PERUTUSAN
YBHG. DATO’ WAN MOHAMAD ZUKI B MOHAMAD
KETUA PENGARAH RISDA

Kewujudan Laman Web RISDA menunjukkan komitmen pihak pengurusan untuk menyediakan maklumat terkini berhubung pembangunan dan pengurusan sektor pekebun kecil.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 sebagai sebuah badan berkanun kerajaan, bertanggungjawab mentadbir kumpulan wang perusahaan getah, melaksanakan rancangan tanam semula dan seterusnya memodenkan sektor pekebun kecil. Peranan pekebun kecil adalah penting dalam industri getah Malaysia di mana sektor ini menyumbangkan 78% dari pengeluaran getah Malaysia.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat bagi meningkatkan sosio ekonomi pekebun kecil, pihak RISDA telah dan akan menumpukan berbagai program dan aktiviti untuk menentukan ianya benar-benar dapat memberi faedah kepada pekebun kecil disamping menyokong industri getah Malaysia supaya terus mantap dan berdaya saing.
Saya berharap laman ini akan membolehkan para pengunjung laman berinteraksi untuk mendapatkan berbagai maklumat secara umum mengenai RISDA dan juga maklumat khusus mengenai program serta aktiviti yang telah dirancang untuk pembangunan sektor pekebun kecil.
Sekian, terima kasih. Selamat Berinteraksi.
YBhg. Dato ‘ Wan Mohamad Zuki b Mohamad
Ketua Pengarah RISDA