Lawatan Pemantauan LITS Ahad, 11 Jun 2006 Demi memastikan pelaksanaan LITS, Pegawai Kanan Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat, Ibu Pejabat RISDA telah turun ke padang untuk melihat sendiri perkembangannya. Satu jadual lawatan pemantauan ke seluruh negeri telah diatur sepanjang tahun ini bagi tujuan pemantauan dan semakan pelaporan bagi Pembantu Pertanian yang memantau 3:3:1:3 (Getah Muda: Getah Matang: Projek Integrasi dan Kelapa Sawit). Salah satu Pusat Tanggungjawab yang dikunjungi ialah Pejabat RISDA Negeri Sembilan pada 29 Ogos 2004. Turut serta dalam lawatan pemantauan ini ialah Pengarah BPKR, Tn. Hj. Abdul Malik bin Abdullah.(dilantik sebagai Pengurus Besar SHDC mulai 15/10/2004) Tuan Hj. Abdul Malik telah pergi melawat sendiri ke kebun untuk melihat perkembangan LITS seperti RRIMFLOW, REACTORRIM, LET System. Beliau telah diberi taklimat oleh Saudara Sulaiman bin Ahmad dan dibawa melihat tapak pelaksanaannya iaitu kebun milik Tn Hj Mutalib @ Abd Ghani bin Abdullah di Kampung Sungai Taling, Jempol. Tn Hj. Abdul Malik berpuas hati perkembangannya dan berharap penggunaan teknologi ini akan sentiasa ditingkatkan demi kesejahteraan pekebun kecil. |