PERUTUSAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK,
PENGERUSI RISDA

Assalamualaikum wbt. dan Salam 1 Malaysia.
Dalam merentasi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, RISDA berbangga untuk berkongsi informasi dengan menyumbang sesuatu yang cukup bermakna ke arah menyalur maklumat berkaitan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan khususnya kepada pekebun kecil sebagai kumpulan sasar utama kami.
Saya berharap agar anda dapat mengaplikasikan laman sesawang ini dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh pelayaran anda dalam pencarian sumber maklumat yang ingin digapai. Interaktif maya yang wujud juga diharap dapat mendekatkan lagi anda dengan RISDA yang secara tak langsung memaparkan proses integrasi informasi dalam capaian ini.
Kami sedapat mungkin cuba memberikan yang terbaik kepada anda, namun tentulah ada ketikanya sukar untuk melahirkan situasi kepuasan 100% atau sifar kesilapan. Justeru, komen bernas anda amat kami alu-alukan agar ianya mampu membantu memperbaiki sedikit sebanyak kelemahan-kelemahan yang ada.
Sekian, wasallam.
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi RISDA