RISDA Baja Sdn Bhd (RBSB) adalah sebuah syarikat milik penuh RISDA dan bertanggungjawab untuk menyedia dan membekal baja sebatian kepada pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula dan Program Peningkatan Produktiviti Getah. Syarikat ini telah ditubuhkan menggunakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kilang Sawit RISDA Sdn Bhd (KKSR).
Selaras dengan peranan baru ini, RBSB telah menetapkan visi untuk menjadi sebuah syarikat terunggul dalam pembekalan baja sebatian kepada pekebun kecil di negara ini. Untuk itu misi RBSB adalah untuk memberi kepuasan kepada pekebun kecil dengan membekal baja yang berkualiti dengan harga yang terbaik pada masa yang diperlukan.
Selaras dengan tanggungjawab tersebut, RBSB dengan kerjasama Konsortium Baja Nasional akan mendapatkan bekalan bahan mentah bermutu daripada pengeluar dunia untuk dijadikan baja sebatian. Seterusnya, bahan mentah berkenaan diproses mengikut formulasi yang ditetapkan oleh RISDA dengan kos terendah.
Profil Syarikat
Nama | RISDA Baja Sdn Bhd (RBSB) |
No. Pendaftaran | 43130-X |
Alamat Pejabat | E6-1 Jalan Selaman ½, Dataran Palma |
Poskod | 68000 |
Kawasan | Ampang |
Negeri | Selangor |
Perkhidmatan | Bekalan Baja Sebatian |
No. Telefon | 03 - 42702737 |
No. Faks | 03 - 42702752 |
Tarikh diPerbadankan | 13 November 1978 |
Pemegang Saham | 100% RISDA |
Modal Berbayar | RM 7 juta |
Bank | CIMB Cawangan Ampang Point, Selangor |
Produk Syarikat
Produk utama RBSB adalah Baja untuk tanaman getah dan sawit. Jenis Baja yang dibekalkan oleh RBSB adalah seperti berikut:
| Jenis Baja | Formulasi | Tanaman |
| RISDA 1 | 10.7 : 16.6 : 9.5: 2.4 | Getah Muda |
| RISDA 4 | 10.0 : 6.0 : 21.0 | Getah Matang |
| RISDA 3S | 9.9 : 5.8 : 16.4 : 2.9 | Sawit di Tanah Marginal |
| RISDA 5S | 15.0 : 15.0 : 6.0 : 4.0 | Sawit Muda |
| RISDA 6S | 12.0 : 8.0 : 20.0 : 2.7 : 0.5 | Sawit Matang |
Gambar 1: Pejabat Urusan RISDA Baja Sdn Bhd di Dataran Palma, Ampang.