Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952;
Mengurus dan mengendalikan sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 dan;
Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.