|
|
[Hevea Collection] [Kambing Boer] [Lembu Fidlot]
| Hevea Collection
 | | Seperti yang diketahui umum, pokok getah (Hevea Brasiliensis) biasanya lebih dikaitkan dengan hasil utamanya lateks yang digunakan dalam kehidupan seharian. Namun pada masa kini, kegunaan pokok getah ini diperluaskan lagi menerusi hasil penyelidikan bio-teknologi yang telah mengenengahkan daun getah sebagai salah satu sumber pendapatan di kalangan masyarakat luar bandar. |
Pengeluaran hasil kraftangan ini melibatkan proses penyimpanan daun getah yang terpilih dalam tempoh sebulan. Ia diusahakan sepenuhnya oleh Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan secara tidak langsung ia merupakan sumber pendapatan tambahan kepada sektor pekebun - pekebun kecil perusahaan getah khususnya golongan wanita di Malaysia.
Antara proses-proses yang terlibat di dalam pembuatan kraftangan menggunakan daun getah ini adalah: - Proses mereput dan memutihkan daun
- Mewarna rangka daun
- Membentuk daun menjadi bunga
- Menggubah jambakan bunga
Terdapat pelbagai kraf tangan yang boleh dihasilkan oleh daun getah ini seperti koleksi bunga dalam bentuk jambangan bunga, koleksi perkahwinan seperti bunga telur / bunga rampai, bunga pengantin dan bunga kosage. Malah daun getah yang telah dikeringkan juga turut dijadikan hiasan pada pasu, beg cenderamata, penanda buku, rantai kunci, jam dinding dan bingkai gambar. Selain itu, daun getah yang telah diproses ini mempunyai koleksi warna yang menarik dan unik. Koleksi warna tersebut termasuklah warna - warna batu permata seperti koleksi delima untuk merah samar, permata bagi ungu, permata firus untuk kebiru-biruan, berlian untuk putih dan nilam bagi biru. Keindahan kraftangan dan gubahan bunga daripada daun getah terserlah apabila gubahan lebih kreatif dijalin dengan warna-warna segar yang mendapat sentuhan unik, kreatif dan moden. |

| Kambing Boer
 | | Memelihara anak kambing Boer berumur 3 bulan sehingga mencapai berat badan 80-130 kg. Kambing Boer tulen berasal daripada European, Angora dan Indian. Ia mempunyai tanduk bergelung dan pelbagai warna serta corak. Berat pejantan Boer adalah 110-135 kg, manakala berat betina di antara 90-100 kg. Selain daripada itu, ia boleh meningkatkan pengeluaran susu harian sehingga melebihi 200g/hari. Ia boleh dijual bila berumur 6 bulan bagi jantan dan betina 10-12 bulan yang boleh beranak dengan kadar 200% dalam masa 2 tahun sebanyak 3 kali. | RISDA mempunyai Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer yang diuruskan oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) terletak seperti berikut: - Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer (Zon Utara)
Tg. Genting, Sintok, Kedah. - Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer (Zon Tengah)
Kg. Awah, Temerloh, Pahang.
|
|
|
[Hevea Collection] [Kambing Boer] [Lembu Fidlot]
| Lembu Fidlot
 | | Penternakan lembu fidlot bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu pedaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh 4 bulan. Baka yang digunakan ialah baka import seperti Brahman, Draughmaster dan Nellore. Manakala baka tempatan dikacukan dengan baka import seperti Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore. | Selain daripada itu, baka tempatan seperti Kedah-Kelantan (KK) juga boleh memberi peningkatan berat badan tetapi kadar agak perlahan. RISDA mempunyai Pusat Pembakaan dan Pembiakan Lembu yang diuruskan oleh ESPEK Livestock di Ladang RISDA seperti berikut : a) Terengganu Tengah, Terengganu b) Palong, Negeri Sembilan c) Bukit Kota, Perak |
|
|
|