RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) didaftarkan pada 1 Ogos 1996 dengan RISDA memegang ekuiti 70 peratus sementara Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO) memegang ekuiti 30 peratus. Penubuhan RISDA Plantation adalah untuk meneruskan program tanam semula getah dan sawit pekebun kecil secara komersil di bawah pendekatan pengestetan. RISDA Plantation juga menguruskan projek-projek perniagaantani dan melaksanakan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, kutipan hasil ladang secara kontrak di samping memasarkan hasil ladang dan projek-projek perniagaan tani. Pengalaman dalam pengurusan ladang seluas 76,000 hektar kebun getah dan sawit dapat memastikan RISDA Plantation berkemampuan untuk memberi pulangan hasil yang maksimum dan terbaik kepada pekebun kecil. RISDA Plantation Sdn Bhd | | Alamat | GRAHA RISDA PLANTATION Unit J, Excella Business Park Jalan Ampang Putra Ampang Hilir Peti Surat 13543 50814 Kuala Lumpur. | | Telefon | 03 - 42705104 | | Faks | 03 - 42705204 | | Hubungi | Tn. Hj. Mohd Najib b Abdul Samad ( Ketua Pegawai Eksekutif ) Ab. Wahid Ali (Chief Corporate & Business Strategy) Adnan b Ahmad (Chief Human Capital & Administration) | | Laman Web | http://www.risdaplantation.com.my | | E-mel | admin@risdaplantation.com.my | | Bidang | - Mengurus kebun getah dan kelapa sawit matang.
Membangun dan menguruskan kebun-kebun kecil getah dan kelapa sawit secara komersil. - Memberi perkhidmatan secara kontrak kerja-kerja pembangunan ladang, penyenggaraan dan pemungutan hasil.
- Melaksanakan Projek Perniagaantani di bawah Program Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil RISDA.
- Memasarkan hasil ladang dan projek-projek perniagaan tani.
| |