penyakit paling serius menyerang pokok sawit di Malaysia disebabkan oleh kulat Ganoderma sp. Serangan penyakit ini berlaku pada kadar yang tinggi di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia melibatkan kawasan yang tanaman asalnya kelapa atau sawit dan tidak terhad kepada pokok sawit tua sahaja. Sedemikian adalah wajar dan penting pengetahuan mengenai penyakit ini serta kaedah penanaman semula dan rawatan diketahui oleh semua peringkat pegawai pelaksana. Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di lapangan dalam mengurus penyakit Ganoderma ini dengan lebih baik dan mengurangkan risiko serangan penyakit ini di kalangan pekebun kecil. Disediakan oleh: Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat RISDA. | | RUJUKAN: | - Asmawati N.A.S. 2005. Ganoderma Ancam Tanaman Sawit. New Straits Times (April 30, 2005).
- Idris A.S. & Ariffin D. 2003. Ganoderma : Penyakit Reput Pangkal Batang dan Kawalannya. Unit Pembangunan Pekebun Kecil dan Pemindahan Teknologi, Bahagian Biologi, Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.
- Idris A.S. & Esnan A.G. Penyakit Ganoderma Reput Batang, Lainlain Penyakit Sawit dan Kawalan. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.
- Idris A.S. 2004. Penyakit Sawit dan Kawalan dalam : Esnan A.G., Zin Z.Z., Mohd. B.W. : Perusahaan Sawit di Malaysia - Satu Panduan (edisi Milenium). Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. m.S. 159-183
- Idris A.S. 2008. Ganoderma Basal Stem Rot: Biology, Detection and Control. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.
| | | | | | [+] | Pengawalan Perosak Tikus Di Ladang Sawit  | | | | [+] | 1.0 | Pendahuluan Serangan tikus boleh berlaku di mana-mana peringkat penanaman sawit sama ada di peringkat muda ataupun di peringkat matang. Pada peringkat muda, serangan boleh berlaku dengan cara memakan tisu umbut yang masih muda dan seterusnya mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut ataupun mati akhirnya manakala pada peringkat matang, tikus gemar memakan buah yang telah masak dan kadang kala memakan jambak bunga betina apabila populasi telah meningkat terlalu tinggi. Kerugian akibat serangan tikus dianggarkan sehingga 240 kg minyak/hektar/tahun atau 5% hasil ladang dan boleh mencecah sehingga 10% bagi kawasan yang paling teruk diserang. | | | | | [+] | 2.0 | Jenis Tikus Terdapat tiga spesies tikus yang utama di ladang sawit yang merupakan tikus belukar iaitu Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer dan Rattus rattus diardii (Gambar 1). Rattus tiomanicus lebih dominan dan boleh memanjat, Rattus argentiventer kurang memanjat dan menyerang pokok muda manakala Rattus rattus diardii pula lebih besar dan boleh mengatasi populasi R. tiomanicus. Tempoh matang tikus dianggarkan sekitar 3-4 bulan. Sepasang tikus boleh membiak setiap dua (2) bulan dan boleh melahirkan 4-8 ekor anak setiap kali. Sepasang tikus boleh membiak sehingga 2000 ekor setahun. Gambar 1  | |  | | 1. Rattus tiomanicus | | 2. Rattus argentiventer |  | | 3. Rattus rattus diardii | | | R. tiomanicus boleh mengurangkan hasil minyak sebanyak 5%. Kerosakan pelepah akan mengurangkan 20% buah tandan segar (BTS) pada tahun pertama (Gambar 2). Gambar 2  | |  | |  | | Kerosakan Tandan | | Kerosakan Bunga Jantan | | Kerosakan Pangkal Pelepah | | | | | | [+] | 3.0 | Kawalan Tikus Tikus di ladang sawit boleh dikawal menggunakan kawalan kimia, fizikal atau biologi. Kawalan tikus dijalankan sekiranya kerosakan BTS melebihi 5%. Kos input adalah antara RM30 - RM70/hektar/thn. | | | | | | [+] | 3.1 | Kawalan Kimia Racun tikus boleh didapati dalam pelbagai jenama dan bentuk sediaan. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 50 jenama yang berdaftar yang sebahagian daripadanya digunakan begitu meluas di ladang dan kebun. Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di dalam umpan makanan tikus. Jenis racun yang sering digunakan dibahagi kepada dua (2) generasi iaitu Generasi 1 dan 2 seperti berikut: (Gambar 3) | Generasi 1 | Generasi 2 | - Warfarin
- Chlorophacinone
- Coumatetralyl
| - Bromadiolone
- Brodifacoum
- Coumachlor
- Difenacoum
- Difethialone
- Flocoumafen
| | | Gambar 3  Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu. Umpan yang baik berbentuk kiub 2 sm, wax-bound dan senang dilihat di ladang. Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada 5%. Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan racun/hektar). Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali. Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75 kiub /hektar) dan flocoumafen. Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih panjang. Wood (1976, 1984, 1988) mencadangkan pengumpanan dijalankan di kawasan seluas mungkin dengan kekerapan setiap 6 bulan (calendar baiting) manakala Ho (1996) mencadangkan pengumpanan hanya dijalankan apabila perlu sahaja, iaitu sekiranya populasi tikus meningkat dan kerosakan tandan adalah melebihi 5% (response baiting). Penggunaan kaedah response baiting dapat menjimatkan kos sehingga 78% berbanding calender baiting. | | | | | | [+] | 3.2 | Kawalan Fizikal Kawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25sm x 50sm) dan kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 sm di dalam tanah untuk mengelak tikus dari mengorak masuk ( Gambar 4 ). Gambar 4  | | | | | | [+] | 3.3 | Kawalan Biologi Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica)(Gambar 5) bagi mengawal tikus telah mula direkodkan di Malaysia pada tahun 1969. Burung ini berkemungkinan berasal dari Sumatera / Jawa (Duckett, 2008; Medway and Wells, 1976). Tempoh hayat Tyto alba javanica dianggarkan sekitar 8-10 tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya membiak dua kali setahun di antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember. Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung rumah. Pelet/najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus dan bulu. Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120gm mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus. Populasi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar ( Gambar 6 ). Pungguk boleh menghuni kotak sarang lebih daripada 2.5m. Apabila mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan. Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk Jelapang. Gambar 5  | |  | | Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba javanica) | | | Gambar 6  | |  | | Pembinaan Kotak Sarang | | Tempat Bertenggek | | | | | | [+] | 4.0 | Penutup Terdapat banyak kaedah dalam mengawal tikus di ladang sawit. Ia boleh dilakukan dengan mengumpan racun, secara calender baiting atau response baiting. Bagi tempoh jangka panjang dan lebih ekonomik, kawalan boleh dilakukan secara integrasi dengan burung Pungguk Jelapang. Untuk impak yang lebih berkesan, pengawalan tikus perlu dilakukan secara bersepadu oleh semua pemilik dan pengusaha ladang sawit. Disediakan oleh: Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA. SUMBER: Diadaptasi dari artikel oleh Dr. Norman Hj. Kamaruddin (MPOB) yang dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Kebangsaan Bil. 1/2009 pada 30.6.2009 | | | | | |
|