|
|
[Latar Belakang] [Kadar Bantuan] | 1. Pengenalan Tanam semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta RISDA Bil. 85/1972. DI bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua dengan getah atau tanaman lain yang diluluskan bagi sektor pekebun kecil. Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai, mata benda seperti benih, baja dan khidmat nasihat. | 2. Latar Belakang 2.1 - Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Melalui Rancangan ini juga, pekebun kecil boleh menanam semula dengan jenis tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, spesies balak dan sebagainya. 2.2 - Bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula ini, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan perkara-perkara berikut:- - Mewujudkan prosedur pengenaan dan pengutipan ses tanam semula pada kadar 9.92079 sen sekilogram (4.5 sen sepaun) getah yang dieksport daripada negara ini.
- Mewujudkan sebuah badan berkanun yang dinamakan Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) bagi mentadbir Kumpulan Wang Ses bagi maksud melaksanakan Rancangan Tanam Semula.
2.3 - LPGTS telah mentadbir Kumpulan Wang Ses dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula selama 20 tahun iaitu dalam tempoh 1952 - 1972. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 1973, tugas-tugas LPGTS telah diambilalih oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan melalui Akta RISDA Bilangan 85 Tahun 1972. 2.4 - Ses tanam semula yang dikutip dimasukkan ke dalam sebuah tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Ses dan ditadbirkan oleh LPGTS dan kemudiannya oleh RISDA. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952, ses dikutip di peringkat eksport kerana pada masa tersebut hampir semua getah yang dihasilkan adalah dieksport. Oleh itu kuantum kutipan ses setiap tahun bergantung kepada kuantiti getah yang dieksport dan ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengeluaran getah dalam negara dan penggunaan getah secara domestik. 2.5 - Bagi getah yang diproses dalam negara (kegunaan domestik) ke dalam bentuk barangan nilai ditambah (value-added rubber products), cukai ses dikenakan ke atas pengilang kerana getah ini tidak dieksport sedangkan cukai ses telah dikenakan kepada pekebun kecil. 2.6 - Pekebun kecil dibantu melaksanakan penanaman semula melalui bantuan tanam semula yang diberikan oleh RISDA mengikut kadar-kadar tertentu yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kadar bantuan yang bermula pada tahap RM 988 sehektar pada tahun 1952 telah dinaikkan sebanyak 7 kali selaras dengan peningkatan kos menanam semula. Perubahan pada kadar bantuan tanam semula yang diberikan kepada pekebun kecil adalah seperti Jadual 1 | KENAIKAN& KADAR BANTUAN TANAM SEMULA | Tarikh Kuatkuasa | Kadar Bantuan (RM/Hektar) | 1952 | 988 | 1953 - 1955 | 1,236 | 1956 - 1961 | 1,483 | 1962 - 1970 | 1,853 | 1971 - 1977 | 2,224 | 1978 - 1980 | 2,965 | 1981 - 1990 | 5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman getah bagi pemilikan >4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman lain bagi pemilikan <4.0468 hektar) 2,965 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) | 1991 - 2002 | 6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) 4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) | 2002 - sekarang | 7,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI)) 4,448 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 2.5 hektar Ke Bawah) | | 3. Perangkaan - 3.1 Bagi tempoh tahun 1953 hingga akhir tahun 1999 terdapat seluas 1,568,786 hektar kebun getah kepunyaan 742,412 pekebun kecil di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada ini, seluas 1,076,750 hektar telah ditanam semula kali pertama (TS1) dengan berbagai jenis tanaman dengan tanaman getah, kelapa sawit, buah-buahan bukan jenis limau, kelapa, nenas dan koko sebagai pilihan utama oleh seramai 584,460 orang pekebun kecil. Baki luas kawasan getah yang belum ditanam semula kali pertama berjumlah 492,036 hektar. Daripada baki kawasan getah ini terdapat tanah yang telah bertukar menjadi kawasan perumahan, pembangunan, perindustrian, jalanraya dan ditanam semula bersendirian (atau berlebihan) oleh pekebun kecil tanpa bantuan daripada RISDA. 3.2 - Sementara itu, luas kawasan Tanam Semula Kali Pertama (jenis tanaman getah) yang telah ditanam semula kali kedua (TS2) bagi tempoh 1974 hingga akhir 1999 berjumlah 215,318 hektar. Kawasan ini dimiliki oleh 126,442 pekebun kecil dan ditanam semula kali kedua dengan berbagai jenis tanaman yang dibenarkan oleh RISDA dengan getah, kelapa sawit, buah-buahan jenis bukan limau dan koko sebagai pilihan utama. 3.3 - Kawasan Tanam Semula Kali Kedua (TS2) tanaman getah yang telah ditanam semula kali ketiga (TS3) bagi tempoh 1992 hingga akhir 1999 berjumlah 504 hektar dimiliki oleh 409 orang pekebun kecil. Jenis tanaman getah, kelapa sawit dan buah-buahan bukan jenis limau menjadi pilihan pekebun kecil. | 4. Objektif Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan - Merangka, membangunan dan menubuhkan satu program strategi komersial untuk menggalakkan pekebun kecil menanam semula pokok-pokok getah tua dengan pokok-pokok getah atau jenis tanaman lain yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan ekonomik.
- Membantu, menggubal dan memperakukan untuk kelulusan pengurusan bagi menguatkuasa dasar-dasar, peraturan-peraturan dan penggunaan sumber kewangan yang perlu untuk melaksanakan program tanam semula kebun-kebun kecil dan program-program sokongan.
- Mengenalpasti dan menentukan bahawa kehendak-kehendak Pentadbiran, peraturan dan system bagi melaksanakan program Tanam semula dan program-program sokongan dipatuhi.
- Mengumpul maklumat pekebun kecil melalui pendaftaran, rekod Pemprosesan dan pembayaran bantuan tanam semula melalui Sistem Maklumat Bersepadu.
- Mengendali rekod yang lengkap dan kemaskini berhubung dengan pekebun kecil yang menyertai program tanam semula dan program-program sokongan.
- Memberi khidmat berkualiti kepada pekebun kecil.
| 5. Siapa Layak Tanam Semula 5.1 - Rancangan Tanam Semula disediakan untuk pekebun kecil yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh RISDA dari semasa ke semasa. 5.2 - Pekebun kecil iaitu mereka yang memiliki tanah kurang daripada 40.4678 hektar (100 ekar). 5.3 - Tanah yang hendak ditanam semula memenuhi syarat-syarat bantuan tanam semula yang ditetapkan oleh RISDA. | 6. Syarat-Syarat Untuk Mendapat Bantuan Tanam Semula 6.1 - Tanah yang hendak ditanam semula mestilah mengandungi pokok getah tua atau bukti menunjukkan kebun tersebut pernah mengandungi pokok getah tua seperti tunggul-tunggul getah dalam kebun tersebut atau kebun tersebut mempunyai lesen getah lama (Rubber Cultivation Book) yang menunjukkan kebun mengandungi pokok getah bertoreh selepas tahun 1952. 6.2 - Syarat-syarat di atas tidak mengambil kira umur pokok-pokok getah yang layak ditanam semula, sebaliknya berpandukan kepada keadaan pokok yang tidak ekonomik sahaja. Ini kerana benih-benih yang ditanam secara persendirian pada zaman selepas Perang Dunia Kedua dahulu terdiri daripada klon-klon tidak terpilih dan berhasil rendah. 6.3 - Tanam Semula Kali Kedua (Tanam Semula 2) adalah bagi tanah-tanah yang telah ditanam semula kali pertama dengan tanaman getah dan telah mencapai tahap tidak ekonomik. Pokok-pokok getah yang ditanam semula kali pertama hendaklah telah berumur sekurang-kurangnya - 1. 15 tahun bagi kebun seluas 2.8328 (7ekar) @ kurang
- 2. 20 tahun dan keatas bagi kebun seluas 2.8328 (7ekar) @ lebih
dan tertakluk kepada keluasan pemilikan tanah dan kaedah tanam semula sama ada secara berkelompok (komersil) atau perseorangan. 6.4 Tanam Semula Kali Ketiga (Tanam Semula 3) adalah bagi tanah-tanah yang telah ditanam semula kali kedua dengan tanaman getah dan telah mencapai tahap tidak ekonomik. Pokok-pokok getah yang ditanam semula kali kedua hendaklah 1. Tidak kurang 20 tahun bagi kebun seluas 2.8328 kektar (7 ekar) @ kurang 2. Tidak kurang 25 tahun bagi kebun seluas 2.8328 kektar(7 ekar) @ lebih dan tertakluk kepada keluasan pemilikan tanah dan kaedah tanam semula sama ada secara berkelompok (komersil) atau perseorangan. | 7. Jenis Tanaman Yang Diluluskan Bantuan tanam semula dibayar untuk tanam semula dari getah ke getah integrasi (TSGGI). 7.1 - Bagi pekebun kecil yang memiliki Tanah-tanah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tanam semula TIDAK melebihi 2.5 hektar; boleh ditanam semula dengan mana-mana satu jenis tanaman yang dibenarkan dalam satu-satu masa sebagai tanaman utama seperti Getah, kelapa sawit, koko, kelapa, kopi, buah-buahan bukan jenis limau, buah-buahan jenis limau, lada hitam, nenas, orkid, medang teja dan spesis balak. 7.2 - Jenis tanaman yang hendak ditanam semula hendaklah menepati syarat kegunaan tanah atas geran tanah. Jika tidak menepati syarat pada geran tanah, pemilik tanah hendaklah memohon ubah syarat kegunaan tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah | 8. Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI) 8.1 - Tanam semula getah ke getah hendaklah dibuat secara berintegrasi dengan aktiviti ekonomi yang lain. Aktiviti ekonomi yang boleh diintegrasikan dengan tanam semula seperti berikut: 8.1.1 - Tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, herba, buah-buahan dan tanam-tanaman lain sepertinya. 8.1.2 - Ternakan, akuakultur, perusahaan madu lebah, semaian untuk landskap dan sebagainya. 8.1.3 - Perusahaan memproses hasil pertanian, makanan ringan, sos, minuman dan sebagainya. 8.1.4 - Perusahaan yang menggunakan sumber semula jadi tempatan seperti kayu getah, rotan, tanah liat, pasir dan bahan-bahan buangan pertanian. 8.2 - Aktiviti-aktiviti ekonomi ini boleh dijalankan secara ?on-farm' atau ?off farm'. 8.2.1 - ‘On- farm' aktiviti ekonomi dijalankan atas tanah yang masuk tanah semula. * - ‘Off-farm’ aktiviti ekonomi dijalankan atas tanah lain. | 9. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 9.1 - Pekebun kecil yang memiliki tanah 2.5 hektar ke bawah boleh menanam semula getah ke tanaman lain untuk membolehkan kebun getah di luar zon getah ditanam semula dengan tanaman lain yang sesuai dan menguntungkan. 9.2 - TSGL 2.5 hektar ke bawah juga bertujuan untuk membolehkan kebun getah dalam zon getah yang tidak dapat ditanam semula secara berkelompok ditanam semula dengan tanaman lain yang lebih sesuai dan menguntungkan. | 10. Pendekatan Tanam Semula Tanam Semula boleh dilaksanakan secara perseorangan atau berkelompok (komersil). RISDA menetapkan supaya pekebun kecil menanam semula secara berkelompok kerana ia dapat mengurangkan kos pembangunan dan memudahkan pengeluaran dan pemasaran hasil. Pekebun kecil boleh menanam secara berkelompok dengan cara berikut: 10.1 - Tanam Semula Komersial (TSK) : Di bawah pendekatan ini kebun-kebun getah yang hendak ditanam semula digabungkan dan ditanam secara berkelompok oleh Anak Syarikat RISDA iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn.Bhd. (RSPSB). Syarikat ini bertindak sebagai agen pengurusan yang dilantik oleh pekebun kecil untuk mengurus kerja tanam semula hingga kepada pengeluaran dan pemasaran hasil. 10.2 - Tanam Semula Berkelompok (TSB) Di bawah pendekatan ini pekebun kecil berkerjasama dan berpakat menggabungkan kebun mereka untuk ditanam semula secara berkelompok. Mereka menubuhkan satu jawatankuasa daripada kalangan mereka sendiri untuk menguruskan tanam semula kebun-kebun yang terlibat, dengan bimbingan dan nasihat pegawai RISDA. 10.3 - Tanam Semula Secara Individu (TSI) Bagi kawasan di mana tanam semula tidak dapat dilaksanakan secara TSK atau TSB disebabkan tiada kebun lain yang dapat dikelompokkan; pekebun kecil dibenarkan menanam semula secara individu. Sebelum tahun 1999, tanam semula secara berkelompok atau berkumpulan dikenali dengan berbagai nama seperti Mini Estet, Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Serentak (TSS). Walau bagaimanapun, mulai tahun 1999 Tanam Semula Berkelompok atau berkumpulan dikenali sebagai Tanam Semula Komersil (TSK) sahaja. Beberapa buah TSK yang disatukan dikenali sebagai EKAR atau Estet Kelompok Ala RISDA. | 11. Kadar Bantuan Tanam Semula 11.1 Kadar Bantuan Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI) mengandungi enam (6) ansuran. Kadar bantuan mengikut pecahan seperti berikut: Ansuran Bantuan | Kadar Bantuan / Hektar | 1 2 3 4 5 6 | RM 2,300 RM 1,200 RM 900 RM 900 RM 900 RM 800 | JUMLAH | RM 7,000 | 11.2 Kadar Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 2.5 hektar Ke Bawah mengandungi empat (4) ansuran. Kadar bantuan mengikut pecahan ansuran seperti berikut: Ansuran Bantuan | Kadar Bantuan / Hektar | 1 2 3 4 | RM 2,150 RM 900 RM 800 RM 598 | JUMLAH | RM 4,448 | | 12. Bekalan Mata Benda (Input Pertanian) 12.1 - Pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah menggunakan benih getah dan kelapa sawit yang dibekalkan oleh RISDA. Bagi jenis tanaman lain, pemohon dibenar menggunakan benih yang diperolehi sendiri daripada mana-mana sumber. Mereka dinasihatkan supaya memilih benih yang bermutu. 12.2 - Semua jenis baja bagi semua jenis tanaman yang diluluskan, dibekalkan oleh RISDA. 12.3 - Harga benih dan baja yang dibekalkan oleh RISDA ditolak daripada bantuan tanam semula. | 13. Cara Memohon Bantuan Tanam Semula 13.1 - Permohonan bantuan tanam semula boleh dibuat sepanjang masa. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan (TS11 Pin.1/04) Borang permohonan boleh diperolehi dari semua Pejabat RISDA Negeri(PRN) dan semua Pejabat RISDA Daerah/Jajahan (PRD/PRJ) secara percuma. 13.2 - Setiap permohonan tanam semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang TS11 (TS11 Pin.1/04). Setiap pemohon hendaklah memberi perhatian kepada NOTIS MUSTAHAK pada muka hadapan borang permohonan sebelum mengisi borang. 13.3 - Borang permohonan yang telah diisi dan disempurnakan hendaklah dihantar/diserah ke pejabat RISDA yang berkenaan di mana terletaknya lot tanah yang hendak ditanam semula. 13.4 - Sebaik sahaja borang permohonan diterima, pejabat RISDA yang berkenaan akan menghantar Akuan Terima Permohonan (T.S.14) kepada pemohon. 13.5 - Pemohon hendaklah mengambil perhatian Nombor Permohonan Sementara yang tertulis di atas kad T.S.14. Nombor ini hendaklah sentiasa disebut apabila berurusan dengan RISDA. 13.6 - Pemohon mestilah mengambil perhatian ayat di atas kad T.S.14 yang berbunyi 'Sementara itu janganlah ditebang atau dimusnahkan sebarang pokok getah tuan/puan itu'. Jika peringatan ini dilanggar atau diabaikan, RISDA tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tersebut ditolak. | 14. Kelulusan Atau Penolakan Permohonan 14.1 - Selepas permohonan diterima dan T.S.14 dikeluarkan, tanah yang dipohonkan tanam semula akan dilawati dan diperiksa oleh pegawai RISDA. Pemeriksaan ini bertujuan, di antaranya, untuk memastikan lot sebenar dipohonkan dan sama ada terdapat pokok-pokok getah tua di atas tanah tersebut. 14.2 - Pejabat RISDA Negeri atau Daerah/Jajahan akan membuat keputusan sama ada melulus atau menolak sesuatu permohonan mengikut peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh RISDA. 14.3 - Jika lulus, pemohon akan menerima 'Kelulusan Sementara' TS.27 (Komp.) dan 'Pemberitahu Tanah Siap Diusahakan' (TS28). 14.4 - TS27 (Komp) dan Lampirannya menerangkan kepada pemohon apakah kerja yang perlu dilakukan untuk menyediakan tanah bagi melayakkannya untuk menerima bantuan tanam semula. 14.5 - TS28 perlu digunakan oleh pemohon untuk memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan bahawa tanah telah siap disediakan. 14.6 - Sebaliknya bagi permohonan yang ditolak, pemohon akan menerima kad TS16 'Pemberitahu Penolakan Pemohonan'. 14.7 - Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pemohon memusnahkan pokok getah mereka sebelum mereka menerima TS27/TS28, mereka melakukannya atas risiko sendiri. RISDA tidak bertanggungjawab sekiranya permohonan mereka tidak diluluskan atau bantuan tanam semula tidak dibayar sepenuhnya. | 15. Kemusykilan 15.1 Pekebun kecil yang mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan dengan permohonan tanam semula boleh berhubung dengan Pejabat RISDA Negeri(PRN)/Pejbat RISDA Daerah/Pejabat RISDA Jajahan(PRD/PRJ) yang berhampiran. 15.2 Bahagian Tanam Semula & Perladangan Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur. | | [Latar Belakang] [Kadar Bantuan] | 1. Pengenalan Tanam semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub di dalam Akta RISDA Bil. 85/1972. DI bawah fungsi ini RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua dengan getah atau tanaman lain yang diluluskan bagi sektor pekebun kecil. Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai, mata benda seperti benih, baja dan khidmat nasihat. | 2. Latar Belakang 2.1 - Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Melalui Rancangan ini juga, pekebun kecil boleh menanam semula dengan jenis tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, spesies balak dan sebagainya. 2.2 - Bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula ini, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan perkara-perkara berikut:- - Mewujudkan prosedur pengenaan dan pengutipan ses tanam semula pada kadar 9.92079 sen sekilogram (4.5 sen sepaun) getah yang dieksport daripada negara ini.
- Mewujudkan sebuah badan berkanun yang dinamakan Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) bagi mentadbir Kumpulan Wang Ses bagi maksud melaksanakan Rancangan Tanam Semula.
2.3 - LPGTS telah mentadbir Kumpulan Wang Ses dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula selama 20 tahun iaitu dalam tempoh 1952 - 1972. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 1973, tugas-tugas LPGTS telah diambilalih oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan melalui Akta RISDA Bilangan 85 Tahun 1972. 2.4 - Ses tanam semula yang dikutip dimasukkan ke dalam sebuah tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Ses dan ditadbirkan oleh LPGTS dan kemudiannya oleh RISDA. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952, ses dikutip di peringkat eksport kerana pada masa tersebut hampir semua getah yang dihasilkan adalah dieksport. Oleh itu kuantum kutipan ses setiap tahun bergantung kepada kuantiti getah yang dieksport dan ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengeluaran getah dalam negara dan penggunaan getah secara domestik. 2.5 - Bagi getah yang diproses dalam negara (kegunaan domestik) ke dalam bentuk barangan nilai ditambah (value-added rubber products), cukai ses dikenakan ke atas pengilang kerana getah ini tidak dieksport sedangkan cukai ses telah dikenakan kepada pekebun kecil. 2.6 - Pekebun kecil dibantu melaksanakan penanaman semula melalui bantuan tanam semula yang diberikan oleh RISDA mengikut kadar-kadar tertentu yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kadar bantuan yang bermula pada tahap RM 988 sehektar pada tahun 1952 telah dinaikkan sebanyak 7 kali selaras dengan peningkatan kos menanam semula. Perubahan pada kadar bantuan tanam semula yang diberikan kepada pekebun kecil adalah seperti Jadual 1 | KENAIKAN& KADAR BANTUAN TANAM SEMULA | Tarikh Kuatkuasa | Kadar Bantuan (RM/Hektar) | 1952 | 988 | 1953 - 1955 | 1,236 | 1956 - 1961 | 1,483 | 1962 - 1970 | 1,853 | 1971 - 1977 | 2,224 | 1978 - 1980 | 2,965 | 1981 - 1990 | 5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman getah bagi pemilikan >4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman lain bagi pemilikan <4.0468 hektar) 2,965 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) | 1991 - 2002 | 6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) 4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) | 2002 - sekarang | 7,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI)) 4,448 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 2.5 hektar Ke Bawah) | | 3. Perangkaan - 3.1 Bagi tempoh tahun 1953 hingga akhir tahun 1999 terdapat seluas 1,568,786 hektar kebun getah kepunyaan 742,412 pekebun kecil di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada ini, seluas 1,076,750 hektar telah ditanam semula kali pertama (TS1) dengan berbagai jenis tanaman dengan tanaman getah, kelapa sawit, buah-buahan bukan jenis limau, kelapa, nenas dan koko sebagai pilihan utama oleh seramai 584,460 orang pekebun kecil. Baki luas kawasan getah yang belum ditanam semula kali pertama berjumlah 492,036 hektar. Daripada baki kawasan getah ini terdapat tanah yang telah bertukar menjadi kawasan perumahan, pembangunan, perindustrian, jalanraya dan ditanam semula bersendirian (atau berlebihan) oleh pekebun kecil tanpa bantuan daripada RISDA. 3.2 - Sementara itu, luas kawasan Tanam Semula Kali Pertama (jenis tanaman getah) yang telah ditanam semula kali kedua (TS2) bagi tempoh 1974 hingga akhir 1999 berjumlah 215,318 hektar. Kawasan ini dimiliki oleh 126,442 pekebun kecil dan ditanam semula kali kedua dengan berbagai jenis tanaman yang dibenarkan oleh RISDA dengan getah, kelapa sawit, buah-buahan jenis bukan limau dan koko sebagai pilihan utama. 3.3 - Kawasan Tanam Semula Kali Kedua (TS2) tanaman getah yang telah ditanam semula kali ketiga (TS3) bagi tempoh 1992 hingga akhir 1999 berjumlah 504 hektar dimiliki oleh 409 orang pekebun kecil. Jenis tanaman getah, kelapa sawit dan buah-buahan bukan jenis limau menjadi pilihan pekebun kecil. | 4. Objektif Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan - Merangka, membangunan dan menubuhkan satu program strategi komersial untuk menggalakkan pekebun kecil menanam semula pokok-pokok getah tua dengan pokok-pokok getah atau jenis tanaman lain yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan ekonomik.
- Membantu, menggubal dan memperakukan untuk kelulusan pengurusan bagi menguatkuasa dasar-dasar, peraturan-peraturan dan penggunaan sumber kewangan yang perlu untuk melaksanakan program tanam semula kebun-kebun kecil dan program-program sokongan.
- Mengenalpasti dan menentukan bahawa kehendak-kehendak Pentadbiran, peraturan dan system bagi melaksanakan program Tanam semula dan program-program sokongan dipatuhi.
- Mengumpul maklumat pekebun kecil melalui pendaftaran, rekod Pemprosesan dan pembayaran bantuan tanam semula melalui Sistem Maklumat Bersepadu.
- Mengendali rekod yang lengkap dan kemaskini berhubung dengan pekebun kecil yang menyertai program tanam semula dan program-program sokongan.
- Memberi khidmat berkualiti kepada pekebun kecil.
| 5. Siapa Layak Tanam Semula 5.1 - Rancangan Tanam Semula disediakan untuk pekebun kecil yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh RISDA dari semasa ke semasa. 5.2 - Pekebun kecil iaitu mereka yang memiliki tanah kurang daripada 40.4678 hektar (100 ekar). 5.3 - Tanah yang hendak ditanam semula memenuhi syarat-syarat bantuan tanam semula yang ditetapkan oleh RISDA. | 6. Syarat-Syarat Untuk Mendapat Bantuan Tanam Semula 6.1 - Tanah yang hendak ditanam semula mestilah mengandungi pokok getah tua atau bukti menunjukkan kebun tersebut pernah mengandungi pokok getah tua seperti tunggul-tunggul getah dalam kebun tersebut atau kebun tersebut mempunyai lesen getah lama (Rubber Cultivation Book) yang menunjukkan kebun mengandungi pokok getah bertoreh selepas tahun 1952. 6.2 - Syarat-syarat di atas tidak mengambil kira umur pokok-pokok getah yang layak ditanam semula, sebaliknya berpandukan kepada keadaan pokok yang tidak ekonomik sahaja. Ini kerana benih-benih yang ditanam secara persendirian pada zaman selepas Perang Dunia Kedua dahulu terdiri daripada klon-klon tidak terpilih dan berhasil rendah. 6.3 - Tanam Semula Kali Kedua (Tanam Semula 2) adalah bagi tanah-tanah yang telah ditanam semula kali pertama dengan tanaman getah dan telah mencapai tahap tidak ekonomik. Pokok-pokok getah yang ditanam semula kali pertama hendaklah telah berumur sekurang-kurangnya - 1. 15 tahun bagi kebun seluas 2.8328 (7ekar) @ kurang
- 2. 20 tahun dan keatas bagi kebun seluas 2.8328 (7ekar) @ lebih
dan tertakluk kepada keluasan pemilikan tanah dan kaedah tanam semula sama ada secara berkelompok (komersil) atau perseorangan. 6.4 Tanam Semula Kali Ketiga (Tanam Semula 3) adalah bagi tanah-tanah yang telah ditanam semula kali kedua dengan tanaman getah dan telah mencapai tahap tidak ekonomik. Pokok-pokok getah yang ditanam semula kali kedua hendaklah 1. Tidak kurang 20 tahun bagi kebun seluas 2.8328 kektar (7 ekar) @ kurang 2. Tidak kurang 25 tahun bagi kebun seluas 2.8328 kektar(7 ekar) @ lebih dan tertakluk kepada keluasan pemilikan tanah dan kaedah tanam semula sama ada secara berkelompok (komersil) atau perseorangan. | 7. Jenis Tanaman Yang Diluluskan Bantuan tanam semula dibayar untuk tanam semula dari getah ke getah integrasi (TSGGI). 7.1 - Bagi pekebun kecil yang memiliki Tanah-tanah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tanam semula TIDAK melebihi 2.5 hektar; boleh ditanam semula dengan mana-mana satu jenis tanaman yang dibenarkan dalam satu-satu masa sebagai tanaman utama seperti Getah, kelapa sawit, koko, kelapa, kopi, buah-buahan bukan jenis limau, buah-buahan jenis limau, lada hitam, nenas, orkid, medang teja dan spesis balak. 7.2 - Jenis tanaman yang hendak ditanam semula hendaklah menepati syarat kegunaan tanah atas geran tanah. Jika tidak menepati syarat pada geran tanah, pemilik tanah hendaklah memohon ubah syarat kegunaan tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah | 8. Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI) 8.1 - Tanam semula getah ke getah hendaklah dibuat secara berintegrasi dengan aktiviti ekonomi yang lain. Aktiviti ekonomi yang boleh diintegrasikan dengan tanam semula seperti berikut: 8.1.1 - Tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, herba, buah-buahan dan tanam-tanaman lain sepertinya. 8.1.2 - Ternakan, akuakultur, perusahaan madu lebah, semaian untuk landskap dan sebagainya. 8.1.3 - Perusahaan memproses hasil pertanian, makanan ringan, sos, minuman dan sebagainya. 8.1.4 - Perusahaan yang menggunakan sumber semula jadi tempatan seperti kayu getah, rotan, tanah liat, pasir dan bahan-bahan buangan pertanian. 8.2 - Aktiviti-aktiviti ekonomi ini boleh dijalankan secara ?on-farm' atau ?off farm'. 8.2.1 - ‘On- farm' aktiviti ekonomi dijalankan atas tanah yang masuk tanah semula. * - ‘Off-farm’ aktiviti ekonomi dijalankan atas tanah lain. | 9. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 9.1 - Pekebun kecil yang memiliki tanah 2.5 hektar ke bawah boleh menanam semula getah ke tanaman lain untuk membolehkan kebun getah di luar zon getah ditanam semula dengan tanaman lain yang sesuai dan menguntungkan. 9.2 - TSGL 2.5 hektar ke bawah juga bertujuan untuk membolehkan kebun getah dalam zon getah yang tidak dapat ditanam semula secara berkelompok ditanam semula dengan tanaman lain yang lebih sesuai dan menguntungkan. | 10. Pendekatan Tanam Semula Tanam Semula boleh dilaksanakan secara perseorangan atau berkelompok (komersil). RISDA menetapkan supaya pekebun kecil menanam semula secara berkelompok kerana ia dapat mengurangkan kos pembangunan dan memudahkan pengeluaran dan pemasaran hasil. Pekebun kecil boleh menanam secara berkelompok dengan cara berikut: 10.1 - Tanam Semula Komersial (TSK) : Di bawah pendekatan ini kebun-kebun getah yang hendak ditanam semula digabungkan dan ditanam secara berkelompok oleh Anak Syarikat RISDA iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn.Bhd. (RSPSB). Syarikat ini bertindak sebagai agen pengurusan yang dilantik oleh pekebun kecil untuk mengurus kerja tanam semula hingga kepada pengeluaran dan pemasaran hasil. 10.2 - Tanam Semula Berkelompok (TSB) Di bawah pendekatan ini pekebun kecil berkerjasama dan berpakat menggabungkan kebun mereka untuk ditanam semula secara berkelompok. Mereka menubuhkan satu jawatankuasa daripada kalangan mereka sendiri untuk menguruskan tanam semula kebun-kebun yang terlibat, dengan bimbingan dan nasihat pegawai RISDA. 10.3 - Tanam Semula Secara Individu (TSI) Bagi kawasan di mana tanam semula tidak dapat dilaksanakan secara TSK atau TSB disebabkan tiada kebun lain yang dapat dikelompokkan; pekebun kecil dibenarkan menanam semula secara individu. Sebelum tahun 1999, tanam semula secara berkelompok atau berkumpulan dikenali dengan berbagai nama seperti Mini Estet, Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Serentak (TSS). Walau bagaimanapun, mulai tahun 1999 Tanam Semula Berkelompok atau berkumpulan dikenali sebagai Tanam Semula Komersil (TSK) sahaja. Beberapa buah TSK yang disatukan dikenali sebagai EKAR atau Estet Kelompok Ala RISDA. | 11. Kadar Bantuan Tanam Semula 11.1 Kadar Bantuan Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI) mengandungi enam (6) ansuran. Kadar bantuan mengikut pecahan seperti berikut: Ansuran Bantuan | Kadar Bantuan / Hektar | 1 2 3 4 5 6 | RM 2,300 RM 1,200 RM 900 RM 900 RM 900 RM 800 | JUMLAH | RM 7,000 | 11.2 Kadar Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 2.5 hektar Ke Bawah mengandungi empat (4) ansuran. Kadar bantuan mengikut pecahan ansuran seperti berikut: Ansuran Bantuan | Kadar Bantuan / Hektar | 1 2 3 4 | RM 2,150 RM 900 RM 800 RM 598 | JUMLAH | RM 4,448 | | 12. Bekalan Mata Benda (Input Pertanian) 12.1 - Pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah menggunakan benih getah dan kelapa sawit yang dibekalkan oleh RISDA. Bagi jenis tanaman lain, pemohon dibenar menggunakan benih yang diperolehi sendiri daripada mana-mana sumber. Mereka dinasihatkan supaya memilih benih yang bermutu. 12.2 - Semua jenis baja bagi semua jenis tanaman yang diluluskan, dibekalkan oleh RISDA. 12.3 - Harga benih dan baja yang dibekalkan oleh RISDA ditolak daripada bantuan tanam semula. | 13. Cara Memohon Bantuan Tanam Semula 13.1 - Permohonan bantuan tanam semula boleh dibuat sepanjang masa. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan (TS11 Pin.1/04) Borang permohonan boleh diperolehi dari semua Pejabat RISDA Negeri(PRN) dan semua Pejabat RISDA Daerah/Jajahan (PRD/PRJ) secara percuma. 13.2 - Setiap permohonan tanam semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang TS11 (TS11 Pin.1/04). Setiap pemohon hendaklah memberi perhatian kepada NOTIS MUSTAHAK pada muka hadapan borang permohonan sebelum mengisi borang. 13.3 - Borang permohonan yang telah diisi dan disempurnakan hendaklah dihantar/diserah ke pejabat RISDA yang berkenaan di mana terletaknya lot tanah yang hendak ditanam semula. 13.4 - Sebaik sahaja borang permohonan diterima, pejabat RISDA yang berkenaan akan menghantar Akuan Terima Permohonan (T.S.14) kepada pemohon. 13.5 - Pemohon hendaklah mengambil perhatian Nombor Permohonan Sementara yang tertulis di atas kad T.S.14. Nombor ini hendaklah sentiasa disebut apabila berurusan dengan RISDA. 13.6 - Pemohon mestilah mengambil perhatian ayat di atas kad T.S.14 yang berbunyi 'Sementara itu janganlah ditebang atau dimusnahkan sebarang pokok getah tuan/puan itu'. Jika peringatan ini dilanggar atau diabaikan, RISDA tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tersebut ditolak. | 14. Kelulusan Atau Penolakan Permohonan 14.1 - Selepas permohonan diterima dan T.S.14 dikeluarkan, tanah yang dipohonkan tanam semula akan dilawati dan diperiksa oleh pegawai RISDA. Pemeriksaan ini bertujuan, di antaranya, untuk memastikan lot sebenar dipohonkan dan sama ada terdapat pokok-pokok getah tua di atas tanah tersebut. 14.2 - Pejabat RISDA Negeri atau Daerah/Jajahan akan membuat keputusan sama ada melulus atau menolak sesuatu permohonan mengikut peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh RISDA. 14.3 - Jika lulus, pemohon akan menerima 'Kelulusan Sementara' TS.27 (Komp.) dan 'Pemberitahu Tanah Siap Diusahakan' (TS28). 14.4 - TS27 (Komp) dan Lampirannya menerangkan kepada pemohon apakah kerja yang perlu dilakukan untuk menyediakan tanah bagi melayakkannya untuk menerima bantuan tanam semula. 14.5 - TS28 perlu digunakan oleh pemohon untuk memberitahu pejabat RISDA yang berkenaan bahawa tanah telah siap disediakan. 14.6 - Sebaliknya bagi permohonan yang ditolak, pemohon akan menerima kad TS16 'Pemberitahu Penolakan Pemohonan'. 14.7 - Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pemohon memusnahkan pokok getah mereka sebelum mereka menerima TS27/TS28, mereka melakukannya atas risiko sendiri. RISDA tidak bertanggungjawab sekiranya permohonan mereka tidak diluluskan atau bantuan tanam semula tidak dibayar sepenuhnya. | 15. Kemusykilan 15.1 Pekebun kecil yang mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan dengan permohonan tanam semula boleh berhubung dengan Pejabat RISDA Negeri(PRN)/Pejbat RISDA Daerah/Pejabat RISDAJajahan(PRD/PRJ) yang berhampiran. 15.2 Bahagian Tanam Semula & Perladangan Ibu Pejabat RISDA Kuala Lumpur | | [Latar Belakang] [Kadar Bantuan] | Kadar Bantuan Tanam Semula
| | Program tanam semula adalah aktiviti utama dalam membangunkan ekonomi pekebun kecil dan menjadi teras kepada program pembangunan yang lain. Program ini bermula pada tahun 1952 bertujuan membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun-kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon getah baru atau menukar kepada jenis tanaman lain yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih tinggi. Bantuan tanam semula diberikan dalam bentuk mata benda seperti benih, baja, racun kimia dan sebagainya dan juga wang tunai dalam 4 hingga 6 ansuran bagi tempoh 2 1/2 hingga 4 1/2 tahun bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam semula. Perubahan kadar bantuan tanam semula sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952 hingga sekarang adalah seperti berikut : Kenaikan Kadar Bantuan Tanam Semula | Tarikh Kuatkuasa | Kadar Bantuan (RM/Hektar) | 1952 | 988 | 1953 - 1955 | 1,236 | 1956 - 1961 | 1,483 | 1962 - 1970 | 1,853 | 1971 - 1977 | 2,224 | 1978 - 1980 | 2,965 | 1981 - 1990 | 5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman getah bagi pemilikan >4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman lain bagi pemilikan <4.0468 hektar) 2,965 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) | 1991 - 2002 | 6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) 4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) | 2003 - sekarang | 7,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI)) 4,448 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 2.5 hektar Ke Bawah) | Pekebun kecil boleh memilih untuk menanam semula kebun getah tua mereka dengan jenis-jenis tanaman yang boleh memberi pulangan terbaik melalui salah satu daripada empat pendekatan iaitu Tanam Semula Berkelompok (TSB), Tanam Semula Serentak (TSS), Mini Estet (ME) atau tanam semula secara individu. Pendekatan pengestetan diperkenalkan pada awal tahun 1996 sebagai kelangsungan daripada kaedah pembangunan secara berkumpulan yang telah dilaksanakan sejak tahun 1970an. Konsep pendekatan ini ialah dengan mengkelompokkan projek-projek TSB, TSS, ME dan kebun-kebun individu berdekatan dan di dalam satu kawasan yang sesuai menjadi suatu entiti yang lebih besar dikenali sebagai estet kelompok ala RISDA (EKAR) yang diuruskan secara komersial ala estet (Tanam Semula Komersial [TSK]). Pendekatan ini meliputi pembangunan kebun-kebun di peringkat muda dan juga matang merangkumi proses penorehan atau penuaian dan pemasaran.TSK diuruskan oleh anak syarikat, iaitu RISDA Smallholders Plantation Sdn.Bhd.(RSPSB). | |
|