Pilihan Bahasa:
Pilihan Warna:
color green color blue color red
Saiz Teks: 
A- A A+

Pengenalan
Bagi memastikan pekebun kecil mendapat hasil yang maksimum dari kebunnya, teknologi yang berikut mesti diamalkan (dibahagi mengikut matlamat):

A : Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan

Jenis Teknologi
1. Klon Lateks Balak (LTC) (2 Pusaran Daun Keras)
2. Kepadatan Tanaman (450 - 500 Pokok / Hektar)
3. Sulaman @ 10% Kawasan (Dalam Masa 1 Tahun Selepas Menanam)
4. Merumpai Mengikut Jadual
5. Membaja Mengikut Jadual
6. Cantasan Terkawal
7. Kawalan Penyakit @ 1% Kawasan
     I. Daun
    II. Batang/Dahan
   III. Akar

B : Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil > 1500 Kg/Hek/Thn

Jenis Teknologi
1. Pengeluaran Hasil (Rangsangan Etefon)

    Pokok Matang < 15 Tahun BO-1/BO-2 (Kulit Dara)
    Pokok Matang > 15 Tahun B1-1/B1-2 (Kulit Pulihan)

2. Pengeluaran Hasil (Rangsangan Gas) (Pokok Matang > 15 Tahun HO-Kulit Dara)

    REACTORRIM
    RRIMFLOW
    LET SISTEM
    G-FLEX
    MORTEX

3. Bilangan Hari Ditoreh (7 - 9 Hari/Bulan D3) atau (84 - 108 Hari/Tahun/D3)
4. Merumpai Mengikut Jadual
5. Membaja Mengikut Jadual
6. Pemasangan Alat Kalis hujan

C : Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil

Jenis Teknologi
1. Integrasi Dalam Kebun Getah
2. Tanaman Kontan
3. Tanaman Kekal
4. Ternakan/Akuakultur
Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan
Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil > 1500 Kg/Hek/Thn

1. Pengeluaran Hasil - Rangsangan Etefon

Pengeluaran lateks boleh dirangsang melalui penggunaan kimia etefon, yang disebatikan dengan bahan pengantar seperti minyak sawit dan peravis lengai yang lain.  Bahan ini bertindak dengan melambatkan berlakunya palam lateks semasa menoreh.  Oleh yang demikian, masa yang lama diberi bagi lateks mengalir keluar.

1.1.   Pokok Matang < 15 Tahun  BO-1/BO-2 (Kulit Dara)
Dalam torehan ini Etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok.
 
1.2.   Pokok Matang > 15 Tahun  B1-1/B1-2 (Kulit Pulihan)
Pokok getah yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh menggunakan alat rangsangan etefon di samping alat rangsangan gas seperti RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-FLEX dan MORTEX.

2. Pengeluaran Hasil - Rangsangan Gas

( Pokok Matang > 15 Tahun  HO- Kulit Dara )

 Kriteria pokok yang sesuai untuk mengamalkan teknik rangsangan gas:

           Berumur 15 tahun atau lebih
           Pokok hendaklah subur dan mempunyai pendaunan yang baik tanpa masalah penyakit yang teruk.

Amalan torehan dan penggunaan bahan perangsang atau kedua-duanya sekali tidak diamalkan secara keterlaluan.  Pokok-pokok masih mempunyai sekurang-kurangnya 50% kulit dara di panel atas sebelum teknik rangsangan gas digunakan.

Pokok di kebun tidak mempunyai sejarah kejadian kering kulit yang tinggi.

Berikut Adalah Hasil Kajian Mengenai Peningkatan Hasil Setelah Mengamalkan Alat Rangsangan Gas (oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd.  - RSSB)

 Jenis alat rangsangan RRIMFLOW REACTORRIM  LET SISTEM  ETEFON KAWALAN 
 % kenaikan hasil 211% 192%  149%  113%  00
                       
                       
2.1   REACTORRIM

2.2.   RRIMFLOW

2.3.   LET SISTEM

2.4    G-FLEX

G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja inflatable dan collapsible container dipasang.
Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya dilakukan.
G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan gas secara berkala.
Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara.
G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil ditingkatkan.

2.5    MORTEX

MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut dibuka alur torehan.
MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan.

Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun.
Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon.
Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks.
MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8 pusingan).
Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah.

3. Bilangan Hari Ditoreh

(7-9 Hari/Bulan d/3)  atau  (84-108 Hari/Tahun d/3)

Bilangan hari torehan memainkan peranan yang penting di dalam menentukan keberkesanan perlaksanaan LITS ( Sistem Torehan Kekerapan Rendah).  Jumlah hasil yang diperoleh oleh seorang pekebun kecil.

4. Merumpai Mengikut Jadual

Di peringkat permulaan, kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi semakin jarang apabila keadaan naungan daripada pokok getah yang semakin membesar dan meluas jemalanya serta keadaan rumpai yang semakin lemah.

Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok dewasa)

 Tahun  Sepanjang Lorong Tanaman
(Pusingan Meracun/Thn)    
 * Antara Lorong Tanaman
(Pusingan Meracun/Thn)
 5  4  3
 6  3  3
 7  2  -
 8  2  -
 9  1  -
 10  1  -

5. Membaja Mengikut Jadual

Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah.  Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah.

Bagi pokok getah matang, analisis tanah dan dedaun mestilah dijalankan untuk tujuan membuat pengesyoran pembajaan secara diskriminasi.  Kawasan mestilah bersih daripada rumpai, baja ditabur rata-rata di keseluruhan kawasan.
Elakkan membaja pada musim kemarau atau hujan lebat.
Syor Pembajaan Getah Matang Bagi Pekebun Kecil Getah Individu

Jenis Baja Kampit/ Hektar Bulan Selepas Menanam Jenis Baja Kadar Baja Sepokok
RISDA 4
(8 kampit)
72 RISDA 2 (gram)
450
(pot)
1 2/3

@ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja.
                        RISDA 4  =  NPK    10 : 6 : 21    (kampit 25 kg)

Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)

6. Pemasangan Alat Kalis Hujan

Air yang melorot dari jemala pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya.  Pemasangan alat pengalir keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini.

Alat kalis hujan 'Rain Gutter'
Matlamat Mencapai Pengeluaran Hasil
Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan < 4 1/2 Tahun

Matlamat Mencapai Tempoh Keremajaan
(Pokok Remaja)

Bagi memastikan pokok getah mencapai tempoh keremajaan kurang dari 4 1/2 tahun, pekebun kecil mesti mengamalkan teknologi yang berikut:

1. Klon Lateks Balak (LTC) - 2 Pusaran Daun Keras

Penanaman mesti menggunakan klon LTC yang mempunyai 2 pusaran daun keras. Lateks balak adalah klon-klon yang mempunyai hasil pengeluaran lateks dan kayu getah yang tinggi. Klon klon ini menunjukkan pertumbuhan yang baik seperti kesuburan pertumbuhan dan batang yang lurus serta panjang.
Contoh Klon Lateks Balak (LTC)

 KUMPULAN 1  KUMPULAN 2
PB 260 RRIM 2001 RRIM 2016
PB 350 RRIM 2002 RRIM 2023
PB 355   RRIM 2024
PB 359   RRIM 2025
    RRIM 2026

KUMPULAN (1)
UNTUK DITANAM SECARA TERHAD (TIDAK MELEBIHI 20%)

KUMPULAN (2)
UNTUK DITANAM SECARA MELUAS (TIDAK MELEBIHI 80%)

2. Kepadatan Tanaman - 450 - 500 Pokok/Hektar

Bilangan pokok yang optimum bagi sehektar ladang dan bilangan ini hendaklah ada pada umur
3 tahun selepas torehan dibuka, iaitu kira-kira 7 1/2 tahun dari tarikh ia ditanam.

Tujuan:
• Mendapatkan bilangan pokok yang subur hidupnya.
• Mengoptimumkan belanja menanam, penyelenggaraan dan perolehan.
• Hasil yang optimum.
• Mengurangkan penyakit panel torehan.
• Mengoptimumkan pemulihan kulit bila ditoreh kelak.

3. Sulaman@ 10% Kawasan - Dalam Masa 1 Tahun Selepas Ditanam

Sekiranya terdapat pokok yang mati, sulaman mesti dibuat dalam tempoh satu tahun daripada tarikh mula pokok ditanam.

Benih untuk sulaman mesti sebaya dari segi saiz lilitan batangnya untuk menjamin pokoknya mencapai kematangan yang sama masa dengan pokok-pokok lain di dalam satu-satu kawasan. Urusan ini akan menjadi lebih mudah dilaksanakan sekiranya 10% benih telah disediakan dari lebihan apabila menjalankan kerja menanam dahulu.

Objektif penyulaman ini dilakukan adalah untuk mendapatkan:
1. Memastikan bilangan pokok yang mencukupi sehektar.
2. Mendapatkan hasil yang maksimum.
3. Keseragaman dalam pertumbuhan.

4. Merumpai Mengikut Jadual

Rumpai hendaklah sentiasa dikawal kerana ia bersaing dengan tanaman getah dan boleh menjejaskan tumbesarannya. Bagi pokok getah muda di mana kulit masih hijau, kawalan rumpai menggunakan kimia hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Lorong tanaman selebar 2 meter hendaklah dikawal daripada rumpai terutama rumpai ganas.
Rumpai di antara lorong hendaklah dikawal supaya tidak melebihi daripada 60 cm tinggi. Rumpai ganas seperti lalang hendaklah dihapuskan sama sekali.

Bil Pusingan Kawalan Rumpai (pokok remaja)

 Tahun  Sepanjang Lorong Tanaman
(Bilangan)
* Antara Lorong Tanaman
(Bilangan)
1 4 - 6 6
2 4 - 6 4
3 4 3
4 4 3
* rumpai yang tumbuh di celah-celah penutup bumi kekacang sahaja.

Beberapa Jenis Rumpai Ganas Dan Kawalannya

Jenis Rumpai Jenis Racun Kadar Racun Rumpai
Sehektar + 450 Liter Air
Kadar Racun (Ml) +
18 Liter Air
 Asystasia gargentica(herba jejentik)  2,4-D Amine  3.0  120
 Chromolaena odorata (pokok kapal terbang)  Garlon 250  2.0  80
 Dicranopteris linearis (paku resam)  Paraquat  4.0  160
Imperata cylindrica (lalang) Assault 100A atau Glyphosate 7.5
6.0
280
240
Mikania micrantha(selaput tunggul) 2,4-D Amine 2.0 80
Pennisetum polystachyon
(rumput ekor kuda)
Assault 100A atau Glyphosate 7.5 280
Stenochlaena palustris (paku rawan) Paraquat 4.0 160
Elusine indica
(rumput sambau)
Glyphosate 4.0 160
Melastoma malabathricum (senduduk) Garlon 250 2.0 80
Ischaemum muticum (rumput tembaga jantan) Glyphosate 3.0 120

5. Membaja Mengikut Jadual

Baja merupakan sumber makanan yang penting bagi tumbuhan terutama tanaman getah. Pembajaan yang betul dan tersusun mengikut jadual serta teknik pembajaan yang sesuai memberikan kesan yang besar kepada pengeluaran susu getah.

Bagi pokok getah muda (1 - 2 tahun) baja ditabur di sekeliling pokok.
Bagi pokok getah berumur 2 - 4 tahun pula, baja ditabur rata-rata di sepanjang lorong/barisan tanaman selebar 2 - 3.5 meter kecuali 60 cm di sekeliling pokok.

Jangan jalankan pembajaan pada musim kemarau atau hujan lebat.

Syor Pembajaan Getah Bagi Pekebun Kecil Getah Individu

 Ansuran  Jenis Baja Kampit/ Hektar  Bulan Selepas Menanam  Jenis Baja Kadar Baja Sepokok  
 1  Debu Fosfat
(1 kampit)
RISDA 1
(6 kampit)
 0
(lubang tanam)
1
2 1/2
4
5 1/2
 Debu Fosfat
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
 (gram)
100
50
70
100
100
(pot)
1/3
1/7
1/5
2/7
 
 2  RISDA 1
(11 kampit)
7
9
11
13
15
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
100
100
150
150
150
2/7
2/7
2/5
2/5
2/5
 3  RISDA 1
(14 kampit)
18
21
24
27
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
150
200
200
250
2/5
4/7
4/7
4/7
 4  RISDA 1
(16 kampit)
30
34
38
RISDA 1
RISDA 1
RISDA 1
300
300
300
6/7
6/7
6/7
 5  RISDA 2
(24 kampit)
42
46
50
RISDA 2
RISDA 2
RISDA 2
450
450
450
1 2/3
1 2/3
1 2/3
 6  RISDA 2
(16 kampit)
56
62
 RISDA 2
RISDA 2
450
450
1 2/3
1 2/3
@ Pot kecil susu pekat manis kandungan beratnya bersamaan dengan lebih kurang 350 gram baja.
RISDA 1 = NPK Mg. 9 : 14 : 8 : 2 (kampit 25 kg)
RISDA 2 = NPK 10 : 12 : 13 (kampit 25 kg)
Dipadankan dari syor oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)

6. Cantasan Terkawal

Pada dasarnya pokok getah tidak dibenarkan berdahan sehingga mencapai ketinggian 300 sentimeter bagi keperluan dan menyenangkan kerja penorehan. Namun ketinggian muktamad bergantung kepada dasar eksploitasi di satu-satu masa.
Untuk mencapai matlamat batang licin dan kemas ini, cantasan terkawal mestilah dijalankan dengan membuang dahan paling rendah sebaik sahaja terbentuknya tiga pusaran dahan pada pokok.

7. Kawalan Penyakit @ 1% Kawasan

7.1 Daun
Serangan penyakit melalui daun perlu diberi perhatian yang serius kerana ianya boleh memberi kesan terhadap kesihatan pokok getah dan penghasilan lateks. Antara penyakit daun ialah:

 Bil  Nama Penyakit  Racun Kulat  Rawatan
 1. Kulapok Berdebu Belerang Pendebuan belerang pada pucuk-pucuk yang baru keluar pada kadar 9 kg/ha setiap minggu sebanyak  5 - 6 kali
 2. Penyakit Daun Colletotrichum 2% Daconil 50WP Sembur racun kulat seminggu sekali sehingga daun matang.
 3. Bintik Mata Burung 1. Antracol
2. Dithane-M45
Sembur dengan 0.5% salah satu racun kulat setiap minggu pada daun muda.
 4. Penyakit Daun Luruh Phytophthrora Kuprum Oksiklorida Sembur racun kulat pada kadar 1.2 kg/ha a.i. sebelum ketibaan musim monsun.

7.2 Batang/Dahan
Bahagian batang pokok iaitu dahan, cabang dan panel torehan juga mengalami serangan penyakit. Antara yang serius ialah:

 Bil  Nama Penyakit  Racun Kulat  Rawatan
 1. Cendawan Angin 1. Campuran Bordeaux (1 kg kuprum sulfat : 2 kg. Kapur mati : 100 liter air)
2. Callixin Readymixed
3. Daconil Flowable 500
- sembur pada batang atau dahan yang berpenyakit seminggu sekali (untuk getah yang belum ditoreh)
- sapu pada tempat yang berpenyakit (boleh dilakukan pada pokok getah muda dan dewasa)
- bancuh racun mengikut syor (3% a.i.) dan sembur pada tempat berpenyakit ( boleh diguna pada pokok getah muda dan dewasa)
 2. Cendawan Lapuk  0.5% Benlate Sapu atau sembur panel dan alur torehan selepas menoreh 2 kali seminggu selepas torehan selama 3 - 4 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit).
 3. Calar Hitam  0.2% Ridomil 25WP Sapu atau sembur panel dan alur torehan setiap kali selepas menoreh 2 kali seminggu selama 4 - 6 minggu (bergantung kepada keparahan penyakit).

7.3 Akar
Penyakit akar merupakan penyakit yang paling berbahaya dalam tanaman getah yang disebabkan oleh kulat, yang pada mulanya menyerang kulit akar. Ia menembusi kulit kayu, akarnya menjadi lapuk dan pokok mati. Ia boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar dan spora kulatnya yang disebarkan oleh angin.
Terdapat 3 penyakit akar yang utama:

 Bil  Penyakit  Racun Kulat  Rawatan
 1. Penyakit Akar Putih (Rigidoporous lignosus) Bayleton / Tilt Gali alur sekeliling pangkal pokok. Sediakan bancuhan racun kulat mengikut syor dan siram di seliling pokok yang dijangkiti penyakit tersebut:
Bayleton : pokok < 2 thn : 10g / 1 liter air
pokok 2-5 thn : 20g / 2 liter air
Tilt : pokok < 2 thn : 10g / 1 liter air
pokok 2-5 thn : 20g / 2 liter air
 2. Penyakit Akar Merah (Ganoderma philippi) Calixin Collar Protectant Gali sehingga mendedahkan pangkal akar tunjang dan akar sisinya. Cantas bahagian akar sisinya yang telah reput atau berpenyakit. Sapu racun kulat pada akar tunjang dan akar sisi yang telah terdedah
 3. Penyakit Akar Perang (Phellinus noxius) Calixin Collar Protectant  
Matlamat Sumbangan Kepada Pendapatan Pekebun Kecil
1. Integrasi Dalam Kebun Getah

   A. untuk mempelbagaikan tanaman dari kawasan yang terhad.
   B. untuk mengelakkan penggantungan pendapatan dari satu-satu jenis tanaman.

Urusan pertanian yang sempurna bermakna kejayaan penggunaan tanah pada kadar yang maksimum dan berdaya pengeluaran yang tinggi. Dengan pelbagai tanaman dan ternakan, daya pengeluaran dari sesebuah ladang boleh meningkat. Melalui usaha integrasi perladangan tanah yang tidak luas mampu memberi hasil pengeluaran yang tinggi. Integrasi yang dimaksudkan ialah mengusahakan tanaman-tanaman lain atau ternakan di samping penanaman utamanya getah.

Tanaman Kontan
Contoh : Cili, nanas, serai, kacang soya, kacang tanah, pisang jagung.

Tanaman Kekal
Contoh : Cempedak, belimbing, rambutan, duku, durian.

Ternakan/Akuakultur
Contoh : Ternakan (kambing, ayam, lembu, itik), Akuakultur (ikan, udang)
Teknologi Getah
Pembangunan Ladang

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1.  Teknik Penyediaan Tanah ( Bukit dan Rata )
 2. Pembinaan Jalan Pertanian
 3. Teknik Membina Teres
 4. Membina Parit
 5. Teknik Memagar
 6. Teknik Membaris
 7. Teknik Menanam Kacang Penutup Bumi
 8. Teknik Melubang Dalam Penanaman Getah
 9. Penanaman dengan Kepadatan Lebih 500 Pokok Sehektar  

Pemilihan Klon Dan Penanaman Ladang

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Penggunaan Klon secara ‘Enviromak'              
 2. Benih BCMP dan Dua Tingkat Daun
 3. Teknik Penanaman Benih Getah
 4. Teknik Tanaman Dalam

Pengurusan Getah Muda

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Pembajaan Getah Muda                                  
 2. Teknik Galakan Dahan
 3. Teknik Cantasan Dahan
 4. Teknik Mengukur Tumbesaran dan ‘Point Plan'

Pengurusan Getah Matang

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Membaja Getah Matang                                  
 2. Teknik Membuka Tapak Torehan
 3. Teknik Penorehan Getah Matang
 4. Pentingnya Torehan Kekerapan Rendah ( LITS)
 5. Teknik Penggunaan Alatan Rangsangan
 6. Penggunaan Alat Pelindung Hujan

Integrasi

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Integrasi Tanaman dan Ternakan – Integrasi    

Kawalan Rumpai

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Teknik Kawalan Rumpai – Kawalan Rumpai   

Kawalan Penyakit Dan Musuh Perosak

 Bil. Tajuk
 Lampiran
 1. Teknik Mengawal Penyakit Akar – Kawalan Penyakit Getah     
 2. Teknik Mengawal Penyakit Daun – Kawalan Penyakit Getah
 3. Teknik Mengawal Penyakit Batang dan Tapak Torehan – Kawalan Penyakit
Getah  
 4. Teknik Mengawal Musuh Getah ( Makhluk Perosak )- Kawalan Makhluk
Perosak
Teknologi Sawit
Pembangunan Ladang

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Penggunaan Klon PS1 Sawit
 2. Kaedah Tanaman Sawit melalui teknik biojisim
 3. Pembajaan Sawit Muda dan Sawit Matang
 4. Pemangkasan Pelepah Sawit Matang
 5. Sistem Bancian Tandan Buah Hitam
 6. Teknik Menuai Buah Sawit Tandan Segar
 7. Penggredan Sawit
 8. Teknik Mengawal Rumpai ( Sawit )
 9. Teknik Mengawal Penyakit Sawit
 10. Teknik Mengawal Musuh Perosak ( Sawit )
Tanaman Sawit

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Garis Panduan Pengurusan Dan Penanaman Sawit Di Kawasan Tanah Gambut            
 2. Garis Panduan Pengurusan Penyakit Ganoderma/Penyakit Reput Pangkal Batang Tanaman Sawit
 3. Pengawalan Perosak Tikus Di Ladang Sawit
Panduan dan Maklumat Tambahan

 Bil.  Tajuk  Lampiran
 1. Panduan Penanaman Getah.                                
 2. Panduan Penanaman Kelapa Sawit.
 3. Maklumat tambahan-getah.
 4. Maklumat tambahan-kelapa sawit.
 5. GAP 4: Penorehan

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |  Penafian |  Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.

Jumlah Pelawat: 3240824

Tarikh Kemaskini :
 22/02/ 2017
.