Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK)
Satu lagi sumber kewangan ialah daripada Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) yang ditubuhkan di bawah seksyen 6(2)(a)(iv) Akta RISDA 1972 melalui sumbangan daripada keuntungan operasi anak-anak syarikat RISDA dan Akaun Ladang dan Kilang. Tujuan utama TPSEPK ialah membiayai berbagai aktiviti sosio ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat pekebun kecil.
Skop tabung dipinda dan diberi nama Tabung Pembangunan Ekonomi Pekebun Kecil selaras dengan dasar Kerajaan untuk membantu serta meningkat penyertaan pekebun kecil dalam pelbagai kegiatan ekonomi sampingan yang boleh menambah pendapatan mereka.